Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 13 Mac 2012

SETULUS DOAKU UNTUK MU ANAK TERSAYANG


HIDUP INI ADALAH SEMENTARA, KITALAH HAMBANYA
SEBAGAI PELAKON MEWARNAKAN KEHIDUPAN YANG 
BAKAL MENDATANGI..BUKALAH PINTU HATIMU...


Doa Kami
" Ya Allah hu akhbar, ampunkan dosa-dosa anak-anak kami,
jauhi mereka dari hasutan kejahatan yang membisik,
jauhi mereka dari sikap bermalasan, berikan mereka
kekuatan dan keyakinan agar selalu menginagtiMu.
Ya Allah hu akbar, limpahkan daya fikir yang baik 
kepada anak-anak kami agar betah dan cepat memahami
ilmu dipelajari. Jadikanlah mereka anak yang menurut
kata ibubapa, guru dan taat kepada perintahmu,
beri mereka kesempatan untuk berjaya
di Dunia dan di Akhirat.Amin ya rabbal alamin"
 sajak kami 
Wahai anak-anak ku..
Adakah kau tahu isi hati ku dan mamamu..
Adakah kau rasa betapa amat mensyukuri..
Tika lahirmu, mendengar tangismu..
Kala pagi memecah keheningan subuh hari..

Adakah kau tahu ..tiap detik berlalu..
Terisi detik yang lalu jua detik mendatang..
Ada kalungan doaku dan mama mu..
Mengalungi melingkari tubuh mu..
Bahawa ingin kan kau damai sejahtera selalu..
Di dalam pelukan masa yang penuh warna keriangan..
Bahawa ingin kan kau tabah dan perkasa..
Membawa belati putih menempuhi cabaran hidup..
Bak pahlawan membunuh tiap duri dan onak ranjau..
Bak perwirawati..musim muslimah yang kamil...
Yang akhirnya kau sedar sudah dipuncak jaya..

Tahukah kau wahai anak..
Tiap kata ku dan mama mu..
Adalah azimat bak permata menyuluh jiwa..
Laksana lorong yang basah tanpa kemarau..
Adalah azimat untuk mu menuju jaya..
Kerana tiap kata dan doa kami..
Adalah hikmah dan arahan dariNya...
Bahawa menurut kata ibu dan ayah itu..
Satu kewajibanmu mendengar setulus hatimu..
Kerana ada berkat dan rahmat memayungi..
Kejayaanmu..
Di Dunia dan Di Akhirat..

Wahai anak, adakah kau belum tahu..
Maka inilah datangku dan mama mu..
Memberitahu mu setulus hati.

Karya dari hati 
ETUZA.






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

8 Pesona Kata Hati Mereka:

Mrs Velentine berkata...

siap sdh..td msa jenguk ni blog..masih pic2 jak..ayat blum ada

dieyna berkata...

Doa tulus ikhlas daripada ayah dan ibu kepada anakanda kesayangan.. Anak yang membaca pasti berasa bangga dan menghargai tulusnya kasih ayah dan ibunya...

Unknown berkata...

Terima kasih kepada yg ikhlas ke ulasan Pesona EWWK.

Ms Vel.Lama jg berfikir tentang sajak tu.

Dieyana. sangat menghargai kehadiran anda ke fb saya

Unknown berkata...

alamak kehadiran ke blog..tq

Admin P@P berkata...

Salam.
Amin Ya Rabb. Semoga anak-anak kita terpelihara dari sebarang dugaan dan bisikan jahat yang melalaikan dan menjauhkan dari Ilahi.

TQ

Kamsiah yusoff berkata...

salam
semoga anak2 kita,menjadi anak yg soleh dan solehah,yg akan mendoakan kita ketika kita telah tiada,yg akan menyambungkan silaturrahim dgn teman2 kita kelak...

Unknown berkata...

Hendaknya begitu ya. Insyaallah. Tq DDIDHKU

Arina Shamsul berkata...

Amin~


betapa bangganya anak2 bila mempunyai ibu bapa yang senentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan mereka.tahniah untuk kamu:)

terharu dengan setiap bait2 nukilan ini.