Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 14 April 2012

Entry Bergambar Sempena Majlis Rasmi Penyerahan Sumbangan YB Tan Sri Datuk Joseph Kurup.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Ketibaan YB Tan Sri Datuk Sri Panglima 
Joeph Kurup Di Sekolah 
 

Guru Besar, YDP PIBG, Wakil PPD Keningau. Ketua 
Kampung dan barisan guru dan ibubapa.
Penyerahan Kerusi dan PA. Sistem Oleh YB kepada
Guru Besar, Sekolah.
 
YB Tan sr Joseph Kurup berucap dan diiringi oleh
En. Garipin Elid selaku Guru Besar Sekolah

Wakil Pegawai Pegawai Pelajaran Daerah
EN. Mohd zime Samat dari Pejabat
Pelajaran Daerah Keningau, Sabah.
Bergambar dengan beberapa orang rombongan YB 
Tan Sri Joseph Kurup. Tim Menteri Sumber Asli
& Alam Sekitar Malaysia.

      Sabtu, hari ini sekitar jam 9.00 pagi YB Tan Sri Datuk Sri Panglima Joseph Kurup bersama rombongan dan salah seorang anak lelakinya datang secara rasmi ke SK. Penagatan, Keningau, Sabah  di Majlis Rasmi Penyerahan Sumbangan Kerusi & Set PA. Sistem yang disumbangkan oleh YB tan Sri Joseph Kurup sendiri pemimpin PBRS P. 182 Pensiangan.

Sebanyak 150 buah kerusi dan satu set lengkap PA. Sistem telah disumbangkan oleh YB datuk Joseph Kurup kepada Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau. Sumbangan ini merupakan permohonan inisiatif oleh pihak pentadbiran sekolah, untuk mengatasi masalah kerusi murid dikelas yang kian rosak dan tidak kukuh.  Kerusi berbentuk plastik warna hitam itu pastinya akan dimanfaatkan oleh pihak sekolah untuk kepentingan murid sekolah khasnya. 

YB datuk Josep Kurup, menyarankan agar pihak sekolah ini teruskan usaha dalam memartabatkan pendidikan kebangsaan, segala  keperluan seperti alat tulis, bantuan kewangan, kasut dan pelbagai bantuan oleh kerajaan pusat telah disalurkan dan tiada alasan lagi untuk melihat prestasi pelajar yang rendah dalam bidang akademik. Selain itu YB juga mengingatkan agar buatlah pilihan yang terbaik semasa piliha raya yang akan datang. Undilah kompenan kerajaan yang benar2 telah menyalurkan transformasi pembangunan untuk kepentingan masyarakat. 

Turut memberi ucapan di majlis ini ialah Guru Besar sekolah dan YDP Pengerusi PIBGu En. Sapinin Jakirin. Kepada ibubapa yang sempat hadir ke majlis bersama YB tan sri Joseph Kurup ini diucapkan tahniah, sesungguhnya tanpa kerjasama dari pihak ibubapa sudah pastilah pendidikan disekolah tidak akan dicapai dengan lancar dan tidak akan menampakkan kecemerlangan yang membanggakan.

Tugasan cabaran untuk saya di majlis ini :
* Setiausaha * Backdrop * Jurugambar * Penyedia Bilik Jamuan ( Pusat Sumber)
Alhamdulillah semua bahagian lancar, tetapi terpaksa akur talian elektrik tiba-tiba putus semasa YB berucap. Bukan salah pihak kami ya, kemungkinan ada kerosakan teknikal di Lembaga Elektrik,kami memohon maaf atas masalah yang tanpa diduga ini. 

Salam 1 Malaysia, kongsi ikhlas etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

~Cik Sweety~ berkata...

byknya jawatan..mesti cikgu sibuk urus itu ini.. tapi kesian la tu YB, mesti dia kepanasan.. biasa, masalah semacam itu la yg sering berlaku.. tapi itu bkn masalah yg kita sengajakan..tanya sama TNB.. hihi

Unknown berkata...

SweetH, saya setiuasaha ja, last2 mesyuarat tergempar kemarin jumaat..laa!! inilah jawatan baru,mujurlah ada sikirt kemahiran, dah berblog, boleh lah ada idea..alhmadulillah. PSS dah ready awal2 alas2nya, meja dah set..ok ja.Kawan2 lain pun ada bertindih tugas..jurugambar kami 3 orang .
Aturcara jg kami 2 orang buat.
Tq ya

Abang Karu berkata...

alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar....letrik x de tiba2 tu x boleh nk buat apa laaa...

syukur ya sudah ada barang2 keperluan tu...

9n0L4 berkata...

SU PIBG ke cekgu? byk kije jwtn tu. ;)

Unknown berkata...

tepat sekali ya..SU PIBG..

Ayu berkata...

Thanks follow YM. Eh! Sabahan la cikgu nih, yesss!! I'm Sabahan too...:D

dya nasir berkata...

banyak nye jwtn..mama dya dulu bendahari sekolah..tpi sekarang tak nak pegang dah..sebab banyak sangat kerja..huhu

Unknown berkata...

ketiadaan elektrik tu ujian Allah, takpe yg pntg telah mencuba sedaya upaya dlm menjayakan majlis...well done cikgu! :)

JR berkata...

Letrik ni pun pandai pilih masa utk blackout, masa ada ucapan menterilah dia nak padam pun....

Misya Mialen berkata...

bestnya dpt byk sumbangan.;) untung ni;)

Kamsiah yusoff berkata...

salam
semoga pelajar2 lbh bersemangat utk belajar...lbh tekun dan semoga tak ketinggalan spt pelajar2 di bandar