Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 18 April 2012

Setiap kata itu kita dipertanggungjawabkan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

     
     Blog merupakan kegemaran ramai individu yang sukakan informasi dan segala maklumat untuk dikongsi. Bukan sedikit yang melihat pada apa saja yang kita paparkan di maya ternet. Terdapat kata bidalan bahawa " buka buku buka dunia" " Dunia kini di hujung jari" atau " ICT dunia tanpa sempadan " kata ini merujuk kepada segala maklumat, peristiwa yang lama dan baru semua kita boleh lihat, saksikan menurusi hujung jari, inilah yang dikata Internet jaringan net book yang memungkinkan segalanya. harus saya tegaskan kalau baik, baiklah jadinya kerana memang banyak manfaat merujuk internet. Tetapi tidak kurang juga banyaknya keburukan, maka kalau buruk,buruklah jadinya yang bermaksud apa saja yang merosak akidah ada dalam jaringan internet. Kita sedia maklum semua itu.

Blog Pesona EWWK, apa sangatlah istemewanya!. Nama saja Pesona, tetapi tiada pesona yang jelas namun pasti ada juga yang tersirat secara tidak langsung. Kerana itu, dalam memilih entry2 yang baru untuk mengisi ruang wall hijau Pesona Blog selalu terfikir, mencari, menganalisa, mengkaji kali ini apa yang  hendak dikatakan sebagai persembahan di maya ternet. Pernah di tahun lalu, selama 30 hari ( sebulan ) Pesona EWWK zero entry, sebuah paparan maklumatpun tidak ada, inilah buktinya akan tiba kekurangan idea sebagai wacana kepada maya internet. 

Mac 2012 entry2 Pesona EWWK, nampaknya rancak diputarkan di maya ternet, atas kehendak pemiliknya. Dan kini April 2012 sedang layarkan panjinya. Sebagai manusia yang lemah, selalu berfikir, kali ini apa hendak disampaikan, apa yang perlu dicatat sebagai pengisian berterusan di laman Pesona EWWK. Untuk entry tak bertapis memang banyak,selak saja apa saja lembaran buku ilimiah, motivasi, hal keagamaan, tentang jenaka, petua, unsur suspen, kisah tauladan sekalipun cerita peribadi keluarga atau copy paste. Huh! banyaknya tak terkira. Tapi kurang seronok begitu, kurang selesa begitu dan paling takut jika tersilap menulis cerita atau catatan updated blog kita, tanpa sedar kita dicerca, dihina dan dikeji di alam maya. Takut setiap patah perkataan yang kita sampaikan menjadi titian dosa.

Untuk itu berwaspadalah kita, marilah saling memberi dan menasihati. Jika ada yang baik menerusi blog kita, marilah bersyukur dan sesungguhnya apa sahaja yang baik itu datangnya dari yang esa, sementara yang tidak baik itu datangnya dari kita yakni manusia yang tidak sempurna.

Sebagai penyenang hati dan penyejuk rasa, serta kefahaman pada entry ini, untuk update entry blog harus ada ada sikap ini ;
( saya bukan pandai tetapi sekadar memberi pandangan, jika ada ketelusan kemanusiaan kita panjatkan kesyukuran kepadaNya)
1. Berfikir apakah genre entry terbaru hendak disampaikan.
2. Fikirkan adakah manfaat kepada reader kita dan kepada umum.
3. Fikirkan cara apakan penulisan mencatat entry selepas dikaji dan diputuskan  sebagai bahan updated blog.
4. Fikirkan kata-kata yang mudah difahami oleh sesiapa golongan membaca .
5. Fikir semula dan nilai entry kita, jika kita rasa senang dan tidak berat hati maka itulah entry terbaik kita sebagai persembahan updated blog kita.

Saya pernah membaca di sebuah majalah ilmu, katanya " Apa sahaja yang kita katakan di alam maya, kitalah penanggungjawabnya" Hal inilah yang selalu difikirkan, kerana kita semua masih berada dalam lingkungan genarasi yang tahu di mana perkara baik dan di mana perkara tidak baik. Jika berhemah kata kita maka berhemah lah yang membacanya, apabila yang membaca mendapat siraman keinsafan dan takutkan murkaNya. Wallahualam.

Semurni2 header ini maka sesejuk jiwa menerimanya. 
Apabila diberi yang baik adabnya menghargai.


Menerima maka tertunai lah hajat...
Memberi maka tertunailah sedekah jariah..
Semurni header ini adalah pemberian tulus dari 
insan pemilik blog terindah ini..
*
*
*

Hanya Allah yang tahu 
teramat menyenangi
header ini.
Alhamdulillah..
Inilah rezeki berbaik 
dengan blogger di alam maya.

Bicara kongsi 
Kamar hati -  etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka:

dieyna berkata...

Dieyna menulis dari apa yang terlintas di fikiran yang dirasakan sangat berguna untuk dikongsikan bersama rakan. Ya, kitalah yang bertanggngjawab atas apa yang kita tulis. Kitalah penyebar ilmu sama ada baik atau buruk.. Apa yang kita kata, apa yang kita tulis, dibaca mungkin oleh seorang atau lebih, bermakna sudah ada ilmu yang kita sebarkan. Oleh itu, jagalah penulisan kita.. Menulis biarlah ada faktanya.. Tak salah bergurau jangan sampai memfitnah..

Unknown berkata...

Asalamualaikum Dieyna. Setuju dengan Dieyna ya...Syukurlah Dieyna amat memahami. Perkatakan apa saja di blog kita, jika tak lupa kaitkan dengan kebesaranNya, agar kita tak riak padaNya. Bagilah apa saja yng indah, gambar indah, yang cantik dan menarik, tetapi harus ingat siapa bagi kita keindahan itu selain Dia.

Betul tu..hidarkan fitnah ya..
.

ewanthology berkata...

menulis perlu disertai dengan tanggungjawab atas apa yg ditulis

Unknown berkata...

Yup! betul. Tq Del

Miss N™ berkata...

nur juga mcm kak dieyna..menulis apa yg terfikir.

dan kebanyakkan entry nur bkisarkan apa yg terjadi di sekeliling nur.

cuma identiti org yang terbabit sj nur tidak jelas kan..sebab bukan btujuan untuk mengaibkan sesiapa, cuma untuk di jadikan pgajaran buat kita semua..

jika ada yg terasa, nur mohon jutaan kemaafan...!

Solehah Shamsuddin berkata...

semoga cikgu sentiasa memberi berbagai-bagai informasi dalam blog cikgu lagi.Solehah suka baca blog cikgu.Cikgu banyak bagi informasi dengan dunia masa kini.Alhamdulillah masih ada insan seperti cikgu.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
saya sukakan blog ori...idea asal pemiliknya...biar ringkas,biar hanya sekeping gambar...tp seronok membacanya...
berbanding blog copy&paste...maaf...artikel yg di copy...boleh dibaca dan didapati di berpuluh2,beratus2 laman lain...so mana keseronokan membacanya..?

Kamsiah yusoff berkata...

oh ya...cikgu kenal tak blog ni
http://atuk-phd.blogspot.com
kalau dah kenal tak pa la..
kalau belum...boleh kenal2..
bllog beliau antara yg saya suka...entrinya ringkas saja
tp ada hadis sbg 'nota kaki'...

Unknown berkata...

setuju dgn cikgu... apa yg deqla luahkan kat blog adalah apa yg berlaku di sekeliling deqla dan apa yg deqla nmpk..juga bkn niat utk mengaibkan sesape...tp utk dijadikan iktibar pd semua...maaf jika ada ayat2 deqla yg nmpk agk kasar tp bkn niat deqla...ya, kita menulis tp kita tak tahu mungkin ada yg terasa hati, dan dgn ini deqla berhrp segala ketelanjuran deqla dlm blog deqla, mohon dimaafi. blog juga spt tmpt utk deqla meluahkan apa yg terlintas di hati. :)

~Cik Sweety~ berkata...

saya suka menulis ayat yang pendek tapi perlukan pembaca tuk mentafsir..
suka buat pembaca tertanya.. nakal kan?? tapi setiap itu, ada penerangannya.. Insyaalllah..moga gaya penulisan saya itu dapat diterima..(^_^)

Hanif berkata...

Semoga kita semua menulis mengikut minda bukannya mengikut perasaan. Kadang kala kita pasti ada kesilapan tapi ianya pengajaran untuk kita.
Saya secara amnya, memang suka pada blog PESONA kerana ia berani mengutarakan pandangannya dan paling penting ia disulam fakta yang menarik...

Abang Karu berkata...

Saya tulis apa yang saya rasa nk tulis......tapi saya tak tau org suka ka tak dgn apa yg saya tulis huhuhuuu....

9n0L4 berkata...

berkongsi ape saje kan. kdg² entri yg baik akan memberi ingatan bersama. ;)