السلام عليكم ورحمة الله وبركات
PUTERA - ETUZA
Berusahalah ya nak....Tolong lah agar Ayah
tidak menangis ya...
Dulu saat lahir ditimang penuh kasih dan sayang, ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Tiap saat anak yang dilahirkan itu dirindui dan tidak sabar melihat kedewasaannya. Cabaran menjaga anak ketika kecil amatlah kuat, kadang sakit, kadang pergerakan dia cuai, kencing merata dan kekadang bergaul dengan najisnya, lantas semuanya diatasi dengan penuh ikhlas dan telus. Tidak apa-apa semua itu kerana " dia anak aku, darah dagingku, dialah yang wujud dari tautan dua hati sum- sum milik kami" dan " dialah amanahNya, dialah anugerahNya" Lantaran itu dibelai, disayang dikasihi sebulat hati nurani ayah dan ibu.
Wahai ayah " Menjaga anak, semasa kecil lain cabarannya! anak masa kecil lagi bagus dijaga tau! anak ramai ujian tau! ayah tak ada anak juga ujianNya tau!" Acap kali terdengar kiasan kata ini, dari mulut yang sudah berpengalaman, dikukuhkan dengan selalu melihat, mendengar ceramah dan menerusi pembacaan. Masih tidak berapa memahat kata-kata ini di hati, iyalah anak-anak masih kecil manalah sangat cabaran menjaga mereka.
Subahannallah,kini benarlah apa yang mereka kata, pedihnya bila anak tidak menurut kata, sakitnya bila anak tangguh2kan kewajiban, penatnya mulut memujuk "bangunlah nak..dah subuh ni, cepatlah bangun solat", jenuh dan letih menunggu anak datang makan semeja,deritanya bila anak lambat balik rumah hanya kerana berada bersama kawan-kawan karibnya.Sungguh2 pedih! Ya Allah hilang sudah rasa sabar ini, perlu apakah hendak dibuat apabila anak-anak semakin remaja ( menuju dewasa) nampak baran mereka, ada kata menguris hati ayah dan ibunya, ada hentak kaki tidak mahu menurut kata. Ya Allah apa cara ya Allah, berilah petunjukMu.
Ya Tuhan, Engkau saksiku ada air mata menitis, Engkau saksi hamparan jiwa, lukisan impianku sebagai ayah kepada puteraku ini. Engkau saksiku betapa besar hatiku sebagai ayahnya ingin melihat kejayaannya sebagai hambaMu, sebagai muslim yang bernilai di dunia dan di akhirat. Dialah ya Allah putera yang Engkau jelmakan dan Engkau takdirkan insan yang melafazkan kata " ayah" kepadaku.
Cukuplah wahai anak, cukuplah, berusahalah3x kuatkan iman, usah lagi bertangguh kerana cerminan kejayaan hidup didasari dengan kuatnya usahaMu sendiri, sedang ayah dan mak hanya memberi sokongan apa saja termasuk kasih sayang yang tidak pernah luntur walau disimbah keruhan warna. Bangkitlah agar Allah menyayangimu ya nak...bagilah ruang waktumu untuk mentelaah dengan lebih Istiqomah ya...ayah dan mak doa selalu agar kau sentiasa selamat, jauh dari syaitan lakantullah dan basahkanlah jiwamu dengan ingat kepada Allah ya nak..kerana doa inilah saja mampu ayah ucapkan ditiap detik demi melihat kau menjadi MANUSIA bernilai kepada agama, bangsa dan negara.
Kata hati seorang ayah.
klik komen untuk memberi sokongan, please ya...aku sedang memerlukannya detik ini. Aku perlu cerita sedikit tentang keadaan ayah yang benar2 mahukan anaknya berubah kepada yng lebih baik. Diucapkan terima kasih pada sokongan anda Allah limpahkan pahala untukmu teman.
Kata hati seorang ayah.
klik komen untuk memberi sokongan, please ya...aku sedang memerlukannya detik ini. Aku perlu cerita sedikit tentang keadaan ayah yang benar2 mahukan anaknya berubah kepada yng lebih baik. Diucapkan terima kasih pada sokongan anda Allah limpahkan pahala untukmu teman.
27 Pesona Kata Hati Mereka:
Etuza, alhamdulillah dah besar anaknya ha. betul setiap anak tu ada ujian NYA. dan yg tak ada anak tu lagiiii lah mencabar ujian NYA tu...
Asslamualaikum warahamtullahi wabarakatu.
Saat ini, etuza dihambat oleh rasa sedih yang agak dalam. Saya arahkan anak belajar, ulangkaji dan membaca ..semua kemudahan tersedia.
Putera saya ni, baik juga cuma kelihatan dia tidak suka mendengar nasuhat yang panjang, ada dia terkasar " Saya belajar juga nanti, pagi ini saya ikut bermain bola dengan kawan-kawan, kelas tambahan esok saja saya pergi" inilah kata-katanya.
Dia tidak bagitahu saya dia ikut main bola esok, saya awal2 sedia nak hantar dia ke kelas tambahan, rupanya dia tak ikut cakap saya..Solat subuh ada dia tertinggal, berulangkali nak dibangunkan tak juga bangun. Tolong saya ya apa nak buat dalam situasi anak saya ni. dia spm tahun ini, ayah mana yang tak risau ya...bantu saya biarpun sepatah ya...
doa dan terus doa. berkawan dgn mereka. jadikan diri kita sbg role model yg baik. insha Allah. ;)
Dia tidak bagitahu semalam dia ikut main bola, sepatut dia minta izin dulu dan bagitahu saya. Hati saya sebak..benar saya ayah yg tak suka pukul anak, bukan juga cengeng ya.,.tapi terasa sedih yg amat dalam diperlakukkan anak semacam ini. Saya dan mak dia terlalu menyayangi semua anak2 kami. Rupanya tak sama didik anak lelaki dan perempuan.Apa saya nak buat agar dia berjaya dan menjadi hambaNya yang baik. Sekurang2 dia ikut nasihat dan tak kasar nak cakap. saya sebagai ayah salah kah! nasihatkan anak belajar lebih masa? tupun baru 2 jam..selebihnya x apa yg penting dia dalam lingkungan keluarga..
Mzhany
Fariza(9onl4)
Apa lagi nak buat ya..mohon ada lagikah motivasi lain...mudahan ada hikmah..imbalan pahala dariNya
Assalamualaikum uncle.
Begitulah jiwa anak2 yg melangkah ke alam remaja uncle. Jiwa sllu mmberontak. Ingin mencuba sesuatu yg blm di explore. Bnyk mghabiskan masa dgn kawan2 sebaya.
Mungkin tips ini boleh dkongsi.
1. Uncle try pasang lagu2 ni. Bg anak2 tgk dan dgr. http://www.youtube.com/watch?v=MKjRvngSU5I, http://www.youtube.com/watch?v=MvuXihFaMQo,
*Hari tu kami buat pgrm di Kelantan. Buat pgrm mcm ni. Mmg berkesan. Anak2 buah sy pun sy bg tgk video2 ni. Then, bg la tazkirah skit.
Utk tips2 lain, uncle masuk sni. http://al-munir.edu.my/tips_pilihan.html
utk permulaan, mungkin boleh dibuat. cube amal solat jemaah. maghrib/subuh. klu sume waktu lebih baik. tapi yelah, perubahan perlukan masa. kne byk sabar. mase masak/sediakan makan minum utk anak, bykkan bace selawat.
nnt saya cuba kongsi yg lain, dlm entri akan dtg jika ada kelapangan. insha Allah. ;)
salam,
sesungguhnya cabaran mendidik anak amatlah memerlukan takat kesabaran yg tinggi serta perlu ada ilmu, tambahan lagi jika mereka sedang meniti usia remaja yang penuh dengan pancaroba di dunia sekarang yang mana kuasa teknologi yang terbatas.Pernah dengar motivasi berkata,..didik anak,..bila nak marah anak,..kita peluk..sesungguhnya kuasa pelukan dr seorang ayah atau ibu akan mengalirkan aura yang membuatkan anak lebih dekat dengan kita...bukan hanya masa kecil saja anak perlu dipeluk...
ehe....itu saja,etuza....ter'over'lah pulak..sory,...
Ya Allah, syukran ya Allah..terima kasih ada insanMu Mastinah sudi memberi ilmu mendidik anak2. Insyaallah akan segerahan diusahakan. Tq banyak.
Iz mama mia.
Inilah amalan saya peluk anak terutama mereka pergi ke asrama, ..dapat rasakah anak2 kita tu ya..
alih2 kasar nak cakap, nak ikut kawan ja. Terima kasih sangat3x memang perlu teruskan usaha2 itu. Insyaallah akan saya cuba buat semua idea berhikmah kalain ya.
Farizah ( tudung merah)
Ya..insyaallah, ibu atau mak yg kena buat saya ada bagitahu dia, niatkan agar anak2 makan dapat meresap ke daging mereka air tangan ibu supaya lebih baik disiplin dan kuat iman. Mudah nak didik. Putera saya ..ada terkehil dek kawan2 seasrama. Ni yang rasa sedih..
Semoga dia cepat berubah. doakan
9onl4.
Insyaallah..kena sabar, solat jemaah juga kena amalkan. Ibu dan ayah memang kena bekerjasama didik anak2 benar2 cabaran lain bila dah remaja.
ada jg anak2 remaja x suka jalan2 dgn ibubapa. kenapa tu ya? terkejut bila ajak jalan2 niat nak bagi mereka happy..rupanya tak nak pergi!
salam..
ingin saya k0ngsikan pesanan Saidina Ali RA mengenai cara mendidik anak..
" didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap tahun.."
1) 7 tahun pertama- beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
2) 7 tahun kedua - berlaku tegas dgn mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yg mreka lakukan.
3) 7 tahun ketiga- berkawanlah dgn mrka.di saat ini mrka mmrlukan teman utk bbicara & mngemukakan pndapat.brsahabatlah dgn mreka sblm mrka mmpunyai sahabat lain yg blh mr0sakkan akhlak..
sabda Rasulullah SAW :
"ajar anakmu kerana kelak ALLAH akn brtanya kepadamu mngenai apa yg kamu ajarkan kpdnya. ALLAH juga akan brtanya kpd anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu.."
(Syu'ab al-Limaan :6/400, hadis n0 8662)
sekadar prk0ngsian.. (permataagama.blogspot.com)
~ sharing is caring..(^_~) ~
salam
lain anak,lain pulak perangainya,lain jugak cara kita membentuknya...alahai anak2...kalaulah mereka tahu betapa besarnya kasih syg ibu dan ayah...
sedih nya rasa ! :D
cendol sayang mak ayah !
bila kita tunjukkan yg terbaik, mereka pasti ikut yg terbaik..
bgaimana acuannya, mcm tulah hasilnya.. :)
beselah anak² ni kan. nnt besar sikit baru dorang akan sedar sendiri. cumenye kalau nak dekat dgn anak, kdg² kite kene bijak berkawan dgn mereka. buat aktiviti yg dorang suka same². sentuh hati mereka dgn mdengar luahan mereka. jadi pendengar yg baik. insha Allah. cube faham mereka. mungkin dulu, kita pun seperti mereka. tapi tak dinafikan dunie anak² skrg byk cabaran. ;)
tetiba rs sebak bc entry etuza nih..dpt rs mesti suma mak ayah rs mcm ni kan bl tggu ank2 blk x smp2,kejut subuh x bgn2..
sedih teringat ms kita masih dlm jagaan mak ayah dulu,selalu ambil mudah dlm apa2 pkara pun...walhal mereka lah segalanya.mereka lah yg berada d blkg kita saat ssh sng kita...
Terlambat datang.. tak begitu pandai menasihati ,, cuma, anak yang sedang meningkat remaja, memang sedang kekeliruan identitinya.. kawan dianggap sebagai insan paling hampir.. kawan menjadi agenda utamanya, salah pilih kawan maka mungkin salah aturan lakunya... Saya mencadangkan Cikgu cari buku MOtivator terkenal, HM Tuah Iskandar" Buat sampai Jadi" tajuknya.. Isinya lebih kepada cara menangani sikap anak yang meningkat dewasa.. Mungkin kita perlu menghampiri anak sebagaimana rakannya mendekatinya.. :))) Harap dapat membantu
Dah besar anak!! Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak2
err xpandai juga nk nasihat. cuma setuju ngn pendapat kawan2. kena lebih rapat & memahami jiwa anak2. Insyaalah. sy doakan yg terbaik. :)
sememangnya bukan mudah dlm memberi didikan pada ank2....kesabaran penuh di perlukan dan akal juga, untuk menangani pelbagai masalah kerenah anak2....semoga ank2 kita berjaya dunia dan akhirat.
cikgu, kenapa Sampai terfikir enfri ni tak sesuai utk gsf, xperlu pohon maaf pun n pada saya yg mbacanya, saya tak nmpk sebrg unsur sindiran or mengenakan org pun. ianya cuma satu luahan ikhlas drp hati seorg bapa. boleh jd pnduan buat kami semua
Dieyna ..
Terima kasih banyak2
Dieyna ..
Terima kasih banyak2
Sedih pula saya membaca kisah En Entuza, Saya tak pandai menasihati sebab ketiga-tiga anak lelaki saya istimewa..
Saya harap En bersabar dgn ujian Allah..Cuba tadah air hujan mlm jumaat pastikan pertengahan hujan ,buat solat hajat dan baca surah Yasin..Letak air dlm peti sejuk biar anak2 minum..
Doa ibubapa amat mustajab terutama waktu mlm..Ini nasihat Ustaz Kamisan sebab anak saya terlalu agresif pukul saya baru 17 thn..Saya tengah mencuba juga..
Air itu juga blh digunakan utk orang nyanyuk dan anak2 yg degil..
Semuanya dgn izin Allah SWT
tahniah cikgu etuza,cikgu mmg seorang ayah yang baik dan penyayang :)
mendidik anak memerlukan banyak kesabaran dan pengertian,setiap anak yang melangkah ke alam remaja,pasti banyak kerenah mereka,pasti banyak yang mereka mahu mencuba.
pada waktu2 beginilah ibu bapa kena sentiasa memahami setiap keinginan anak,beri mereka kebebasa,tapi kawal kebebasan mereka,bersahabatlah dengan mereka,fahami apa kemahuan mereka,
cuba turut apa kemahuan mereka,namun pastikan ianya beralaskan nasihat yang baik.jangan biarkan mereka bertindak sendiri :)
cuba amalkan setiap pagi bacakan al-fatihah sebanyak 7 kali ke dalam air,dan berikan anak2 minum :)
kemudian,bila cikgu hendak berikan mereka nasihat,sebelum itu cikgu baca ayat kursi sekali dan al-fatihah sekali usapkan ke wajah cikgu,insyaalah dengan ini,setiap yang memandang akan lembut hatinya.dua ayat ini pun jika selalu diamalkan ALLAH akan angkat darjat dan tinggikan martabat mereka.insyaallah :)
kemudian lagi kalau cikgu hendak menasihati mereka,jika mereka berdegil,cikgu baca selawat 3 kali,kemudian usaplah ubun2 anak atau di mana2 di angota mereka,insyaallah lembut hatinya..
itu cara yang saya amalkan untuk mendidik dan menasihati adik2 saya cikgu,alhamdulillah setakat ini semua adik2 saya masih takut dan dengar kata2 saya :)
insyaallah :)yakinlah dengan pertolongan dari ALLAH...
MAAF CIKGU KIRANYA KOMEN INI TERLALU PANJANG :)
Assalammualaikum cikgu..
Barangkali..apa yg ingin saya kongsikan bersama ini, mungkin tidak disukai.. mungkin cikgu suka.. tapi terpulang bagaimana penerimaan masing2 ya. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf andai terkasar bahasa.
Saya belum mencapai tahap cikgu, yang mana, cikgu skrg memegang title suami dan juga bapa kepada anak2.
Saya hanya seorang anak..Belum smpai masanya saya diseru untuk menjadi isteri apatah lagi ibu.
Apa yang sy ingin cuba katakan, semua perkongsian yg diberi oleh komentar2 diatas, sangat2 lah bermanfaat untuk cikgu amalkan. Cuma sy skdr ingin berpesan, dri sdt kacamata saya yg dangkal ini.. ingatlah..
"Semua ibubapa pernah melalui zaman menjadi seorang anak kepada org tuanya. Tapi, seorang anak belum pernah menjadi ibubapa melainkan apabila masanya tiba dan Allah mengizinkannya"
Saya harap cikgu paham. Cikgu cuba kenang2kanlah kembali, semasa umur cikgu sebaya mereka. Ya, mungkin situasi sudah jauh berbeza, tpi apa yg ada dijiwa anak2 tetap sama pada mana2 zmn skalipun. Ketika kecil, mreka berlindung dibawah kita, smpai satu thp, mreka seolah2 lari dri kita. Ketika itu berlaku, usah sedih, usah menyalahkan anak2 apatah lgi diri sndri krna ia skdr proses smlajadi yg perlu dilalui setiap org dlm prjalanannya menuju alam dewasa.
Apa yg cikgu bleh bt, ubah beberapa strategi. Mungkin kita masih menggunapakai kaedah lama dlm mendidik anak,sedangkan tanpa sedar anak kita sebenarnya semakin lama, semakin membesar..
Maafkan saya sekiranya apa yg sya cuba sampaikan ini tidak dapat difahami oleh cikgu etuza.. :)
Catat Ulasan