Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 14 Mac 2012

Kami Genarasi Yang Menjadi Teraju Negara...( Selamatkan Kami Ya Allah )

Selamatkan kami golongan kanak-kanak 

Tiap apa masalah, sedetikpun kami tidak tahu..hargailah 
kami sebagai warna-warna negara..
Usalah jadikan kami mangsa dendam..bimbing kami ke arah insan
yang dewasa dan kamil.

Siapapun tidak akan menghindar dari kematian, kematian umpama tunang bagi benda atau makhluk yang Dia hidupkan. Baik manusia, tumbuhan dan haiwan yang masih hidup pasti akan berakhir dengan kematian.

Sayang sekali kerana ada  kematian yang tidak diundang, yang dibuat, yang dirancang direncanakan, disengajakan serta kematian yang rela seolah benar-benar nyawa yang Dia beri tidak bernilai. Sayang berjuta kali sayang, yang melihat kematian itu merasakan kesebakan yang tidak terungkap oleh kata-kata. Apa lagi jika kematian melibatkan kanak-kanak yang tidak tahu menahu masalah dan masalah yang timbul di dalam lingkungan satu organisasi. Mengapa mereka menjadi mangsa keadaan.

Benar, kematian itu hakikat, takdirNya. Inilah persoalan yang menjadi beku di dalam tiap diri kita. Hanya yang mampu kita fikirkan ialah pulangkan kepadaNya, dia yang beri kita nyawa dan dia yang berhak mengambil nyawa kita, tetapi haruskah dengan cara ngeri, haruskah dirancang dahulu atau haruskah dengan cara curi baru dibunuh. 

Selamatkan mereka golongan kanak-kanak, selamatkan mereka di mana saja, lindungi mereka kerana mereka berhak untuk membesar, disayangi dan diberi kebebasan bermain dan bergaul hingga akhirrnya mereka menjadi dewasa dan menjadi teraju pentadbir negara khasnya negara Malaysia. Merekalah yang menjadi warna-warna penghias laman, penyeri laman, pesuara kala gembira berseloka bergurau dan berlari-lari anak di laman kita. Mengapa menjadikan mereka mangsa dendam....Ya Allah selamatkan golongan kanak-kanak di mana saja berada. Amin.

Al-Fatiha untuk Arwah Dirang.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

12 Pesona Kata Hati Mereka:

LadyBird berkata...

kasihan arwah dirang.. :(..
dibunuh tanpa sebab..
:(.. dahlah dibakar hidup2.. kesiannye..

dieyna berkata...

Kesian .. kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa.. Kerana wang, kerana dadah, kerana dendam mereka yang kecil dijadikan korban.. Hati sudah menjadi batu, tiada ihsan lagi... al-fatihah kepada semua kanak-kanak yang terkorban dek kerakusan manusia durjana...

Arina Shamsul berkata...

amin~al fatihah untuknya.

Mudah2an Allah jauhi kita dari setiap kejadian yang tidak diingini berlaku.nauzubillahiminzalik.

Kancil 8349 berkata...

Al Fatihah

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Etuza,

Al-Fatihah untuk roh arwah Dirang. Semoga kematian arwah mendapat pembalasan sewajarnya pada si pelaku.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
anak kecil yg tak berdosa,tak berdaya dan tiada upaya melawan nafsu serakah manusia dewasa berhati syaitan...
mereka menanti ibubapa di syurga...

NoorGie berkata...

hari ni saja melihat 2 berita kanak2 berumur 2 tahun & 15 bulan..mati lemas.....1 di Kelantan & 1 di Tasik Titiwangsa....sedih....

dieyna berkata...

hri ni bz skit dr berblog.. nti saya bg link untuk buat scroll bloglist tu. mmg kna edit html caranya..

dieyna berkata...

Blog Cikgu dah tersenarai dalam blog baru pilihan Ben ashaari.. http://www.benashaari.com/2012/03/10-blog-baru-hari-ini_15.html pi je kal link ni.. hari ni mesti trafik kat sini meletup kan?? ehe

dieyna berkata...

Header skang dah cantik tapi kaler tulisan macam tak kena je.. Pesona tu contrast sangat kalernya, tajuk blog pulak kaler hitam, background pun dark macam tak naik.. pasal blog list hilang tu biasa dah kalau kita ubah template.. kena pilih semula

dieyna berkata...

datang lagi ke sini
1. Nak buat scroll untuk blog archive boleh tiru kat blog ini http://teknikbuatblog.blogspot.com/2010/12/cara-membuat-scrolling-bloglist-pada.html

klau tak faham gak, cikgu download template blog skangni pahtu bagi tempalte tu kat saya, biar saya yang ubh... hehe

Arina Shamsul berkata...

cikgu ni cara centerkan header

Dashboard>Design/layout>Edit HTML
tick expand widget

cikgu cari kod nie

/* Content


CTRL+F untuk memudahkan pencarian

bila dah jumpa.. paste pulak kod dekat bawah nie betul betul diatas kod yang cikgu cari tadi

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto; }


preview dulu,bila menjadi baru save.kalau tak jadi jangan save..hihi