السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Belajar sepanjang hayat, kata ini selalu kita dengar menerusi ceramah, berita dan di mana-mana buku motivasi. Belajar tidak kira umur kanak-kanak, muda, muda, dewasa dan umur tua .Semuanya perlu serta dituntut untuk belajar.
Membaca..hemmm!!! katalah apa sahaja, kita kena membaca maklumat baru boleh mengetahui dan faham apa yang tertera. Membaca haruslah dengan penuh minat, ikhlas dan sabar dan yang paling penting ialah kita manfaatkan apa saja ilmu yang terkandung.
Gambar di atas adalah pelbagai bahan bacaan yang kita ada, orang lain lagi hebat dengan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris, Cina dan sebagainya. Koleksi bahan bacaan itu merangkumi bahan bacaan dari kanak-kanak, remaja dan dewasa macam ( etuza) Banyak membaca luaslah pengetahuan, kita dapat memahmai dalam banyak perkara, seperti bersabar, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan ini. Banyak membaca akan menjadikan kita beroleh kekuatan untuk lebih positif dan banyak lagi kebaikan yang pastinya anda lebih tahu.
Berblog juga, harus membaca entry2 kawan-kawan, yang hakikatnya hanya kita yang memahami apa isi tersirat dalam entry kita. Drop komen bukan wajib tetapi apakah cara lain menjalinkan ukuhuwa maya, dengan harapan ada unsur kehambaan kepadaNya, menegur sapa semua itu Dia lebih tahu.
Dalam berblog....amalan menerbitkan ilmu2 yang bermanfaat amat dituntut.
Pernah saya terbaca " APA SAHAJA KATA-KATA KITA DI DALAM MAYA, KITA ADALAH PENANGGUNGJAWABNYA"
Maka dengan itu bacalah wacana blog kita semua, bacalah kiasan katanya, jika disampaikan secara umum dan bukan mengenakan siapa-siapa fahamilah bahawa itulah blog terbaik untuk kita terjah untuk membaca, mengutif ilmunya, kerana ada kata " SAMPAIKAN WALAU SEPATAH"
"BEREBUT-REBUTLAH MENGUCAPKAN SALAM"
Perkenalkan laman yang boleh mengundang rasa kehambaan kepadaNya
*
"BEREBUT-REBUTLAH MENGUCAPKAN SALAM"
Perkenalkan laman yang boleh mengundang rasa kehambaan kepadaNya
*
insaaniyyah
Salam ceria hari Rabu.
15 Pesona Kata Hati Mereka:
Contohnye macam blog cikgu,banyak ilmu yang saya dapat...Setuju sangat membaca blog juga dapt menambahkn ilmu pengtahuan...
selagi kita masih ada nafas selagi tu la kita belajar;)
terima kasih ya..
salam
ilmu ada dimana2...terpulang pada kita utk mengutip dan mentafsirkannya...
setuju..bila kurang membaca,ataupun tidak membaca,terkebil2la mata bila rakan sekeliling bersembang ttg sesuatu isu yg kita tak tau..padahal, dgn membacala,kta peroleh ilmu,walaupun hanya sepotong ayat..
btul la cik etuza..selagi kita mbaca selagi tu kita rs ilmu msih x cukup d dada =p
saya sokong kata cikgu...
Membaca jambatan ilmu... Dieyna memang suka membaca,,, Terutamanya novel ( Dulu2) Sekarang, suka baca buku motivasi, mengembalikan kesedaran dan semangat diri.. Membaca blog juga sudah menjadi hobi... Di Sini juga, banyak ilmu diperoleh.. Terima kasih.... Ilmu yang ditinggalkan boleh menjadi penolong di SANA nanti...
setuju ! kalau kurang mbaca otak kita akn jadi sempit..! mcm nur, kurang dah mbaca..bz..hhuhuh
saya pun setuju dgn pendapat cikgu.....tp blog saya tu kdg2 merapu...saja nk hiburkan hati :)
Assalamualaikum Cikgu..
Mana yang baik di jadikan tauladan..
Blog saya santai2 saja Cikgu..saya tidak bercakap tentang politik, apetah lagi cerita artis yang tak sesuai dengan umur saya.
Terima Kasih sudi berkongsi kebaikan. Alhamdulillah.
Lebih baik berbicara tentang pengalaman, sajak, dll dari perkatakan artis. Rugi rasanya perkatakan hal mereka. Carilah artikal yang bermanfaat kepada semua yg membaca..macam blog santai Deru Ombak ni..cantik dah ..tahniah ya. Tq drop komen.
membaca itu amalan mulia. bertambah info dan pengetahuan.
yess.... betul sgt tu...deqla pun suka mmbaca...mastika tiap2 bulan deqla suka beli..sbb byk pengajaran yg terkandung dlm tu..majalah2 hiburan deqla x suka...sbb deqla x suka retis2 ni...hihi...
Kak Ani pun banyak dapat ilmu dari blog2 yang disinggah. Hal hal agama, kehidupan dan lain-lain.
Kadang2 N3 yang dibaca terkena batang hidup sendiri, menginsafkan kita.
Catat Ulasan