Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 15 April 2012

Two n One versi 4, Sesuai blog orang kampung inilah di laman Pesona. Lepas jenguk kebun etuza..jemput minum air tangan Mama ( Deru Ombak )


السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Pulamak panjangnya title, lepas tu banyaknya gambar.
Di mana tu? Inilah di sekeliling rumah pemilik blog Pesona ya.
Harap tiada unsur riak, inipun hanya Allah bagi sementara, 
sampai seru pupus lah pokok2 ini, untuk dimakan saja,
kalau ada kawan2 datang sudilah kalau diberi terima lah
dengan hati ikhlas.
Kolam dekat laman etuza, ikan air tawar dah saya ganti, ikan  
merah dah beranak, ikan emas lum berapa besar ya.
Masa kolam ni siap di bina ada entry saya pada tahun 2009 jika 
tak silap di blog pesona ni lah ya.
Lihat tak ikan, tenang tul melihatnya waktu pagi, hari ini kenyang 
ikan2 saya makan..kawan2 blog bagi makan sekali ya.tengok 
tul2 ada ikan kan..ikan tu kalau dah besar tak tau lah nak masuk kuali ke
atau nak biarkan saja..tengoklah.Nampak tak bunga teratai hijau tu
di akar2 pokok2 teratai tulah ikan2 ni bertelur...tak sabar lihat 
ikan merah ni membesar.
Adui pokok limau semuanya berbuah, limau manis ni, tapi 
banyak dah jatuh, di tiup angin ke, tak faham, bila dah jatuh
tinggal beberapa buah lagi lah tinggal. 
Ha ini kelapa di belakang dapur laman pemilik blog Pesona.
Orang tinggi lampai tangan sasa boleh capai, dah merasmi minum
air kelapa ni minggu lalu, ini lah lagi tinggal, hairan juga anak 
lelaki saya tak ambil tuk minum, bukan marah pun ambil,yang diorang ambil 
buah kelapa merah kecik2 tu, tak sempat membesar.
Air kelapa hijau ni manis tau. Maaf lah ya,.....susah nak pos ni berat.
Ini jambu merah, tahun 2011 Disember sejarah pokok ni, tersangat
lah lebatnya. Hingga orang kampung nun jauh datang meminta.
Rasa kalau dia ambil banyak pun tak apa, ambil semua, sebab
adui berjatuhan, makan terus pun boleh..tapi isteri selalu potong
kecil, siram air panas takut ada ..lah tu nak basmi kuman ke..
Yang ini mejalar dah bunganya..adalah beberapa orkid di laman 
pemilik blog Pesona ni. Tenang melihat ciptaan Tuhan ini ya.
Sungguh kagum, ikal2 mayang bunganya lepas tu pink pula
warnanya.
( Semoga gambar2  buah ini mampu membantu bagi mereka yang sedang membuat kajian atau seumpamanya- manalah tahukan ada yang sedang cari2 gambar buah2an )

     Gambar2 ni saya ambil jam 11.00 pagi tadi, siap dah ini jalah nak dikongsi ya. Tengoklah betapa Allah menyayangi kita, Dia beri kita pelbagai manisan dari buah-buahan, Dia cipta pula tumbuhan penghias alam semulajadi, kagum sangat dengan keindahan yang diciptakan. Jika dipandang boleh menceriakan hari-hari kita. 
Sekarang dah puas ikut saya ke kebun, tibalah masa nak balik rumah masing2 ya, apapun sebelum balik tu lihatlah sajian minuman special air tangan mama dari Blog Deru Ombak. Sedap tul kelihatannya...lengkap dengan resipi ya untuk di bawa balik..ini jal perkongsian 2 n 1 versi 4.( bermaksud 2 entry di wall catatan blog Pesona) terima kasih yang membaca, relexkan hati, senang2kan hati dan selalulah bermuhasabah diri ya. 

Hemmm! segarnya minuman ni.
nak ke resipinya..ada resipi
tapi hujung jari anda...
Sila lah klik dengan hati 
tenang laman mama ini ya..
Selamat mencuba juadah ni di hari minggu.
Ikhlas kongsi etuza.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

19 Pesona Kata Hati Mereka:

9n0L4 berkata...

wahhhhhhh. meriahnya tumbuhan di rumah cekgu. mesti sejuk je kan. ;)

dieyna berkata...

huhu letih sangat hari ni.. best pulak air tu... huhu

Unknown berkata...

dah lama tak minum air kelapa tuu..sll balik kg ..itu yang di cari...:)

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu..

Ini dia yang mama sgt kagum dengan Cikgu..lihatlah hasilnya bila berbudi pada tanah, dia berikan bunga yang mekar, buah2an yang segar di samping ikan2 di kolam. Ya Tuhan.. Apa lagi yang kita mahukan.. Alhamdulillah syukur..

~Cik Sweety~ berkata...

wahhh..org kata bagus pelihara ikan ne.lagi2 ikan karuk.sejuk ja rezeki masuk.. paling tak bleh tahan.. agar2 tu bah...eee.. sedap betul..

JR berkata...

Berbudi pada tanah dapat buah segar dan bunga mekar, berbudi pada manusia dpt puji tapi kdg2 dpt nista, berbudi pada perintah Allah dpt pahala melimpah ruah....

Chic Na berkata...

wah hijau je pemandangan sekeliling rumah cikgu. mesti best lepak petang2 sambil bg ikan makan. :)

Ayuni berkata...

seronoknye ader taman....

dya nasir berkata...

seronok nya tengok..geram je tgk pokok kelapa tu..

Zik berkata...

sedap pulak air yang last tuh... terliur dibuatnya..

Cik Kay Jue berkata...

wah bestnyer buah-buahan, ikan pokok bunga.. semua di sekitar rumah ja.. wah.. natural.. mesti best. tiap-tiap hari dapat menikmati alam sekitar.. cemburu pula.. lihat buah kepala, limau, dan jambu.. huhu..

Abang Karu berkata...

waaaa....ada kolam ikan,pokok limau,pokok jambu....

mmg seronok tinggal di desa...
hidup di kota...hutan batu jeee

Kamsiah yusoff berkata...

cikgu...seronok ya tinggal dikampung,punya tanah yg luas utk tanam apa saja,punya laman yg luas...seronoknya memetik hasil yg kita usahakan sendiri...tentunya segar dan bebas bahan kimia...
orkid tu...cantik sgt...

Mrs Velentine berkata...

paling syok tue buah2an..

lelamaisara berkata...

Seronok nye duduk kampung...boleh tanam macam2...ada kolam ikan lagi...mesti damai sekali...

Miss N™ berkata...

wahh..rumah cikgu ade pokok limau la..sedapnyer..!
cik nur rumah teres..xde tempat nk tanam2..huhuh

air tu nmpak sedaplah..! sirap campur buah kabung eh.?

ALoNa CintamaniszLite berkata...

Dulu ada sebatang pokok kelapa pandan atau kelapa jenis wangi tu dh elok berbuah kat depan umah sy ni tp tu lah...bila org depan umah ni nak tambak tanah utk dibina rumah...terpaksa ler korban pokok kelapa tu wlpn ia berada di tanah rezab jalan aje yg tak sepatutnya menjadi korban..aduhaii..

Unknown berkata...

Terima kasih yg drop komen. Mungkin ini ja kelainan blog Pesona EWWK. Terima kasih sekali lagi.

Yumida berkata...

tanaman yg membuahkan hasil...nk sket...ske tengok ikan tu..rs2 leh x pancing kt sana