Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 23 Mac 2012

Kerusi Pesona Etuza berkata ada 5 perkara ..untuk kita fikir sejenak..


Semakin beransur masa berlalu, harap selepas entry terbaru Pesona EWWK ni akan log out untuk beradu. Sebenar2nya malam itu untuk kita rehat dan bermunajat kepadaNya. Menerusi pembacaan di alam maya, Etuza banyak menerima ilmu tentang keagamaan untuk itu syukur alhamdulillah kerana ruang masa yang diberi ini.

Sila klik gambar kerusi malas di atas, ada 5 perkara kerusi nak beritahu. Kita sinonim dengan 5 perkara itu, terlalu arif tetapi kekadang leka oleh keharuman hidup Duniawi..terlepaslah kita untuk manfaatkan masa Muda, Kaya, Sihat, Lapang dan Hidup. Tengoklah kata lawan perkataan ini, cukup untuk kita disedarkan dari lena. Untuk itu bersedekahlah sekalipun sekilas senyuman, beramallah, solatlah, luangkan masamu demi menempuhi hidup di Dunia dan di Akhirat. Insyaallah.

Masa muda kata orang kayakan ilmu, apa saja yang bermanfaat. Mahir berblog dengan kemahiran mengesan kod2 hmtl dan sebagainya juga merupakan ilmu yang berguna. Pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi sesungguhnya amat-amat diperlukan dalam meneruskan hayat blog kita. Pesona blog kelihatan ada pembaharuan dari segi kemudah capaian pada info berkaitan.  Pesona  blog yang tidak malu bertanya akhirnya dapat menemui kod2 html tersebut. Semua ini tidak mungkin diperolehi jika kita malu bertanya. Untuk kegembiraan dan menghargai Pesona EWWK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada : 
                   
                   CIK NUR
                   ARINA SHAMSUL
                   DIEYNA
                   KAMSIAH
                   JAY 
                   JAGAU
                   ALIMAZ
                   AZRUL (SYEMO)

Inilah insan yang sudi dan rela berkongsi ilmu tentang cara kesan html ( kod2) yang nampak kelat-kelat, huruf2 yang tidak pernah saya pelajari di zaman sekolahku. Kini ditemui dalam kemahiran berblog. Mereka ini boleh kita gelar sifu. Terima kasih ya..insyaallah tiap ilmu yang baik akan ada imbalan dariNya.

Lastly :    TAHNIAH3X - YG BERJAYA SPM 2011
              TERIMA KASIH - SUDI MEMBACA ENTRY PESONA EWWK.
              KLIK2 LAH..blog maya ini:-
                   




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

16 Pesona Kata Hati Mereka: