Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 30 Mei 2012

Ayah!!! Ada Buaya!!!....29hb Mei 2012 ( Cutikan ~ Part 1 )

السلام عليكم ورحمة الله وبركات



       Memang seronok melihat telatah anak-anak khususnya anak saya yang masih kecil dua orang tu. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi berumur 7 tahun, mereka riang berlari ke sana sini, dengan gelak ketawa yang menggembirakan saya dan maknya, tawa riang itu menunjukkan mereka normal sebagai kanak-kanak bawah 12 tahun. Keriangan itu saya saksikan kala saya bawa 6 orang anak saya bercuti selama 2 hari di Kota Kinabalu, dengan menginap di Park  Dynasty Tang Hotel Kota Kinabalu. Kalau yang dah berusia bawah 18 tahun tu ( 4 orang ) bersama mama mereka, pastilah seronok mereka klik2kan kamera dia. Inilah peluang nak ambil apa saja gambar menarik ketika kami bersiar-siar di Karambunai Resort, Kota Kinabalu. 

oleh kerana kami masih bercuti di Kota Kinabalu Sabah, hanya ini dahulu dapat dikongsikan ya. Insyaallah ada kelapangan masa idea mencurah2 bagaikan hujan baru nak buat entry lagi lah tentang percutian kami. Rasa seronok nak kongsikan kepada teman2 blogger. 

29hb Mei saya bawa anak2 ke Karambuani Resort, first time ke sana bersama keluarga. Anak sulung lelaki saya ada program kajian bulan di Ranau, Sabah so anak lelaki pertama saya tak ada dalam gambar ya. Apa menarik kat karambunai? Alamak! kecut perut dengan jeritan ni.

Buaya!!! 

 biawak lah...

Mama ada buaya!!!, anak saya yang sedang merenung sesuatu di kolam bawah tangga menjerit sambil tunjukkan ke arah benda yang sedang berenang menuju ke arah kami semua. Mulanya saya ingatkan buaya tul2. Bila hampir dekat, rupanya hanya seekor BIAWAK. Menariknya biawak tu makin hampir tapi dia tenggelamkan badan lah pula, hanya perlihatkan kepalanya sambil pose melihat kami. Saya tanya kepada pekerja kebun di sana, katanya biawak tu datang sendiri sejak kecil dan akan muncul sesekali menghiburkan para pengunjung. Ha! terjawab lah teka-teki anak gadis saya ni yang ketakutan akhirnya merenung ke arah biawak seperti posing dia di gambar. tengok tu..dia tak sedar kakaknya ambil gambar dia, best juga sesuai dengan entry Cutikan ~ Part 1 saya di blog Pesona. Ha ada tak pesona entry etuza kali ni.

Bye2 dari cutikan~etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

22 Pesona Kata Hati Mereka: