Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 4 April 2012

Kena beradab dan tahu sekiranya kemungkinan anda tidak dilayan..

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Mahu tidak mahu suatu masa pasti kita akan menerima undangan ke majlis kahwin, majlis kesyukuran, majlis doa selamat, majlis hari lahir dan pelbagai lagi jenis majlis yang bakal kita terima. Dalam Islam hukum menghadiri jemputan ke majlis tersebut adalah harus ditunaikan jika tiada halangan. 

Kadang-kadang kita datang ke majlis perkahwinan, tanpa disedari kita tidak dilayan, kita datang seolah datang tidak dijemput, lebih teruk lagi jika kita datang semua orang  tidak perdulikan kita. Hanya Allah yang tahu betapa lah amat malu terasa. Keadaan sebegini memang tidak mustahil, namun kita berharap tidak berlaku kepada kita di masa-masa akan datang.

Untuk itu sedikit tips2 dipetik dari sumber asas-asas fardu ain oleh Ustaz Sulaiman Endut yang ingin dikongsikan sebagai panduan kita semua.Sekurang-kurang kita ada ilmu dan jalan dalam menangani masalah yang tiba-tiba kita hadapi disuatu majlis, khasnya majlis perkahwinan atau majlis kesyukuran. Iaitu kita ada ilmu pengetahuan tentang " Adab Duduk Di Dalam Majlis". Rasanya amat perlu kita ketahui asas ini.

1. Hendaklah bersalaman dengan semua orang yang ditemui di dalam majlis.
2. Hendaklah duduk ditempat yang ditunjukkan oleh tuan rumah. 
3. Hendaklah duduk di samping orang ramai,bukan di tengah-tengah mereka.
4. Tidak boleh duduk antara dua orang melainkan dengan izin.
5. Hendaklah orang yang datang lewat duduk di akhir majlis / di belakang.
6. Hendaklah memohon izin jika ingin keluar dari sesuatu majlis.

6 perkara tersebut, insyaallah akan membantu kita menselesakan kita di dalam sesuatu majlis jika berlaku kita tidak dilayan oleh tuan rumah yang kemungkinan kita datang tuan rumah berada dalam keadaan sibuk. Apapun keadaan kita wajib beradab sopan ketika berada di dalam majlis yang kita hadiri. 

Satu pertanyaan yang ingin dikongsi iaitu, terdapat kata-kata yang mengatakan bahawa jika kita berjiran kita tidak perlu menjemput jiran kita ke majlis mereka, tetapi kena datang sendiri tanpa dijemput. Di desa selalu berlaku hal sebegini. Penulis merasa amat tertanya-tanya dimana satu yang perlu diikuti. 

1. Adakah kita datang sahaja ke majlis jiran kita tanpa dijemput?
2. Atau kita tidak perlu datang ke majlis jiran kita kerana kita tidak dijemput.

Mana satu yang paling sesuai kita lakukan apabila jiran mengadakan majlis tetapi kita tidak dijemput, tetapi ada dalam sembang berbual  kata mereka datang sahaja walaupun tidak dijemput. Penulis amat keliru, tolong bantu beri jawapan pada persoalan ini.

Pada pendapat penulis, kita wajib menjemput jiran kita ke majlis itu dengan cara datang ke rumahnya untuk menjemput atau guna sms jika sibuk  dan cara ini paling cepat berkesan, hantar wakil untuk menjemput ke majlis tersebut. Dengan cara inilah bagi penulis sangat2 diharuskan dalam konsep berjiran. Kita datang ke majlis itupun rasa tenang dan selesa kerana memang kita telah dijemput.

Adakah betul kata2 bahawa jiran kita tidak perlu dijemput ke majlis kita, tetapi yang paling perlu dijemput adalah orang yang jauh dan bukan jiran. Bagi mereka jiran kena datang sendiri ke majlis jiran kita tanpa dijemput. Disinilah kekeliruan penulis. Terasa perlu juga dijemput jiran itu dengan cara jemputan bersua muka, kad jemputan tidak perlu tetapi harus dengan datang menjemput ke rumah jiran. Anda apa pendapat?..

dari kata hati Etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

23 Pesona Kata Hati Mereka:

Aine Ainun berkata...

Pada saya sebaiknya,
kita perlu menjemput walopun jiran sebelah....sbab kadang2 sikap smbil lewa boleh buat salah faham...

~Cik Sweety~ berkata...

betul kata AA..lebih2 lgi kalo jiran tu org2 berada..harus dijemput biarpun pada 'mesyuarat tingkap'..hihi..

Sweety sudah dpt tu hadiah.. love them so muchh.. nanti sweety bt entry khas pasal tu okehh..

Terima kasih(^_^)

Kamsiah yusoff berkata...

salam
bg saya ...jiran,walau sebelah rumah,perlu dijemput...
katakan jiran kita mengadakan sesuatu majlis...tanpa memberitahu/mengundang kita..adakah kita akan hadir...

Unknown berkata...

Ya setuju n sependapat dgn AA. Tapi, sebak tau pernah x dijemput.lain macam ja rasa. Apa yg dapat dibuat bersabar dan anggap positif, bukan rezeki. Adakah fenomena ini berlaku di area kawan2 ya. Mujur mama sebelah selalu ingatkan " tak apa2 diorang sibuk tu'..adalah 1 km dari rumah, rumah kawan tu..tapi ada hpone..x sms langsung.

Unknown berkata...

Alhamdulillah syukran ya SHonest. mohn maaf vantage habis stok kat Keningau ya, kalau ada stok harap ada masa kirim juga kat Shonest ya.

wasalm kamsiah..ya betul sangat2 setuju. Wajib jemput..bukan susah sekarang SMS ja, kalau jiran sebelah lagilah bahaya, wajib apa kena jemput.

Alamak tengah tengok tv 106 pasal jiran juga tu, tengok ya..bagus ni 106 pasal jiran..kebetulan entry saya jg pasal jiran..bestnya rancangan tu..Tazkirah.habis dah pula...

9n0L4 berkata...

ye betul. adat berjiran kan. ade bace ttg hadis pasal meraikan jiran tapi lupe dah. ;)

~Cik Sweety~ berkata...

cikgu Etuza.. kalo macam tu, xpa la..len kali,kalo ada contest lagi saya join,kalo menang,sya bt entry khas okehh..

Dapat flu?? cek entry neyh.. ada sya cadangkan ubt bagus tuk flu..try la..

http://sweetylikecandycan.blogspot.com/2012/03/bila-flu-aku-telan-ne.html

moga cepat sembuh(^_^)

Liyana Anuar berkata...

Kalau nak ikutkan, kalau kita tak dijemput kira haram makanan yg kita makan tu kan?

Sepatutnya ape2 kenduri pun kita wajib hadir apabila dijemput..tp kalau tak dijemput??

macam pernah terbaca pasal ni..

wallahualam~

JR berkata...

Jiran sebelah menyebelah rumah memang wajar dijemput. Sangat tak sopan dlm keadaan bergembira jiran dilupakan, tapi dlm keadaan susah bantuan jiran dipanggil...

Unknown berkata...

Terharu dgn idea2 teman2 semua.
To Yana L...na tulah kan, betul tak diundang tiba2 ada dalam majlis.

JR saya sangat setuju, jiran kena jemput juga, amat pantas dijemput, kena hubung erat siraturahim.

Saya dapat kekuatan bahawa, jika x dijemput memang x boleh ke majlis tu..

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu.
Kalau di tempat saya, dlm komuniti melayu berugama islam, setiap Kali Ada majlis kenduri kendara, jiran2 tak pernah tidak di jemput. Kerana kami adalah ahli khairat kematian Dari mesjid yang sama.

Bila Ada majlis kahwin, atau hari raya open house, jiran bangsa lain juga di jemput.

dieyna berkata...

Jemputan itu penting terutamanya berkaitan dengan kenduri makan-makan, kalau tak dijemput, dah jadi makan makanan yang tak dihalalkan tuan rumah pulak.. huhu naya je

Abang Karu berkata...

alhamdulillah...di kampong saya walaupun sebelah rumah tetap dtg kerumah nya utk di jemput bg sesuatu majlis

Kancil 8349 berkata...

tips dan info yang menarik...terima kasih...

Unknown berkata...

Deru ombak , terima kasih ya, konsep berjiran sebenar adalah macm tu.
Jiran2 yang dekat kita tak boleh kalau x jemput. Jemput dengan datang memberitahu.
Semoga pendapat2 ini akan menyokong saya agar menenrangkan kepada sesiapa di kampung. mengubah tanggapan mereka.
Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Etuza,

Pada akak, kita perlu jemput jiran2 dan kawan2 kita walaupun kita hanya membuat kenduri kecil-kecilan.

Ini menunjukkan yang mereka ini sentiasa dihati kita. Dan kita yang dijemput ni pula kalau tiada halangan yang menghalang, cuba-cubalah sebolah-boleh hadir ke majlis yang dijemput.

Kehadiran orang-orang yang dijemput ke majlis kita, kita rasa sangat berbesar hati.

Di Majlis pula, kalau boleh tetamu-tetamu yang semeja dengan kita tu kita tegurlah, paling tidak senyum. Tak bercakap pun tak aper, sebab setengah orang tak suka kita tanya apa-apa pada mereka kerana mereka tak kenal kita.

Unknown berkata...

Akak KK, sangat setuju dan sebaik-baik amalan itulah..menjemput dan hadirkan diri, sebab itu saya buat enrty adab duduk di mana2 majlis yg kita hadir ya, manalah tahu kita hadir tuan rumah sibuk ya, so bersalaman dulu dan saling bertegur pada yg dah awal hadir...terjalin ukuhuwa..tak payah malu2 kerana nak malu apa...kita tak ada salahpun ya kan..

Tanpa Nama berkata...

salam ..


emmm zr penah jd mangsa, stress rs nye.. kalau bley x nk dh dtg .. walauuu pun majlis tu majlis kwn baik kite.. dgn kite dia wat2 cm x kenal , sdangkan kite dh nmpak dia dok gurau2 senda dgn kwn2 lelaki dia yg lain .. x pe ler, myb dia jemput2 ayam je kut.. janji kite dtg ..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Pendapat saya, kita perlu menjemput tetangga kita jika kita mengadakan kenduri agar tidak timbul kekeliruan. Ini adalah adab kita berjiran.

Unknown berkata...

Wasalam Araz..
Sesungguhnya itulah amalan yang baik. Kukuhkan ukuhuwa. Entahlah semakin zaman berubah..kadang2 keliru, majlis apa mereka tu ramai.bila diberitahu..majlis kahwin. Bukan rezekilah tu..x ada jemputan.

Arina Shamsul berkata...

assalammualaikum cikgu,


Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.itupun jika majlis itu tidak bertentangan dengan islam.

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

so menjawab pertanyaan cikgu tadi kalau jiran perlukah dijemput?

ya.walaupun dia adalah jiran sebelah dinding sahaja,kita seharusnya menjemput mereka bila kita mengadakan sesuatu keramaian,kerana Apabila berkaitan dengan kenduri maka hanya orang yang dijemput oleh tuan rumah sahaja yang boleh datang kenduri tersebut. Kerna itulah ulama’ menyatakan dalam kitab feqah, barangsiapa yang membawa kawan yang tidak dijemput maka hendaklah meminta izin daripada tuan rumah supaya kawan yang tidak dijemput itu dapat makan. Sekiranya tuan rumah tidak izinkan maka tidak boleh makan.

ini adalah apa yang saya tahu,berdasarkan mazhab syafi’e

jika ada kekhilapan dan kekurangan dalam perkongsian ini sila perbetulkan :)

Wallahu’alam

Wallahu’alam

Unknown berkata...

Alahmdulillah..
Benar2 menerima pendapat BHM-AS. Syukran diperkukuhkan, setidaknya saya boleh bagitahu kawan2 dalam situasi tertentu. Inilah cara nak belajar..walaupun dah lama memeluk Islam tetapi banyak perkara yang saya dhaif....Hanya Allah mampu memberi pahala ya.

9n0L4 berkata...

Sabda Baginda, "Demi Allah, tidak beriman.. demi Allah, tidak beriman.. demi Allah, tidak beriman." Baginda ditanya, "Siapakah dia wahai Rasulullah?" Baginda berkata, "Orang yang mana jirannya berasa tidak aman dengan sebab kejahatannya."

( Riwayat Bukhari & Muslim )

Jaga hubungan dengan jiran. Rasulullah صلى الله عليه وسلم amat menitikberatkan keharmonian dalam kejiranan.