Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 18 April 2012

Setiap kata itu kita dipertanggungjawabkan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

     
     Blog merupakan kegemaran ramai individu yang sukakan informasi dan segala maklumat untuk dikongsi. Bukan sedikit yang melihat pada apa saja yang kita paparkan di maya ternet. Terdapat kata bidalan bahawa " buka buku buka dunia" " Dunia kini di hujung jari" atau " ICT dunia tanpa sempadan " kata ini merujuk kepada segala maklumat, peristiwa yang lama dan baru semua kita boleh lihat, saksikan menurusi hujung jari, inilah yang dikata Internet jaringan net book yang memungkinkan segalanya. harus saya tegaskan kalau baik, baiklah jadinya kerana memang banyak manfaat merujuk internet. Tetapi tidak kurang juga banyaknya keburukan, maka kalau buruk,buruklah jadinya yang bermaksud apa saja yang merosak akidah ada dalam jaringan internet. Kita sedia maklum semua itu.

Blog Pesona EWWK, apa sangatlah istemewanya!. Nama saja Pesona, tetapi tiada pesona yang jelas namun pasti ada juga yang tersirat secara tidak langsung. Kerana itu, dalam memilih entry2 yang baru untuk mengisi ruang wall hijau Pesona Blog selalu terfikir, mencari, menganalisa, mengkaji kali ini apa yang  hendak dikatakan sebagai persembahan di maya ternet. Pernah di tahun lalu, selama 30 hari ( sebulan ) Pesona EWWK zero entry, sebuah paparan maklumatpun tidak ada, inilah buktinya akan tiba kekurangan idea sebagai wacana kepada maya internet. 

Mac 2012 entry2 Pesona EWWK, nampaknya rancak diputarkan di maya ternet, atas kehendak pemiliknya. Dan kini April 2012 sedang layarkan panjinya. Sebagai manusia yang lemah, selalu berfikir, kali ini apa hendak disampaikan, apa yang perlu dicatat sebagai pengisian berterusan di laman Pesona EWWK. Untuk entry tak bertapis memang banyak,selak saja apa saja lembaran buku ilimiah, motivasi, hal keagamaan, tentang jenaka, petua, unsur suspen, kisah tauladan sekalipun cerita peribadi keluarga atau copy paste. Huh! banyaknya tak terkira. Tapi kurang seronok begitu, kurang selesa begitu dan paling takut jika tersilap menulis cerita atau catatan updated blog kita, tanpa sedar kita dicerca, dihina dan dikeji di alam maya. Takut setiap patah perkataan yang kita sampaikan menjadi titian dosa.

Untuk itu berwaspadalah kita, marilah saling memberi dan menasihati. Jika ada yang baik menerusi blog kita, marilah bersyukur dan sesungguhnya apa sahaja yang baik itu datangnya dari yang esa, sementara yang tidak baik itu datangnya dari kita yakni manusia yang tidak sempurna.

Sebagai penyenang hati dan penyejuk rasa, serta kefahaman pada entry ini, untuk update entry blog harus ada ada sikap ini ;
( saya bukan pandai tetapi sekadar memberi pandangan, jika ada ketelusan kemanusiaan kita panjatkan kesyukuran kepadaNya)
1. Berfikir apakah genre entry terbaru hendak disampaikan.
2. Fikirkan adakah manfaat kepada reader kita dan kepada umum.
3. Fikirkan cara apakan penulisan mencatat entry selepas dikaji dan diputuskan  sebagai bahan updated blog.
4. Fikirkan kata-kata yang mudah difahami oleh sesiapa golongan membaca .
5. Fikir semula dan nilai entry kita, jika kita rasa senang dan tidak berat hati maka itulah entry terbaik kita sebagai persembahan updated blog kita.

Saya pernah membaca di sebuah majalah ilmu, katanya " Apa sahaja yang kita katakan di alam maya, kitalah penanggungjawabnya" Hal inilah yang selalu difikirkan, kerana kita semua masih berada dalam lingkungan genarasi yang tahu di mana perkara baik dan di mana perkara tidak baik. Jika berhemah kata kita maka berhemah lah yang membacanya, apabila yang membaca mendapat siraman keinsafan dan takutkan murkaNya. Wallahualam.

Semurni2 header ini maka sesejuk jiwa menerimanya. 
Apabila diberi yang baik adabnya menghargai.


Menerima maka tertunai lah hajat...
Memberi maka tertunailah sedekah jariah..
Semurni header ini adalah pemberian tulus dari 
insan pemilik blog terindah ini..
*
*
*

Hanya Allah yang tahu 
teramat menyenangi
header ini.
Alhamdulillah..
Inilah rezeki berbaik 
dengan blogger di alam maya.

Bicara kongsi 
Kamar hati -  etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka: