Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 12 Mac 2012

Mestilah Bangga & Bersyukur Ada ASNB Di Keningau..Hebatkan..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tidak perasanlah bila pula siap dan berdiri megah permis kewangan ASNB di Keningau, rasanya bangunan ni dekat dengan pasar malam dan merupakan sebuah restoran dan tempat menjual kuih muih. Tiba-tiba sahaja bertukar dengan megahnya sebagai ASNB terbaru permis kewangan di daerah Keningau, Sabah.

Startegik agaknya dan mudah dikesan oleh ahli ASNB tempat ini, kerana pada pagi dan tengahari memang kawasan ini lengang dan kurang orang Keningau lalu lalang. Tetapi menjelang jam 3.00 petang alamak ....ramainya orang di area ini, kerana di belakang  bangunan ASNB ini letaknya pasar malam Keningau. Para peniaga sudah berdatangan dan bersedia untuk mengurus niaga jualan masing-masing sebaik jam 4.30 petang diberi kebenaran menjual oleh Majlis Daerah Keningau. Bermakna pada jam itu operasi permis ini akan berakhir menerima pelanggan ASNB, membuatkan ruang masa dan kerja serta kestrategikkan permis ini pada pandangan saya sangat sesuai.

Seminggu yang lalu, saya parking kereta setentang dengan bagunan ini, sambil menunggu anak dari Daerah Ranau, nampak warna biru dan perkataan ASNB terasa terkejut. Nampaknya mudahlah pelanggan ASNB menyimpan dan keluarkan wang simpanan ASNB. Tidak lagi bersesak dan jenuh menunggu nombor dipanggil giliran dalam urusan ASB dan ASNB di cawangan CIMB, Pejabat Pos atau di Mybank. 

Kepesatan pembangunan di Keningau sejak akhir- akhir ini sangat jelas ketara. Jalanraya diperluaskan diaspal dan diletakkan benteng, pembaikkan jambatan dan pelurusan jalan juga sibuk dilakukan. Bangunan besar sana- sini, seperti yang dilihat bersebelahan dengan Supermarket Hiap Lee, di belakang KRK, selain pembinaan bangunan di Jalan Duruk dan di Jalan Masak, Keningau. Wow! Keningau kini pesat membangun.

Kepada semua warga Keningau, tidakkah bersyukur dengan kemudahan yang ada kini dan kemudahan yang akan kita nikmati nanti. Marilah bersyukur dengan nikmat pembangunan ini. Tadahlah tangan memohon agar Daerah Keningau jauh dari petaka angkara murkaNya. Semoga Daerah Keningau yang pesat membangun ini diberi olehNya rahmat dan keharmonian masyarakat etnik Keningau terjalin dan jauh dari perbalahan sesama serta jauh dari saling benci membenci. Menghargailah mana yang ada, dengan mengingati bawaha semua itu ada atas dasar pinjaman semata dan perhatian dari pemimpin di Daerah Keningau.




                                                          

                                                             







Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
kerajaan prihatin dgn keperluan penduduk setempat...

Mrs Velentine berkata...

maju sudah keningau

Unknown berkata...

Tq yang drop ulasan..
Kelmarin ke permis ni, uii..ramainya no giliran saya 1100, penat tunggu hingga jam 3.20 ptg baru selesai. Mana2 bank sama ja rupanya, paling ramai yg baru buka akaun baru.

Ya..Keningau makin maju. Bangunan yang di pasang lif ialah Gmart dan Servey..