Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 12 Mac 2012

Malu bertanya sesat jalan,sudah bertanya masih ada masalah..



Senyum tersipu-sipu, tapi saya 
tidak malu bertanya lagi, dimana
kah jawapan pada masalah Pesona 
EWWK. 

Saya sudah klik semua ruang bulat dalam butiran setting / tetapan ulasan di bahagian papan pemuka blog Pesona EWWK. Sudah usahakan agar tukar ke bahasa Inggeris untuk melihat persamaan perkataan tetapi nampaknya memang tidak dapat menyelesaikan masalah kerumitan membuat drop ulasan dengan mudah ke ruang ulasan di laman saya ( Pesona EWWK).
Saya perhatikan masih ada dua perkataan WORD VERIFICATION FOR COMMENTS  yang perlu di tulis untuk masuk ke ruang ulasan yang akan keluar ke tetingkap pop timbul selepas disahkan. Mungkinkah sesetengah blog tamplate tidak benarkan agar tiada paparan perkataan tersebut atau adakah masih ada tempat-tempat tertentu yang saya tidak tahu maka kerumitan ini berlaku. Jujur saya katakan bahawa memang best dan sangat senang membuat ulasan apabila tiada perkataan pengesahan itu. Mohon maaf jika perkara semudah ini saya tidak berjaya menyelesaikannya.

Adakah pada pada ruang ini yag perlu di pilih. Tetapi masih juga ada perkataan tu.
Tolong ajarkan pada kiranya ada yang sudi memberi ilmu.
Penyederhanaan Ulasan ?
 
 
 



Ulasan
Lokasi Ulasan ?
Siapa yang boleh mengulas? 
 
 
 
Penyederhanaan Ulasan ?
 
 
 

Permintaan penyederhanaan e-mel untuk
Tunjukkan Pautan Balik ?
Mesej Borang Ulasan

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka:

sonata anak kancil berkata...

sorry - tak dapatlah den nak tolong...den pun tak pandai - sebab tu lah sy sentiasa kekal dgn yg asal...lg pun tak cukup masa nak buat perubahan2 tak terikut dik arus zaman teknologi terkini - macam2

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu.

Rasanya Cikgu kena tukar ke dashboard lama dulu
Baru WV tu boleh di buang. Cikgu Dieyna Ada bagi saya
Tutorial tu x lama dulu.

Tanpa Nama berkata...

Salam kenal,

Semoga ada yang boleh membantu nanti.

mbb berkata...

serius. uncle, xreti BM. Sy sllunya guna BI. Sudah terbiasa dgn arahan BI dalam blog. Ataupun, template uncle, memang kena ada buat verification. Ada sesetengah template mmg kena follow arahn dia.

dieyna berkata...

Salam cikgu kena tukar ke blogger interface lama dulu.. cara nak tukar cikgu kena pi semula kat entri yang saya buat untuk selesaikan masalah ni, kat situ saya dah buat link untuk tukarkan ke blogger interface lama...

Unknown berkata...

sonata anak kancil
Ooo..x apa, blog anda pun kelihatan terbaik. Niat menulis berinfo tu yang penting. Rekreasi tu hanya menambahkan kepuasan ja ..tq

Unknown berkata...

To KK, wasalam..alhamdulillah kenal menerusi paparan maya. harap ada yang sudi bantu kita semua ..

Unknown berkata...

Mas..
Rasanya paparan setting bentuk lama lagi bagus dari yg baru, itu sebab ada catatan saya yag dah berbulan tu terpadam kerana saya kurang faham arahan. Ada tu info saya tentang menjadi pengiring ke Sandakan versi baru sda tu, angkara tertekan tanpa sengaja beberapa ruang kotak. Mas dan expert tu dalam BI, saya faham memang Mas benar2 menguasai BI dah ni..tahniah ya.

Unknown berkata...

Dieyna.Tq banyak2.

Tak sangka mendapat kawan maya sebaik anda. Moga Allah menambah berkat, moga hari-hari Dieyna penuh dengan bahagia.
Insyallah terus mencuba selagi ada yg sudi tunjuk ajar. Terbaik..

Flower Haziqah berkata...

Asalam pa..

Test..dah ok kah tak ok..harap ok lah mudah buat ulasan..

Tanpa Nama berkata...

Asalam..

Semoga masalah akan cepat selesai..tiap masalah ada cara menyelesaikannya.

Tahniah rasa ringan sda nak drop ulasan kat sini ..tahniah kepada yang murah hati membantu hubby..

Tanpa Nama berkata...

Asalam..

Semoga masalah akan cepat selesai..tiap masalah ada cara menyelesaikannya.

Tahniah rasa ringan sda nak drop ulasan kat sini ..tahniah kepada yang murah hati membantu hubby..

Kamsiah yusoff berkata...

salam
saya jugak rasa 'pelik' dgn arahan BM...:)

Unknown berkata...

Wasalam..
Terima kasih teguran yg membina.
Syukran..

dieyna berkata...

testing komen.. hehe dah takde dah word verification tu.. hehe well done.. Terima kasih doa- doa itu..

P/s : Saya membantu setakat termampu,xyah puji lebih2 nanti riak pulak saya jadinya hehe