Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 27 Mac 2012

Tahniah! Naluri Menjadi Ayah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Adakah lelaki ini ayah yang menjiwai Naluri seorang 
ayah!

tahniah menjadi ayah

Melihat majalah keluarga keluaran terbaru  nampaknya kita disajikan wajah keluarga bahagia ini Dr Sheikh, anaknya Issabella dan Isterinya. Cukup manis kelihatannya khasnya melihat senyuman Dr Sheikh yang kelihatan tersenyum manis, agaknya senyman dari hati, macam ni kah senyuman. Tidak tahulah jika Etuza saja merasakan senyum Dr Shekh tu manis ya. 

Picture Etuza bersama anak ke 5 ( 2005) berapa lama dah bezanya tu. Anak lelaki kami tu sekarang berumur 12 tahun dan akan ambil UPSR 2012. Afif namanya.

Saat menjadi ayah, pasti sudah terasa sebaik tahu isteri hamil. Bayangan bagaimana wajah anak, apa jentina dan apa nama hendak diberi. Semuanya seolah tidak sabar menunggu sibayi kecil lahir.

Saat menunggu isteri melahirkan adalah saat yang sangat perit, takut dan macam-macam perasaan bercampur baur.  Tapi tidak tahulah pula DR Sheikh angkasawan negara kita bagaimana dia alami. 

Saat isteri kesakitan yang perit melahirkan, suami menadah tangan, membasahkan dengan air wuduk di subuh hari berdoa agar kedua-dua insan yang amat disayangi akan selamat hendaknya. Agar roda kasih sayang dan kehidupan bersama akan dilanjutkan dengan perasaan yang sangat bahagia.

Saat menjadi ayah..hanya Allah yang tahu, anak dalam dukungan dibelai dan dicium pipinya yang merah, menyentuh anak kala lahir ke dunia sesuatu nikmat yag amat luar biasa, dilafazkan kalimah selawat dan azan ke telinganya.

Saat menjadi ayah, jika ada anak lelaki, tahulah apa dalam hati, tak sabar melihat anak membesar kelak dapat bermain bersama. Indahnya dunia ayah lelaki yang kini dilengkapi dengan impian lalu yang tertunai atas dasar anugerah ilahi.


Berkongsi pengalaman Dr Sheikh setelah bergelar ayah, mari kita ikuti beberapa perasaannya sebagai ayah, kata2 ini dipetik di Majalah Keluarga.

SDK: Tahniah dengan kehadiran si kecil, Isabella. Apa perasaan sebenar apabila pertama kali bergelar ayah?

DR SHEIKH: Saya akui kehidupan berubah dengan kehadiran Bella. Apa yang dilakukan kini adalah hanya untuk Bella. Bella adalah pelengkap hidup saya dan Dr Halina. Siapa sangka dalam usia 40 tahun saya dianugerahkan anak oleh Tuhan. Satu anugerah yang tidak ternilai dan sudah tentu memberi status berbeza kepada kami berdua.



SDK: Tahniah dengan kehadiran si kecil, Isabella. Apa perasaan sebenar apabila pertama kali bergelar ayah?

DR SHEIKH: Sebenarnya saya memang seorang yang sukakan kanak-kanak. Apatah lagi dengan kerjaya sebagai doktor yang memerlukan kita berdampingan dengan semua golongan. Bergelar doktor memberi kelebihan kepada saya dalam melayan kanak-kanak. Saya tidak kekok malah seronok melakukan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Oleh sebab Bella tidur di bilik lain, jika dia terjaga, masing-masing berlumba siapa dulu berjaya mendapatkan Bella.


* Jadilah ayah yang penyayang,pengasih kepada anak2.
**Jadilah ayah yang tahu membawa anak2 ke jalan benar..
***Ketahuilah bahawa ayah yang ramai anak adalah ujian dariNya.
****Ketahuilah bahawa ayah yang masih belum sempurna menjadi ayah, kerana belum dikurniakan anak2, yakinlah bahawa di akhirat kelak ayah itu akan dianugerahkan dengan anak2 yang ramai.


Memperkenalkan blog baru follow Pesona Blogspot. Kita terjah laman merka anytime, wherever 


1.****** http://mksyahir.blogspot.com/
2.********http://razifredz.blogspot.com/
3.********http://miner89.blogspot.com/

Perkongsian rasa kasih sayang yg amat telus seorang ayah.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka:

Deru Ombak berkata...

Salah satu kebanggan seorang lelaki yang bergelar ayah...

:)

Unknown berkata...

Tepat sekali..bersyukur ada insan2 memanggil diri ini Ayah!
Sesungguhnya berat tanggungjawab ya..

Tinta Lana berkata...

Jarang2 dapat membaca luahan seorang ayah.. tahniah cikgu kerana menjadi seorang ayah yang terbaik untuk anak2nya :)

Unknown berkata...

Alhamdulillah terima kasih ya TyLana

JR berkata...

Memang peristiwa yg paling mengujakan ialah ketika menunggu kelahiran anak. Ketika itu macam2 perasaan timbul: sihatkah anak aku, sempurnakah dia spt anak org lain, bagaimana rupanya: secantik ibunya kah atau seburuk rupaku? Dan bila kelahiran disempurnakan..terucap alhamdulillah!!

Cuma kdg2 rasa sedih bila ada rakan2 dan saudara mara yg tak punya nak dan tak dpt menikmati saat2 manis menunggu kelahiran sebegitu...

Unknown berkata...

Bro JR.
Terasa satu kehebatan anugerah takkala menjadi ayah sebenarnya.

Saya dapat rasakan itu, apapun tiap apa yang terjadi Dia lebih tahu.Belum rezeki mereka..

ALoNa CintamaniszLite berkata...

assalmmualaikum, etuza..
dh lama tak dtg sini...sekali dtg dh tukar nama blog ye..blog pesona..mm, bagus maksudnya tu...hehe..

Unknown berkata...

Alona..tq masih ingat...link balik ya

dieyna berkata...

Pastinya anak2 cikgu Etuza berbangga memiliki ayah yang bergelar ETUZA ( TAK TAHU NAMA SEBENAR)

Abang Karu berkata...

seronok bila ada anak ramai :)

lelamaisara berkata...

Teringat waktu suami menitiskan air mate saat baru pertama kali menjadi seorang ayah..

Arina Shamsul berkata...

ya betul tu cikgu itulah saat2 yang paling manis dan bahagia pabila sudahbergelar ayah dan ibu.

doakan cikgu dan keluarga sihat walafiat dan sejahtera dunia akhirat. amin~

Unknown berkata...

AS terima kasih..semoga jg keluarga anda bahagia.