Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 17 Mac 2012

Apakah Makna Sebenar Tema Atau Tajuk Pengatas Blog Anda..Fikir2 dan please be positif ( Usah Marah saya )


Selamat datang ke blog Pesona EWWK, jika anda memang baru melihat laman Pesona ini ya. Syukran dan terima kasih jika anda membaca tiap entry2 dalam Pesona ini. Tidak ada lah yang sangat mempersona dalam blog Pesona, hingga blog ini bernama PESONA ETUZA WARNA-WARNA KEHIDUPAN. Tidak ada, yang ada ialah cerita2 Etuza terhadap memori lalu.

PESONA ETUZA WARNA-WARNA KEHIDUPAN bermaksud:-
* Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan cabaran, ranjau, suka duka, tawa dan tangis, derita dan bahagia dan pelbagai andaian hidup mengikut sutuasi kita, yang juga melibatkan hal rutin kehidupan seharian, tanggungjawab dalam keluarga, agama, kerjaya dan negara tercintai ini. Maka Etuza andaikan rasa kehidupan itu umpama warna-warna kehidupan kita yang tidak ada seorang pun yang tidak akan mengalaminya. Oleh itu jika individu itu hidup di dunia dengan penuh rasa bahagia bermakna warna-warna indah dalam hidupnya cukup cantik. Kalau dirasakan ada penderitaan maka Etuza anggap warna dalam hidupnya tidak berseri.

* Etuza, bermaksud nama penulis, inilah nama IBU & KELUARGA  panggil Etuza, kalau ringkas Etu atau Ato bermakna yang disayang dalam bahasa KadazanDusun Sabah ya. Etuza lah penulis, pencatat pada warna-warna kehidupan itu yang berlegar dilingkungan kami dan selain dari penglihatan mata kasar Etuza menerusi hidup masyarakat di mana-mana mahupun menerusi bahan bacaan dan berita.

* Lahirlah "PESONA ETUZA WARNA-WARNA KEHIDUPAN" di udara maya.

Ok ini mesej utama Etuza ya..
* Apakah jenis blog kita
* Kita kaitkankah dengan tema atau tajuk header kita.
* Adakah scop pengertian tema atau tajuk header itu luas
* Adakah tiap tulisan atau catatn kita menepati tajuk atau tema blog kita.

Tidak payah banyak soal, cukup itu ya.

Ok blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan lebih bercirikan yang di atas pastinya:-
* Berkisar apa yang menarik dalam hidup yg ingin Etuza kongsikan ya, dalam cerita itu akan ada wujud baik dan buruk dalam padangan lihat tiap yang membacanya.  ( Lebih kepada dairi atau kenangan sendiri kan )
* Menceritakan apa yang cukup indah sepanjang mendukung kerjaya sebagai CIKGU..
* Blog Etuza..ada cerita tentang anak-anak, motivasi untuk remaja dan ibubapa seperti Etuza.
* Gaya bahasa simple saja, tidak terlalu puitis, sedang-sedang saja.Sesuai dengan gelaran Etuza sebagai Cikgu atau ayah ya.
* Bertemakan cerita mengaggungkan keindahan alam semulajadi, pesona pemandangan desa, bandar dan di mana-mana.
* berkonsepkan agama menjadi sandaran utama, tidak selalu buat entry keagamamaan tetapi pasti ada beberapa artikal yg Etuza buat.Saja untuk kesedaranku sendiri.
* Berkonsepkan kasih sayang dan jangkauan kehidupan mendatang.
* bergambar, Etuza manfaatkan perkongsian apa saja gambar yang boleh dilihat indah atau menarik, kadang2 ada gambar2 tak bagus pun Etuza masukkan tetapi kita adaptasikan cerita yang lebih positif.

Cukup itu..Jelas kan.

Paling Pesona Etuza tidak berani dan bukan hobi di blog.

*Tidak berani menyindir, mengumpat keji dan sumpah seranah( takut)
*Buat cerita panas, kerana akan menambah aib sipelaku itu. Ada link juga blog ada cerita macam2 tapi sekadar sandaran cari keinsafan.
*Buat cerita pasal artis, tak suka, biarlah artis tu pun cari makan, yang ada kesilapan itu kita anggap kita tidak sempurna ya. Apa lagi Etuza apapun minta juah dari bala bencana.Amin
*Paling takut melaga-lagakan orang di laman maya ya.
*Mencatat hal agama yang tidak berdasarkan pengetahuan melalu orang, pembacaan dan ceramah. 
*Apa bila tiada mod, memang rest habis-habisan..payah menulis catat jika tiada rasa atau mod. Jadi Etuza tak suka memaksa diri untuk menulis.

Kenapa Pesona Etuza buat entry ini petang ini.
*Ada banyak kali membaca blog lain yang tidak suka jika hasil karya dia di copy paste, origanal penulis tidak pula dicatat. Adui..tak mustahil Etuza terbuat juga ni.
*Ada baca blog lain katanya asyik2 cerita tentang dunia dia, hidup dia dan lebih kepada cerita peribadi. 
*Ada membaca blog ni luas,bebas menulis apa saja. Luaskan penulisan maya apa saja  boleh buat cerita katanya.
*Tidak payah letak gambar, akan mendatangkan fitnah. Alamak ada pula gambar2 Etuza dalam blog. Mohon maaf jika ada yang tidak senang ya, bukan tujuan riak. Sesungguhnya tiada niat macam tu.
*ok yang lain-lain saya baca tu..kita semua ada membaca juga ya.

Prinsip Etuza dalam berblog.
* Menulis cara berhemah..tolong fahami
* Membuat tulisan dari kata hati, kata hati tentang peristiwa yg berlaku, kalau cerita kematian luaskan idea kepada kesedaran, yang dah mati tak akan kembali.Berhemah ..
*Tetap mencuba menulis mencatat di blog maya walaupun hakikatnya ada yang tidak suka membaca bahan cerita Pesona Etuza. Mohonlah agar beralih ke blog2 lain yang lebih menarik.
*Tidak membataskan penulisan kerana Etuza mahukan kepuasan menulis apa saja. Kalau kita hadkan penulisan pasti terikat. Betulkan, bebas menulis berhemah ya.
* Blog kita, diri kita, rumah kita maka terpulang cara kita nak bersihkan, nak cantikkan, nak bagi bunga di laman tanam haruman, wangian dan apa-apa asal kita merasa puas rumah maya dan bersih dan segar tanpa menganggu blog lain.
*Tidak malu bertanya kepada kawan-kawan blog lain, membuat ulasan tanpa teman blog lain tiadalah ertinya blog Pesona EWWK.

Harap maklum, jari sepuluh dihulur agar dimaafkan kiranya ada bicara melampau batas ya.

Perutusan Pesona ( sila baca juga ni) 

"Sesiapapun dengan tidak mengira suku bangsa, anutan agama,lokasi daerah dan tempat adalah bebas melawat laman Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Ilmu biar sedikitpun kita kongsikan bersama.Percayalah bahawa tidak akan ada apa-apa yang berlaku ke atas dirimu, melainkan atas kemahuan dan keyakinan sendiri"

Promot Blog  Antara Kita








Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum cikgu..:)

Untuk blog Cetusan Minda..
Namapun cetusan...maka apa2 yang tercetus diminda..segala apa yang terdetik di hati...itulah kandungan n3nya...
:):)

Apa2 pun..blog cikgu ini memang menarik:)
Moga terus berkongsi ilmu utk semua..:)

Unknown berkata...

Sangat setuju ni ya. Pastilah apa saja di minda Blog Cetusan.
Memnag amat berkaitan..
Tahniah ya. Saya dah link kan jga blog ni

Unknown berkata...

Sangat setuju ni ya. Pastilah apa saja di minda Blog Cetusan.
Memnag amat berkaitan..
Tahniah ya. Saya dah link kan jga blog ni

NoorGie berkata...

Assalamualaikum cikgu...satu entri yang bisa membuatkan seseorang berfikir dan merenung matlamat dirinya ber'blogging'...bagi saya blog saya hanyalah satu perkongsian sesuatu yang menarik yang saya tempuhi @ alami dalam kehidupan seharian..kalau ada yang menarik dan berkesempatan, pasti akan dikongsikan....TQ atas perkongsian menarik cikgu petang ini ....

Unknown berkata...

NoorGie..
Terima kasih berkesempatan baca entry ni.
Saya kira siapapun bebas menulis di blog, apa sahaja sebenarnya. Kita harap ada nilai dalam cerita kita. Sesiapa yg membaca moga ada rasa ceria dan dimanfaatkan apa yg baik.
Setuju dengan NoorGie.

Romy Tanggar berkata...

entry yang sangat berguna,memberi inspirasi kpd insan yg baru mengenali dunia blog spt saya..

Unknown berkata...

Terima kasih..RT

Arina Shamsul berkata...

Assalammualaikum cikgu.

Penyampaian dan penulisan yang sangat berhemah.saya suka baca entri2 cikgu yang banyak motivasi dan unsur nasihat.buat saya berfikir dan memperbaiki kesilapan dalam penulisan.

semoga apa yang kita tulis dan buat mendapat keredaan ALLAH ye cikgu :)

Arina Shamsul berkata...

cikgu napa cikgu tak masuk top 10 lagi?saya rasa ciku dah banyak kali singgah blog saya.cikgu dah sign in macam dalam entri tu ke?


cikgu untuk pastikan cikgu dah betul log in,setiap kali cikgu masuk blog saya tu,gambar cikgu akan masuk dalam senarai RECENT VISITOR tu,tapi apa yang saya nampak muka cikgu tak masuk2 lagi..huhu.

cuba cikgu try log in guna akaun yahoo pulak.macam cik nur pun kes yang sama juga sebelum ni,so dia try log in guna yahoo.baru dia masuk senarai top 10 tu.huhu.

try buat ye cikgu..nak juga cikgu masuk list top 10 tu.nanti kalau org lain nampak gambar cikgu tu,nanti banyak peluang untuk org singgah ke laman cikgu..hihi.

Unknown berkata...

Syukran akhamdulillah ada yang sangat memahami apa mesej entry saya ya. Akan cuba ya..TQ BHM - AS

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum cikgu etuza.

Terima kasih kerna menghargai entry saya yang tak seberapa.

Berkenaan tajuk entry lana, pd awalnya lana memilih tajuk:
Welcome To Lana's World, ia merujuk kepada, pengunjung2 yg dtg keblog lana. lana mengalu2kan kedtgn mereka ke blog lana..begitulah lebih kurg bunyinya.

Tapi kini, lana lebih suka menggunakan title ini:
The Journey Begins..
Lana memilihnya sebab merujuk perjalanan lana sendiri dlm dunia blogging ni. Lana cuma berharap, lana akan teruskan perjalanan dlm dunia blog ni selama yang boleh..dan mengharapkan ianya sedikit sebanyak membawa kebaikan bukan sj pd lana..tpi pada pembaca2 yg singgah diblog lana..amin.. :)