Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 17 Mac 2012

Sebenarnya Ramai Juga Lelaki Kreatif ( Kreatifkah Etuza? ) Tengok Hasil Kerja Tangan


baru siap cat ...

Siapa yang tidak pernah mencuba membuat kerja tangan ( bertukang ) adalah rugi sekiranya anda adalah male. Kerana hidup kita akan bertambah indah dan rasa nikmat kepuasan apabila kita meluangkan masa melakukan kerja-kerja yang berfaedah seperti membuat alat2 kraftangan atau membuat tempat alat2 kecil, perhiasan, dan alat-alat tulis seperti rak kecil yang Etuza buat ini. Harap nampak dengan mata sendiri ya.


Rak kecil ( kreatif tak! ) kalau tidak Etuza tidak apa-apa, sebab ada lagi hasil kerja tangan yang lagi mahal dan paling kreatif  berbandingseperti yang Etuza buat ini.

Etuza buat rak ini, kerana nak join pertandingan meja guru berhias dan kemas dan selesa nak guna meja tersebut. Etuza terfikir nak buat kelainan pada meja kesayangan Etuza di pejabat Etuza di sekolah. Inilah rak kecil yang Etuza buat dengan kos yang cukup murah. Hanya tenaga dan kerajinan saja yang diperlukan untuk  merealisasikan impian kita.

Nah! tengoklah kugunaan sebenar rak ciptaan Etuza, tengok tu alat stamp pad, cop date, cop guru panitia dan cop sekolah (Pusat Sumber). Ada juga pasu bunga kecil yang Etuza letak pada atas rak kecil ini. rak ini Etuza bagi tema warna ( cat putih dan vantage) guna siiker corak bunga tu. Alamak meja Etuza JOHAN pula dalam pertandingan tu tau!.( ada hamper atas meja saya di entry yang lalu)

                                           
Inilah sebenar kegunaan Etuza pada rak kecil tersebut. Setinggi 12cm dan lebar 8cm dan ada 3 rak. Apa yang Eutza letak ditiap rak tu, tidak payah lagi diberitahu. Boleh nampak dan itulah dia alat-alat Etuza sebagai seorang cg ya.

Ooo! pasu tu pun Etuza ambil di laman kami ya, saya tengok daun bunga ni unik. Akar bunga ini  seperti bawang besar, dilingkari akar-akar. Jadi Etuza fikir jika dalam bilik pada masa yang lama akan tahan kerana akar bentuk bawang tersebut akan menampung air meskipun lama di dalam bilik Etuza. Ok..Etuza catkan putih dan letak stiker vantage tu dan akhir sekali Etuza letak batu-batu putih di atas permukaan tanah di dalam pasu bunga ini, siap letak atas meja. 
Taklah kreatif manapun..



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

Miss N™ berkata...

wahh..cantiknya..!
kreatif la...

Tanpa Nama berkata...

Salam Etuza,

Tak dinafikan memang cantik. Kreatif sungguh.

dieyna berkata...

kreatif tu,, kalau dekat2 konfirm tempah dah ni.. boleh letak kat dapur or meja guru kat sekolah.. sangat kreatif ..

NoorGie berkata...

cikgu Etuza..cantiknya....boleh tempah satu tak hahaha......meja saya dibilik guru pun tak secantik ni..suka3

Unknown berkata...

terima kasih..
Komen2 anda sangat dihargai, menambah seri warna hidup kami di laman pesona..

Arina Shamsul berkata...

wah cikgu kreatif! saya suka sangat tema vantage tu ..mana nak beli stiker vantage tu cikgu..huhu

Unknown berkata...

TQ, ooo RM 3.00 ja stiker tu ada satu shp di Keningau, insyaallah kalau ada lagi tu saya cuba kumpul bagi BHM - AS.