Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 16 Mac 2012

Bersama Peserta Terbaik Program Nilam Zon Keningau Satu AnugerahNya


Inilah peserta dari Bahagian Keningau yang mewakili Bahagian pedalaman ke pertandingan NILAM peringkat Negeri Sabah pada 5hb Mac hingga 9hb Mac 2012. Mereka terdiri dari ( SMK. Keningau 2 ) Mohd Haikal Hazmi, Farah Amirah Bt Abdul Hamit, ( SM SFX Keningau ) Asratul Natysa Bt Ag Asroylee ( SM. ST Martin, Tambunan ) Adeliya Vencles Tootung ( SK. Penagatan, Keningau ) leon Alexy Likon ( SK. Ulu Liawan, Keningau ) Jessie Bt Joseph dan ( SK. Bariawa Ulu, Keningau ) Essy Esslyn Syazwana Bt Andrew.

Pasukan Zon Keningau hanya berpuas hati dengan kemenangan menerusi Tokoh NILAM kategori sekolah rendah Luar Bandar yang mendepat tempat ke 3 yang dimenangi oleh adik Essy Esslyn Syazwana Bt Andrew. Manakala adik Leon Alexy Likon juga mendapat tempat ke 3 bersama Jessie Joseph dalam acara pertandingan Penulis Muda dan Jejak Maklumat kategori sekolah rendah luar bandar. Peserta yang mendapat tempat ke 3 dalam Tokoh NILAM dan Penulis Muda diberi tropi kemenangan serta sijil. Peserta sekolah menengah nampakkan hanya mendapat tempat saguhati dalam Tokoh NILAM, Penulis Muda dan Jejak Maklumat. Bagaimanapun peserta sekolah menengah harus berpuas hati dan bersyukur kerana mereka juga diberi sijil penyertaan dan tropi saguhati. Walaubagaimanapun gabungan peserta menangah dan rendah telah mendapat tempat ke 3 dalam aktiviti persembahan yang bertajuk "Okstra Senyap" yang dicetuskan menerusi idea kreatif, kritis dan inovatif dari Mohd Haikal Hazmi.

Menyentuh pengalaman bersama mereka, saya sebagai pengiring nampaknya  harus dapat membezakan cara berhadapan dengan peserta sekolah rendah dan sekolah menengah. Memang ada beza menangani dan cara menyelesaikan hal pelajar menengah dan pelajar rendah. Pelajar rendah biasanya mereka mengikut saja tiap cadangan tetapi peserta sekolah menengah kita kena akur bahawa mereka sudah mampu berfikir dan mencadangkan idea-idea bernas. kadang-kadang mereka menampakkan raut muka yang agak difahami kiranya apa yang mereka mahukan disangkal atau kurang dipersetujui oleh guru pengiring. Hingga suatu ketika guru pengiring dengan niat ikhlas terpaksa bertegas pada hari terakhir Program NILAM, dan pengiring telah mendapat SMS dari pihak BTP cawangan Keningau agar merancang perjalanan balik seawal hari Jumaat bersamaan 9hb Mac 2012 dengan alasan yang kukuh cuaca tidak menentu dan Keningau adalah Zon yang jauh dari Sandakan dengan catatan masa 6 atau 7 jam perjalanan.

Kepada pelajar sekolah menengah, mohon maaf kerana tidak dapat menunaikan hatsrat mengikuti kem lawatan di Sepilok Sandakan, Sabah. Mohon maaf sekali lagi. Selain itu maafkan kiranya ada kesilapan kata-kata dan kelakuan pengiring yang kurang elok jika ada dalam penglihatan anda semua. Sesungguhnya manusia itu ada saja kelemahan, sedang yang sempurna itu adalah Allah.


Link ( Klik lah Blog )


Pesona EWWK : Pedas ke tak pedas ni? Ingat tu pesan Ben Ashaari..tinggi nilai entry ni. Syabas Ben Ashaari.


http://www.benashaari.com/2012/03/kena-rogol-best-eh.html 



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

ainhany berkata...

salam etuza,

syabas dan tahniah telah berjaya mengiringi adik2 NILAM nie hingga berjya. Seketika dgn anak2 bijak bestari dan kaya ilmu ni megg jauh bezanya... mereka berani dan lincah memberikan pendapat..:) kebolehan mereka satu kejayaan yang boleh deikongsikan oleh guru2 juga.

Indahnya persada generasi NILAM..
Teerima kasih cikgu

Unknown berkata...

Terima kasih..

Unknown berkata...

Terima kasih..