Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 21 Mac 2012

Orang Bahau, Negeri Sembilan.Labuan & Kota Kinabalu. Adakah yang kenal mereka.,


Di mana-mana hendak pergi dalam apa juga acara atau majlis ilmu, inilah keadaan yang kita lihat. Kadang-kadang terfikir juga, sudah mengalahkah dengan kaum hawa, sudah nak letakkan tanggungjawab kepada kaum hawa kah bidang pendidikan  di negara kita.

Terbaru dalam program Karnival NILAMperingkat Negeri Sabah yang bertempat di Sandakan Sabah, nampaknya diakuri bahawa guru pengiring lelaki adalah 2 orang sahaja dan selebihnya adalah guru wanita. Apabila tiba majlis makan beradab, mak oi...dua lelaki sejati itu dikelilingi bunga-bunga ros dan mawar putih. Jangan pula ada yang cemburu ya. Inilah keadaan dan realiti zaman sekarang guru wanita lebih ramai dari guru lelaki.

Lupa pula pada gambar di atas, tengoklah ..hanya seorang sahaja lelaki yang tersenyum manis bergaya tu. Inilah 3 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Keningau yang mendaftar latihan mengajar selama sebulan di sekolah Pesona Etuza. Mereka daftar pada 19hb Mac bersamaan hari isnin. Guru wanita yang paling belakang tu, bukan guru pelatih, tetapi merupakan guru Bahasa Inggeris yang berasal dari Sarawak.

Adakah yang mengenali mereka? Sebab mereka datang dari pelusuk Negeri Sabah termasuk tanah seberang ( Semenanjung Malaysia ). Setinggi-tinggi tahniah kepada 3 guru pelatih dari IPGM - Kampus Keningau kerana dihantar latihan mengajar di sekolah kami. Dapatlah kurangkan tugas yang lain. 

Adakah yang mengenali En. Mohammad Azrul Hafiz B. Misran yang berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Dialah lelaki yang tersenyum tu.

Cik Deborah Duris Baga, ada yang kenal juga kah? berasal dari Kota Kinabalu, Sabah yang ditengah duduk tulah dia.

Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan Cik Ummu Zaharah Binti Sujono, yang bertudung tu. Ada kah yang kenal mereka.

Ketiga -tiga guru pelatih ini mengambil jurusan matematik di sekolah rendah. Semoga mereka senang dan dapat bekerjasama dengan warga sekolah Pesona Etuza.

Setinggi-tinggi tahniah. Orang2 Bahau, Negeri Sembilan..ada tak yang kenal dia...

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

22 Pesona Kata Hati Mereka:

Abang Karu berkata...

x berapa kenal...tp x pe...salam kenal ye buat mereka .

Unknown berkata...

jagau..
Tq,..Pesona doakan jagau beroleh kejayaan dunia akhirat ya..

1 berkata...

Salam..sy xkenal lg mereka..sampaikan salam sy utk mereka cg.etuza..

Unknown berkata...

Bakal guru, Orang Bahau Negeri Sembilan mesti ada yg kenal Azrul tu jika ada yag sesat ke laman pesona..stkat ni x ada lg..

Unknown berkata...

Salam perkenalan.

Saya orang Rembau.

dya nasir berkata...

dya tak kenal tp buat-buat kenal..blh tak cm tu?hehe..

Unknown berkata...

hurmm.... jap nk ingat, kenal ke tak mereka ni... hihi... singgah sini di pagi khamis... cikgu pakai baju batik x hari ni? =)

Tanpa Nama berkata...

Dah lumrah, jiwa keibuan mungkin salah satu sebab wanita ramai menjadi guru.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu ..

Sorang pun saya tak kenal.. Tapi saya bangga dengan mereka yang berminat menjadi pendidik anak bangsa. :)

Mrs Velentine berkata...

kenal..hehehe...sebab cikgu dh kenalkan..hehehe..jan marah ar

lelamaisara berkata...

Salam kenal..
Singgah sini pagi ini....

Aine Ainun berkata...

X kenal...

Mg x dnafikan...perempuan lbih mendahului,,,

Miss N™ berkata...

cik nur org perak, jadi tak berapa kenal dengan mereka2.. :)

~Cik Sweety~ berkata...

WAHHH...untung bdk2 praktikal skrg ye..siap kene promot kt blog lgi..hihihi

9n0L4 berkata...

di sekolah saye, cekgu laki 5 orang je. cekgu ppuan 40 orang! huhu.

Unknown berkata...

Ujang - salam perkenalan org Rembau.
dyabunga - Lucu..tersenyum sipu ni..lawak
deqla..yup batik Malaysia, budaya kita, 1 identiti negara..
syukran terima kasih

Unknown berkata...

Kunang-kunang -Hebat tu naluri keibuan..tahniah
deru ombak - bangga jg ni
Ms vel - hehe pandai ya..lawak..best senyum ni..
lelamaisara - yq ya sapa anda..
AA - Tak apa wanita tiang negara..

Unknown berkata...

Cik Nur.- Perak,Memang jauh tu dengan
bahau ya.
S Honest- iya la..cepat dikenali macam tu..fb jg ada,macam2 ada zaman ni.

9nol4- rupanya kita dalam bidang yg sama pula ya..

Miss N™ berkata...

Cikgu Etuza, mengenai scroll tu, cik nur ikut sebijik macam dalam tutorial ni ; http://www.lyssasecret.com/2011/06/tutorial-scroll-box-for-bloglist.html ; insyaALLAH...cikgu etuza, akan faham.. :)
maaf ye, cik nur pun xpandai mcm mane, sbb cik nur ikut tutorila yg itu je. bagi cik nur jelas dan faham...

cikgu etuza cubalah ye.. :)

Misya Mialen berkata...

Eh, sy x kenal tp sy suka bila ada guru praktikal di sekolah.;D di sekolah sy pun ada 4 org;D. org saba 3 org, org srwk 1 org. i like.;D sbb blh ckp sbh dgn dorg;D

dieyna berkata...

selamat mengharungi dunia sebenar perguruan. Tolong sampaikan ucapan ni pada mereka yer.. hehe

mbb berkata...

Assalamualaikum uncle, x kenal lg dgn cikgu-cikgu ni. Insya Allah, len hari boleh kenal. Memang salute la dengan pendidik. Saya dari dulu, teringin nak masuk bidang pendidikan. Tapi, xde rezeki. :)