Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 16 Mac 2012

Blog VS FB - Blog Lagi Best !

Sebelum log out pagi ni, pesona nak kongsikan bahawa antara blog dan FB mana satu yang best!. Ada teman blog menceritakan, katanya blog lagi best dari FB. Pesona sangat setuju dengan pendirian dia. 

Pesona tengok FB banyak kata-kata tak berhemah, walaupun memang ada FB yang aman dan harmoni. Dua ruang untuk kita berkongsi ini, jika dimanfaatkan memang banyak guna kepada diri dan masyarakat serta individu yang masih belajar. Di sinilah ruang maya kita untuk mencari ilmu yang berguna.

Apa keistemewaan blog.
1. Boleh buat catatan banyak-banyak, panjang berjela juga boleh.
2. Boleh letak kiri ke kanan apa2 alat menceriakan blog kita.
3. Blog agak tersembunyi di ruang maya, tapi blog yang terkenal semua orang boleh search. ( Blog Pesona tak lah best ) sebap tu kurang pengunjung..
4. Blog seolah macam rumah di udara , di langit biru ( di ruang maya global) sebab itu siapa pengunjung kena berhemah, bagilah salam ke..( ada satu blog yang lengkap bagaikan rumah beratap dan berpagar lagi .tak percaya klik ni ya..http://wwwmarina-arina.blogspot.com/ ( bunga hati mama ) pasti ada wanita yg tertarik nak ke laman Bunga Hati ini.
5. Blog boleh jadikan kita ramai kawan yang lagi tinggi ilmunya, bicara dan kata-kata kita tak OPEN seperti di FB, sebabnya blog ada http://www. jika tidak tahu alamat ini susah juga nak kesan blog PESONA..
6. Blog banyak yang memaparkan ilmu-ilmu agama, luas skop dibicarakan dan kita membaca agak aman kerana kurang orang melihatnya.
7. Yang terakhir, kawan-kawan blog lebih bersifat memahami dan ramai yang suka menolong ( harap tolong ikhlas ) ..sebabnya antara blogger ada yang menyediakan teknik2 membuat blog dan memasang alat di blog kita. Tak percaya klik lah pula blog sahabat saya ni ya..http://wardahilmu.blogspot.com/ ( pesona kawan siapa ja blog ya tak kira blog wanita atau blog lelaki ) hehe..blog Ben Ashaari dah klik kah..best blog santai dia..

Ok..mama disebelah dah bagi warning! ( tak siap2 kah tu? ) ok jom log out..

 Tq




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

9 Pesona Kata Hati Mereka: