Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 4 April 2012

Kena beradab dan tahu sekiranya kemungkinan anda tidak dilayan..

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Mahu tidak mahu suatu masa pasti kita akan menerima undangan ke majlis kahwin, majlis kesyukuran, majlis doa selamat, majlis hari lahir dan pelbagai lagi jenis majlis yang bakal kita terima. Dalam Islam hukum menghadiri jemputan ke majlis tersebut adalah harus ditunaikan jika tiada halangan. 

Kadang-kadang kita datang ke majlis perkahwinan, tanpa disedari kita tidak dilayan, kita datang seolah datang tidak dijemput, lebih teruk lagi jika kita datang semua orang  tidak perdulikan kita. Hanya Allah yang tahu betapa lah amat malu terasa. Keadaan sebegini memang tidak mustahil, namun kita berharap tidak berlaku kepada kita di masa-masa akan datang.

Untuk itu sedikit tips2 dipetik dari sumber asas-asas fardu ain oleh Ustaz Sulaiman Endut yang ingin dikongsikan sebagai panduan kita semua.Sekurang-kurang kita ada ilmu dan jalan dalam menangani masalah yang tiba-tiba kita hadapi disuatu majlis, khasnya majlis perkahwinan atau majlis kesyukuran. Iaitu kita ada ilmu pengetahuan tentang " Adab Duduk Di Dalam Majlis". Rasanya amat perlu kita ketahui asas ini.

1. Hendaklah bersalaman dengan semua orang yang ditemui di dalam majlis.
2. Hendaklah duduk ditempat yang ditunjukkan oleh tuan rumah. 
3. Hendaklah duduk di samping orang ramai,bukan di tengah-tengah mereka.
4. Tidak boleh duduk antara dua orang melainkan dengan izin.
5. Hendaklah orang yang datang lewat duduk di akhir majlis / di belakang.
6. Hendaklah memohon izin jika ingin keluar dari sesuatu majlis.

6 perkara tersebut, insyaallah akan membantu kita menselesakan kita di dalam sesuatu majlis jika berlaku kita tidak dilayan oleh tuan rumah yang kemungkinan kita datang tuan rumah berada dalam keadaan sibuk. Apapun keadaan kita wajib beradab sopan ketika berada di dalam majlis yang kita hadiri. 

Satu pertanyaan yang ingin dikongsi iaitu, terdapat kata-kata yang mengatakan bahawa jika kita berjiran kita tidak perlu menjemput jiran kita ke majlis mereka, tetapi kena datang sendiri tanpa dijemput. Di desa selalu berlaku hal sebegini. Penulis merasa amat tertanya-tanya dimana satu yang perlu diikuti. 

1. Adakah kita datang sahaja ke majlis jiran kita tanpa dijemput?
2. Atau kita tidak perlu datang ke majlis jiran kita kerana kita tidak dijemput.

Mana satu yang paling sesuai kita lakukan apabila jiran mengadakan majlis tetapi kita tidak dijemput, tetapi ada dalam sembang berbual  kata mereka datang sahaja walaupun tidak dijemput. Penulis amat keliru, tolong bantu beri jawapan pada persoalan ini.

Pada pendapat penulis, kita wajib menjemput jiran kita ke majlis itu dengan cara datang ke rumahnya untuk menjemput atau guna sms jika sibuk  dan cara ini paling cepat berkesan, hantar wakil untuk menjemput ke majlis tersebut. Dengan cara inilah bagi penulis sangat2 diharuskan dalam konsep berjiran. Kita datang ke majlis itupun rasa tenang dan selesa kerana memang kita telah dijemput.

Adakah betul kata2 bahawa jiran kita tidak perlu dijemput ke majlis kita, tetapi yang paling perlu dijemput adalah orang yang jauh dan bukan jiran. Bagi mereka jiran kena datang sendiri ke majlis jiran kita tanpa dijemput. Disinilah kekeliruan penulis. Terasa perlu juga dijemput jiran itu dengan cara jemputan bersua muka, kad jemputan tidak perlu tetapi harus dengan datang menjemput ke rumah jiran. Anda apa pendapat?..

dari kata hati Etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

23 Pesona Kata Hati Mereka: