Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 18 Mac 2012

Petir Yang Hebat - Dengar Sahaja Sudah Rasa Ngeri.


Di dalam kitab suci al-Quran ada mengandungi 30 jujuk,60 hizb dan mempunyai 114 surah. Berbagai-bagai jenis nama surah kerana bilangannya pun 114 surah. Terdapat nama binatang seperti semut, surah sapi betina dan surah lebah. Ada juga sempena masa seperti surah ad-Duha, surah al-Laili ( malam). Surah al-Jumuah ( hari jumaat ) dan surah al-Fajr.

Terdapat satu buku yang ditulis oleh SAHRULAZMI SIDEK penulis yang berasal dari Kuala Langat, Selangor, buku beliau bertajuk NAMPAK BIASA tapi LUAR BIASA ada menyatakan bahawa Allah SWT juga menggunakan nama-nama cakerawala dan alam sekeliling sebagai nama di dalam surah-surah al-quran yang diturunkan-Nya, dan hal ini ada buktinya.  Antaranya ialah :-
1. Surah as-Syams ( matahari)
2. Surah an-Najm ( bintang0
3. Surah al-Qamar ( bulan )
4. Surah ar-Ra'ad (petir)
5. Surah an-Nur ( cahaya )
Semua ini adalah nama makhluk-makhluk Allah SWT yang besar dan hebat.

Diantara lima surah itu Surah ar-Ra'ad ( petir ) satu fenomena yang boleh menyebabkan kematian, seperti yang kita saksikan seorang pelajar terbunuh akibat dipanah atau disambar petir. Ada juga kita dengar berita bahawa sebuah pokok besar telah terbelah akibat dipanah petir. Dengar sahaja  petir itu kita sudah rasa ngeri. Kerana memang berlaku ada orang terpelanting hagus dan mati disambar petir.

Pernah juga dilaporkan dalam akhbar perdana suatu waktu dulu, mengenai kisah sekumpulan pelajar yang telah disambar petir ketika mendaki sebuah gunung di Pahang. Panahan petir boleh membawa kepada kecederaan parah atau maut. Hebat dan dahsyat sungguh petir ini. 

Walaupun sehebat mana sekalipun kuasa petir ia sebenarnya adalah lambang kehebatan kuasa penciptanya iaitu kuasa Allah SWT dan kekerdilan makhluk bernama manusia. Profesor Hamka dalam pendahuluannya semasa menulis surah petir menyebut bahawa petir ini boleh menimbulkan dua perasaan sekaligus iaitu:-

1. Rasa takut dan dahsyat apabila melihat kilatnya.
2. Rasa harapan kerana jika petir telah berbunyi atau guruh telah kedengaran di langit membawa tanda hari akan hujan dan tanam-tanaman akan kembali subur.

Adaptasi penulisan dari buku " NAMPAK BIASA tapi LUAR BIASA.

Bersama kita membesarkan kehebatanNya.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Blognye bagus sekali, saye dari indon visit blog saudara serumpun, follow blog awk juge yee :)

http://onepiece-ever.blogspot.com

Unknown berkata...

Asalam AD.
Syukran ada kenalan dari sana ya. Apa khabar..moga aman2 di sana ya.
Blog ni biasa2 saja. Masih proses belajar ya. salam kenal dari kami di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Salam Etuza,

Betul, Allah menurutkan petir supaya kita tahu dan hebatkan kuasa Allah tetapi disebalik petir itu ada harapan yang hujan akan turun.

Unknown berkata...

Benar..hujan itu rahmat, Allah jadikan sesuatu pasti ada sebabnya untuk kita sebagai makhluknya.

Unknown berkata...

salam....singgah sini...trima kasih sudi singgah blog x seberapa saya tu... :)

Unknown berkata...

Wasalam..
Semoga kita saling bertegur sapa ya dek..

Unknown berkata...

follow done. makasih kunjunganna sobat