Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 3 April 2012

Ratu hati kamu siapa? Kamu sayang dia ke tak..

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Pernah suatu masa dulu dua lelaki sedang berbual di halaman rumah. Lelaki itu bernama Syafiq Imran dan gurunya. Syafiq berusia 12 tahun dan merupakan ketua murid di sekolahnya, dan pastilah ramai dikalangan murid dari kalangan murid lelaki atau murid perempuan yang menyukai Syafiq Imran.

Guru lelaki itu pernah diberitahu bahawa terdapat seseorang murid perempuan sebaya dengan Syafiq Imran atau seumur dengannya bahawa murid perempuan itu menyatakan bahawa amat menyukai Syafiq Imran, tetapi Syafiq Imran tidak memahami dan tidak memandangpun tiap kali murid perempuan itu cuba membuat sesuatu agar Syafiq Imran memberi perhatian ke arahnya. Dalam hal ini guru lelaki Syafiq Imran menganggap biasa dan murid perempuan seusia 12 tahun sudah mula menampakkan kematangan mereka dan mulai beremosi. 

Guru lelaki : Cikgu ada dengar ada perempuan sukakan kamu Syafiq!
S imran  : Apa cikgu ! hiss mana ada, baru tahun 6 mana boleh macam tu..
Guru lelaki : Syafiq tak nak terima kah yang memang ada perempuan menyayangi kamu tu..cikgu tau, memang ada..tak payahlah bohong. Memang perempuan tu amat2 cinta sama kamu.
S imran : ( memandang cikgu lelaki tersebut dan senyum ) Alamak!! cikgu..mana boleh UPSR pun belum tahu lulus ke tak inikan pula nak bercinta. Cikgu2...
Guru lelaki : Syafiq tak boleh macam tu..kita kena terima cinta dan kasih sayang perempuan tu..mengaku saja lah ya..
S imran : ( menggaru kepala  kebingungan ) haha..isshh! siapa perempuan tu cikgu, memang Syafiq tak nak terima, Syafiq nak belajar dahulu lah..malu lah usia 12 tahun dah bercinta. Tak faham lah dengan cikgu ni..
Guru lelaki : Hai Syafiq..cikgu benar2 mahu kamu cintai dan sayangi perempuan tu sepenuh hati kamu tau!.
S Imran : Tak lah cikgu..biarkan ja dia... 
Guru lelaki : Sebenarnya Syafiq kita wajib menyayangi, mengasihi, menghormati dan mencintai perempuan ini, kerana perempuan yang cikgu maksudkan itu ialah perempuan yang Syafiq panggil ibu atau mak. Ialah mak kamu tu kan perempuan atau wanita. Ibu kamulah perempuan tu..betul tak!!
S Imran : ( menggaru kepala lagi ) oh..ialah pula, cikgu ni...( tersenyum dan seolah puas dengan penerangan cikgunya)

Sayangi dan hargailah wanita bergelar " Mak" "Ummi" " Ibu" " Ummu" " Mama"
merekalah wanita yang melahirkan kita.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

14 Pesona Kata Hati Mereka:

Aine Ainun berkata...

Besar pengorbanan ibu, tak wajar kita mensia2 kan pengorbanannya,,,,

ajak berkata...

asalam ... pengorbanan seseorang .. kiter perlu hargai ..tq.

JR berkata...

Teringat sangat ibu yg jasanya sungguh besar utk menjadikan saya manusia...Tapi ibu telah mengadap Illahi dua tahun lepas...al-fatihah...

Kamsiah yusoff berkata...

salam
bila dah jadi 'maik' baru tau besarnya pengorbanan seorg ' mak'...

lelamaisara berkata...

Ibu yang melahirkan kita hanya ada satu dalam dunia..

~Cik Sweety~ berkata...

berkisah pasal ibu, xpasal2 bergenang airmata..sensitip btl kalo bab2 ibu ne..

dieyna berkata...

mesti budak syafiq tu buat muka blur kan.. hehe

Tinta Lana berkata...

Ya, sepatutnya lelaki dididik untuk mencintai, menyayangi dan menghormati..bukan pada ibu sahaja, malah semua wanita. Kan kami dijadikan dri tulg rusuk anda? :)

#Sayangilah ibu..smntra mrka masih ada :)

dya nasir berkata...

dya sayang mama dya..

Kazman / Sue berkata...

heee3x... mesti murd tu takut kantoii....

Arina Shamsul berkata...

assalammualaikum cikgu :)

lama tidak singgah ke blog cikgu..

cikgu sihat?

ya mmg betul tu,pengorbanan seorang ibu tidak ternilai dengan apa sekalipun.dengan itu kita wajib mengasihi ibu dan bapa,jika mahukan syurga :)

saya suka entri ini cikgu,menarik,tapi tadi mula2 saya senyum2 dan pelik juga sebab cikgu tu beria2 pulak suruh budak tu bercinta..hihi.rupanya ibu pulak yang sukankan syafik tu..hihi.

Arina Shamsul berkata...

o ya cikgu baru hari ini dapat balas pertanyaan cikgu mengenai iklan2 tu,betul! kalau ada kawan2 yang sudi klik dan tengok iklan kita tu pihak pengiklan akan bagi ganjaran.sebab kita dah tolong mereka promot iklan mereka,kalau cikgu nak pasang iklan2 tu boleh saja cikgu.tapi cikgu kena register dulu.buat akaun dulu.

kalau cikgu nak register boleh klik mana2 iklan,kemudian cikgu boleh register sana.ikut sahaja arahan yang ada ya cikgu,

Unknown berkata...

tq ya..siapa saja drop komen yg ikhlas tu saya amat hargainya.

Unknown berkata...

Kazman....) betul ..muka kehairanan..cerita ni berlaku tahun 2009. Budak Syafiq tu dah ting 3 dah sekarang.
Alfatiha untuk arwah ibu bro JR ..