السلام عليكم ورحمة الله وبركات
( harap2 dapat membaca, walaupun agak panjang ceritara saya ya)
Harap tidak cemburu jika saya katakan bahawa kami bercuti hari ini, esok pula bercuti lagi, esok Jumaat seluruh kakitangan Malaysia bercutilah esok. Cuti umum tambah cuti sabtu dan ahad, lumayan juga cuti-cuti kita.
Dalam bercuti ada sahaja kerja hendak dibuat, hari ini sekitar jam 10.30 pagi hantar anak ke extra kelas di Bandar Keningau, sambil menunggu dia keluar kelas saya pergilah service kereta di pusat service yang terkenal di Keningau. Tengok saja berderetan kereta kecil besar untuk diservice. Saya parking kereta dan terus ke kaunter. Saya bagi tahu mahu full service, element dan disk break kena cek semua. Siap melapor saya beli Berita Harian dan Majalah Wanita, kemudian membaca sambil2 menjeling kereta saya siap untuk giliran service.
Tidak lama kemudian saya tengok bonet kereta saya sudah dibuka, saya meluruh ke arah kereta dan sempat berbual dengan pekerja service khas kereta saya. " Ada tu skru longgar, jatuh di lubang jalan hari tu, cover bawah agak longgar, tolong kuatkan skru dan cek semua element dan disk break ya" Siap melapor pekerja tu senyum dan " Ok, yang ini kah.." sambil memegang cover bawah yang agak terturun. Saya angguk dan berlalu duduk berehat dan menunggu siap. Seketika khyusuk membaca berita2 hangat di Barita Harian hari ini.
"Ok siap bos! sila lah bayar ke kaunter ya"
Terkejut, biar betul, kereta yang dahulu dari saya apa pasal masih belum siap semua, memang ada 2 kereta yang dah berlalu selepas service. tanpa banyak tanya saya ke kaunter. " Encik, ini bilnya..semua dah siap,oil engine RM 122.00 dan yang lain2 .........."
Saya tengok bil dan tak banyak tanya terus ja bayar, ambil kunci dan terus pandu menuju ke kelas tambahan anak lelaki saya. Jam 12.30 anak keluar dan terus bawa anak ke satu restoran pilihan saya. Oder ABC dan nasi, lauk ayam dan sayuran utuk anak dan saya sekali, cuma saya tidak ambil ABC.
Tiba-tiba di hadapan kami ada pasangan suami isteri datang dan duduk setentang dengan kami, anak mereka menangis seperti kesakitan. Saya terdiam seketika mengunyah makanan, melihat ke arah anak dan suami isteri itu. Saya lihat ayah bayi itu menyuap ubat ke mulut bayinya sementara bayi itu dipegang penuh kasih oleh ibu bayi itu. Aduhai terimbaulah kenangan suatu masa ketika anak-anak seusia itu. Si ayah dengan penuh cermat memasukkan cairan ubat ke mulut anaknya yang sesekali menangis benar-benar sakit.
" Kenapa anak menangis? dia tak sihat ke? Demam selesma ke ?" Inilah pertanyaan yang keluar dari mulut saya. " Ya dia sakit, demam dan selesma.." Jawab sisuami dan tersenyum melihat saya dan anak lelaki saya. " Ooo...anak tu berapa umurnya ?" " Baru 6 bulan " Kali ini ibu yang memegang anak itu melihat kami tetapi tak senyum, seolah hairan saya menegur sebegitu indah rasanya pada dia, saya lihat mata ibu itu menyenangi pertanyaan saya. " Banyakkan bagi dia minum air putih ya, air sejuk jangan sekali bagi minum ya..tak baik untuk anak" Tiba2 saja terpacul nasihat ini, sebab teringat anak saya dahulu diusia 7 bulan di beri oleh penjaga anak kami minuman sejuk dari peti ais hingga anak saya diserang asma yang terlalu. Suami isteri itu tersenyum dan angguk2kan kepala. Sebenarnya suami isteri itu seperti dari kampung jauh dan ternyata tekaan saya benar mereka berasal dari Nabawan sebuah pekan yang memang jauh dari Keningau. Apa yang saya bangga mereka suami isteri yang bahagia.
Semasa menuju ke kereta saya terus on injin dan mula hendak memulas stering, tiba-tiba saya di tahan oleh seorang drive kereta Myvi, hairan kenapa apa pasal?. Driver itu tunjuk ke arah roda exzora saya. Saya keluar dan melihat ke bawah tayar depan. " Ya Allah, hampir masuk lubang tayar sebelah kiri kereta saya" " Bagaimana saya tidak nampak masa parking tadi, hai mujurlah tak jatuh..kalau jatuh kena panggil Penyelamat angkat kereta saya tu"
Saya hairan juga macamana dari jauh driver Myvi tu tahu ada lubang depan kereta saya.Mungkin dia pernah alami semasa parking dekat sini. Lubang tu terjadi kerana simen penutup parit pecah dan memang sebiji tayar akan terus masuk seolah menjunam, sukar keluar jika tidak guna penyelamat. " Terima kasih ya..syukran alhamdulillah" Selamat.
Selesai peristiwa itu, saya ke stokis produk ELKEN, membeli ester C six600 plus. Selesma masih menganggu, semoga apabila amalkan ester c 600 plus cepatlah sembuh dan lelehan cairan akan kering. Selepas itu keluar dan melalui sebuah restoran terbuka menuju ke kereta. Saya melihat benar-benar di hadapan saya seorang lelaki seusia saya duduk menunggu makanan, mata kami bertentangan seketika, saya tengok dia tak senyum, segera saya teringat " Senyum dari hati" di blog Pesona milik saya. Saya segera senyum ke arah lelaki itu, rupa2nya senyuman dia terlebih manis dari saya. Alangkah puas hati apabila senyuman saya berbalas, dan saya melempasi dia tanpa kata apa2 hanya senyum sahaja.
Saya merasakan benar2 lancar perjalanan hari ini, semua urusan selamat diurus dengan mudah, cepat dan tiada masalah timbul. KepadaMu ya Allah saya panjatkan kesyukuran dan kepada semua teman-teman blog yang mendoakan saya terima kasih rasanya ada kaitan doa2 kalian hingga hari ini saya tidak terlibat masalah yang mengeruhkan keimanan. Syukran..mungkin inilah hikmahnya saya MENEGUR, SENYUM DAN AKHIRNYA DIBERITAHU.
Ok jemput tengok gambar kabur Etuza bersama anak ke dua, gambar tak terang ya...gambar lama ..sekitar 1996.
Kabur..harap maaf ya.Cuma senyum ikhlas ya..
10 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam cikgu..terima kasih kerna berkunjung keblog lana :)
Macam2 cikgu buat hrini ya.hehe.
Ya, esk kami disemenanjung bercuti. dalam kepala, dah pikir2 macam nak buat apa selama 3hari bercuti ni.
Hurmm, sebut pasal senyuman. Kadang2 geram juga, bila kita senyum dengan lebar pada org yg kita jumpa, tpi org tu tak membalasnya. Tak tahulah apa yg dipikirkannya. Malu pun ada, kita cuma senyum sekadar nak menceriakan suasana, tpi org tu tak membalas pun,huhu.
Bestnya cuti huhu... Dieyna nak balik kampung ari ni.. esok lusa cuti juga... tak jeles lah jadinya
senyum itu kan sedekah =p
alhamdulillah. segalanya lancar aje perjalanan cekgu arini. ;)
Semoga semuanya lancar setiap hari dan Allah merestui perjalanan hidup kita...
gambar kabur pon, masih ok :-)
wahh..sepanjang hari buat kerja..msti letih..tak pa, cuti cikgu lumayan.. lagi lumayan kalau di sarawak..isnin pun cuti..
Selamat bercuti(^_^)
Assalamualaikum Cikgu..
Saya sangat suka dengan N3 ini..best!!
Selalunya jika saya terjumpa N3 yang panjang,dimana-mana blog yang saya singgah Dan tidak Ada komen Dari saya, itu bermakna saya tidak habis membaca.
Ada ketika saya Akan mengulangi blog2 tersebut berkali2 untuk menghabiskan pembacaan.
Selamat bercuti umum Dan berhujung minggu ya Cikgu.
MUDE JETTIK (bahasa ganu ye)translate muda sangat... hehe
dieyna tag cikgu join ini http://dieynajoincontest.blogspot.com/2012/04/contest-my-feveret-food.html
alhamdulillah hari itu dilalui dengan banyak makna dan pengajaran ya cikgu..
semoga hari2 yang mendatang lebih baik dari sebelumnya .amin~
Catat Ulasan