Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 18 Mac 2012

Esok terjawab rinduku pada dia...


Bersemangat rasanya hendak mulakan tugas esok hari. Seolah ada rindu menggamit hati. Terasa lama sudah tak menyentuh dia, melihat pesona yang menghias wajah, tepi dan bucu-bucunya. Seminggu setelah dia menjadi kekasihku, aku tinggalkan dia kesepian tanpa aku bersama.

Terjawablah segala rindu, yang pasti akan menerjah banyak pena menari menjawab tugasan yang ditinggalkan. Seronok juga bila pasti dan semoga ada hari esok menemuinya. Inilah rasaku, tapi sebenarnya teringin lama hendak bercuti, namun rindu dia kepadaku maka hasrat hendak bercuti biarlah terkubur.

Siapa yang Etuza rindu sangat ya.
Kenapa pula semangat ingin menemuinya..pelik ni.
Apa hal merindui sangat tu ...
Tidak terasaka dah diambang usia...
Tidak malukah dengan keluarga ada yang dirindui..
Dengan teman blog tak malukah suarakan rindumu..

Ok...biarlah tak rahsia lagi ya..
Sebenarnya Etuza rindu nak duduk menulis di meja Etuza yang di atas tu.
Ialah..dua hari lepas menang pertandingan meja kemas berhias Etuza diarah oleh BTP/ PPD Daerah Keningau, Sabah menjalankan tugas mengiring pelajar ke Sandakan Sabah selama 5 hari. Sambung cuti sekolah break sem jadilah 2 minggu Etuza belum masuk ke ruang meja Etuza tu. Tengok! seorang cikgu mesti lengkap dengan pena ya...

Sesekali Etuza bergurau, melawak tapi tetap ada hemah..tak salah kan.... Terima kasih yang membaca. Harap ada senyum dari hati. Kalau senyum Etuza akan tau lah tu ya.








Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

18 Pesona Kata Hati Mereka: