Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 15 April 2012

Two in One versi 3 Hikmah berpuasa Sunat/ Wajib & Impak Kem Bestari Solat pada 14hb April

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Juadah berbuka puasa sunat etuza yang simple pada
hari isnin lalu ( 9hb April 2012)

     Host 1,  Pagi ahad yang ceria, alhamdulillah puji2an hanya kepada Allah yang kurniakan kita nikmat kehidupan hari ini. Apa hal gambar 9hb April jadi entry kali ini, gambar juga tidak menarik, buat apa nak jadi host utama entry membelah cekrawala maya pepagi ahad.

Awal pagi dikejutkan agar cepat bangun dan bersahur kata isteri saya. Jam 4 lebih pagi, awalnya nak bangun. Baru ingat saya dah pesan kat isteri agar kejutkan saya tuk berpuasa sunat isnin. Alhamdulillah tertunai, dan semoga Allah beri imbalan pahala kepada isteri yang sediakan juadah sahur dan berbuka ini. Simple sangat juadah berbuka, jelly fresh, roti tawar ( orang2 Sabah gelar) dan air madu. Kurma, cendol sejuk dan apa2 yang biasa kita sediakan masa puasa ramadn memang tak ada. Syukurlah hidangan inipun sangat2 bahagia dan bersyukur.

Apa tu puasa sunat ?
      Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan semata-mata mengharapkan balasan dan keampunan daripada Allah s.w.t. Puasa sunat ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa saja jika ada keupayaan, kecuali pada hari-hari yang dilarang dan dimakruhkan berpuasa. ( saja nak ingatkan diri agar tak lupa ya)

Lepas tu banyak jenis-jenis berpuasa menurut yang etuza tahu. Puasa Ramadhan dah lah wajib diketahui dan ditunaikan, Puasa Ramadhan bukan sunat ya tapi WAJIB, hukum dosa jika tinggalkan puasa ramadhan. Antara puasa sunat ialah puasa sunat tiap-tiap Isnin dan Khamis. Saya percaya dan yakin sangat ramai yang rajin puasa sunat Isnin dan Khamis ini dari saya ya. Ucapkan syukur alhamdulillah.

Menurut etuza apa hikmah berpuasa ni?
* Menimbulkan rasa kehambaan kepada Allah, sakit menahan lapar dahaga boleh mengundang keinsafan kesedaran betapa derita ketiadaan makanan yang dirasakan oleh hamba2 yang menderita akibat kemiskinan dan peperangan. ( alhamdulillah Malaysia kaya dengan rezeki ya)
** Menyihatkan, usus dapat rehat memproses makanan 24 jam, perut yang kosong badan jadi ringan dan lemak berkurangan.
*** Mempercepatkan urusan menghadap Allah, johor tak payah makan, asar tak payah tea petang, lancar dan boleh rehat sambil zikir munajat kepadaNya.
**** Jimat kurang kan berbelanja membeli yang ala kadar dah cukup syarat tuk berbuka.
***** Selalu ingat kebesaran Allah, takut lidah berkata dusta, takut melakukan dosa apa sahaja ketika berpuasa dan semoga ketakutan itu menyerap dihari-hari tidak berpuasa. Sebab bila berkata dusta pahala puasa akan kurang. Wallahualam.

    Host 2, 14hb April 2012, kem bestari solat berjaya dengan jayanya dikendalikan oleh AJK PAI dan jQaf di sekolah etuza. Tiga orang anak saya terlibat dalam kem bestari solat fasa 1 2012 ini. Ustazah Mazila Salleh dari Kelantan berkhidmat di sekolah saya adalah penggerak utama kem bestari solat ini. Dia ada pesan agar minta diambil nanti beberapa gambar untuk dokumentasi. Terima jawatan jurugambar, memang kemera ni diguna dan dikongsi dengan sesiapa, kemera etuza yang berusia 4 tahun ni pun pinjaman dari Allah sebenarnya. Terlari2 jugalah nak ambil gambar di majlis penyerahan sumbangan YB dan ke kem bestari solat, seronok juga keluar peluh. Asalnya saya juga terlibat dalam kem bestari solat sebagi fisilitator masa demo ambail air wuduk, tetapi tak boleh buat dua tugas berat ni.Mujurlah ramai guru wanita yang membantu di kem bestari solat.

Kelmarin jam 2.00 petang, tiba2 saja si bongsu bertanya sebaik keluar dari kereta bersama mama. " Bolehkah solat lagi, tadi solat di sekolah,boleh kah solat di rumah?" " Ustazah kata telekunbg Aliya besar, dia tak bagi Aliya pakai" Makin rancak dia memberitahu. " Iya solat di rumah boleh, kejap lagi kita solat asar ya" Mama menjawab sambil menuju ke pintu rumah. " Hari-hari solat kah? Kem bestari solat di sekolah bila lagi diadakan?" Seolah-olah sibongsu amat menyenangi aktiviti kem bestari solat. Maklumlah dia baru tahun 1 2012, umur secara langsung dah tahulah ya. 

" Akan ada lagi nanti, nanti ikut mama solat ya, nanti mama belikan Aliya telekung yang muat( sesuai ) Aliyah, Tuhan sayang tau orang yang rajin solat"
" Bila mama belikan, yang ni besar kata ustazah" Sambil membuka bungkusan makanan hadiah dari AJK kem bestari solat kepada semua yang terlibat. " Gajilah baru mama beli" Aliya hanya melihat mamanya dan menyedut minuman kotak laice seolah hendak lagi berbual dengan mamanya tetapi mama sudah beredar ke dapur melihat2 apa yang perlu diurus petang sabtu kemarin.

Inilah impak kesan dari kem Bestari solat yang disertai oleh Aliya puteri bungso kami. Bagus juga semangat dan pemahamannya tentang solat sudah nampak dan semoga Allah sentiasa memayungi tiap langkahnya, dijauhkan dari bala bencana, diberi kelapangan dan cepat memahami pelajaran di sekolah mahupun di rumah. Semoga Aliya menjadi muslimah yang sejati. Insyallah.

Bersolatlah sebelum kita disolatkan, solat menjauhkan 
kita dari alpa kepada Allah yang menciptakan segala-
galanya. Dan mari beringat Dunia ini hanya sementara
sahaja Akhirat sana yang kekal abadi.

Menyampaikan apa yg baik
dari lubuk hati etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka:

pusat sumber sekolah skpk berkata...

mungkin berminat nak tengok2..
http://t-clubbuletinskpk.blogspot.com/

~Cik Sweety~ berkata...

saya jarang berpuasa sunat..kecuali berpuasa tuk ganti puasa ramadhan yang lepas..
Bolehkan kita niatkan sekali puasa sunat itu dengan puasa ganti?? sekali harung,kata orang..

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu.

Mama singgah membaca N3. Selamat berhari minggu.
Pertanyaan Cikgu di ruangan komen blog mama sudah pun berjawab. :)

THE AUTHOR berkata...

Terasa nak hantau anak ke Kem-kem Islamik tahun ini

Miss N™ berkata...

dalam gambar tu, yg dalam pinggan tu ape..?
agar2 ke..?

Unknown berkata...

Cik nur, tu la saya kata x menarik tapi nak masuk entry juga. Jelly bukan agar2 mama kata nak bagi penyegar rasa macam anggur. lembut ..kalau sejuk lagi segar..

Unknown berkata...

Ustaz HI, usahakan ya, pasti ada hikmah.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
kalau sorg isteri,kena mintak izin suami dulu utk berpuasa sunat..:)

Abang Karu berkata...

salam cekgu etuza...
insya'allah....mana yg boleh saya bantu akan saya cuba bantu...

Unknown berkata...

tQ KJ.
Kamsiah..saya faham mesej tu. Wajib minta izin agar suami lebih tahu.

9n0L4 berkata...

bagus kem bestari solat ni. sgt seronok bila ade kerjasama dari sume pihak. ;)

mbb berkata...

Assalamualaikum ..untuk pertanyaan sweet honesty tu..ustaz saya kat kelantan dlu pena gtau. Boleh. Tp dgn syarat kena niat kan QADHA utk puasa yg kta tggl thn ramadhan lalu. Then, pahala puasa sunat tu akan naik sendiri..maksudnya dapatlah. Puasa qadha tu wajib selesaikan dlu sblm datangnya ramadhan akan datang. Betul kata auntie kamsiah itu, kalo awak seorang isteri dan awak nak puasa sunat, awak kena minta izin suami. Hehe..Wallahu a'lam. :)

Untuk bacaan tambahan boleh masuk link ini. http://apiezibnuabas.blogspot.com/2009/08/hukum-gabung-niat-puasa-qadha-sunat.html

http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal

Selamat beramal. :)

mbb berkata...

uncle etuza : pgrm mcm ni memang baik. banyak manfaat. Lagipun,kalo nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya kan? Insya Allah, moga anak2 sukses dunia dan akhirat. :)