Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 11 April 2012

Belajar sepanjang hayat, biarpun hanya dengan membaca pasti memperolehi ilmu..

  السلام عليكم ورحمة الله وبركات  
  

Belajar sepanjang hayat, kata ini selalu kita dengar menerusi ceramah, berita dan di mana-mana buku motivasi. Belajar tidak kira umur kanak-kanak, muda, muda, dewasa dan umur tua .Semuanya perlu serta dituntut untuk belajar. 
Membaca..hemmm!!! katalah apa sahaja, kita kena membaca maklumat baru boleh mengetahui dan faham apa yang tertera. Membaca haruslah dengan penuh minat, ikhlas dan sabar dan yang paling penting ialah kita manfaatkan apa saja ilmu yang terkandung. 
Gambar di atas adalah pelbagai bahan bacaan yang kita ada, orang lain lagi hebat dengan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris, Cina dan sebagainya. Koleksi bahan bacaan itu merangkumi bahan bacaan dari kanak-kanak, remaja dan dewasa macam ( etuza) Banyak membaca luaslah pengetahuan, kita dapat memahmai dalam banyak perkara, seperti bersabar, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan ini. Banyak membaca akan menjadikan kita beroleh kekuatan untuk lebih positif dan banyak lagi kebaikan yang pastinya anda lebih tahu.
Berblog juga, harus membaca entry2 kawan-kawan, yang hakikatnya hanya kita yang memahami apa isi tersirat dalam entry kita. Drop komen bukan wajib tetapi apakah cara lain menjalinkan ukuhuwa maya, dengan harapan ada unsur kehambaan kepadaNya, menegur sapa semua itu Dia lebih tahu. 
Dalam berblog....amalan menerbitkan ilmu2 yang bermanfaat amat dituntut.
Pernah saya terbaca " APA SAHAJA KATA-KATA KITA DI DALAM MAYA, KITA ADALAH PENANGGUNGJAWABNYA"
Maka dengan itu bacalah wacana blog kita semua, bacalah kiasan katanya, jika disampaikan secara umum dan bukan mengenakan siapa-siapa fahamilah bahawa itulah blog terbaik untuk kita terjah untuk membaca, mengutif ilmunya, kerana ada kata " SAMPAIKAN WALAU SEPATAH"
"BEREBUT-REBUTLAH MENGUCAPKAN SALAM"
Perkenalkan laman yang boleh mengundang rasa kehambaan kepadaNya
*
insaaniyyah
 http://insaaniyyah.blogspot.com/

Terima kasih
etuza
Salam ceria hari Rabu.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka: