السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Januari 2012 tidak lama lagi akan berakhir. Begitu cepatnya masa berlalu tanpa sedar kita akan melangkah ke bulan Febuari dan bererti hanya ada sepuluh bulan kita bersama dalam tahun 2012 ini. Saya berharap kita semua dapat melaksanakan tugasan masing-masing hingga akhirnya azam yang kita suburkan serta kita war-warkan kepada sesiapa sahaja akan tercapai dengan lancar.
Selepas menerima dan menurunkan tandatangan skem perkhidmatan baru SBPA pada hujung tahun 2011, terasa perlunya berubah, perlunya berusaha menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak murid di sekolah tempatku bertugas. Dalam usia yang kian meningkat ini, bohong jika emosi ku stabil dan tidak akan terusik oleh pelbagai situasi yang memerlukan kasabaran menghadapi. Tugas rutin mendidik anak bangsa dan menjalankan tugas sebagai seorang Guru Perpustakaan & Media cukup berat tanggungjawabnya.Banyak tugas sebenarnya yang perlu dilakukan setidak-tidaknya menjadikan Pusat Sumber sekolah berfungsi dan dapat dimanfaatkan oleh guru-guru sekolah dan murid-murid sekolah.
Kerjasama padu semua warga sekolah amat-amat dituntut dalam menjayakan Pusat Sumber sesebuah sekolah berfungsi dengan aktif. Untuk menghadapi situasi itu, saya meletakkan beberapa prinsip atau moral yang tertera dalam gambar untuk menjadi panduan dan sempadan agar hasrat untuk terusku memahat kesabaran dan keamanan dalam bertugas sebagai seorang GPM lantikan tahun 2007 akan lebih bermakna dan titik terbaik agar tekanan kerja ke atas diriku tidak berlaku.
IKHLAS... kata ini merujuk kepada ketulusan hati, kata ini akan nampak pada cara bertugas dan amalan di mana menjalankan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas kerana menerusi kerjaya pendidik kita diberi imbalan GAJI, kerana itu perlunya IKHLAS dalam menjalankan tugas kepada anak bangsa.
MENCINTAI TUGAS...tugas guru telah disandang kebahuku. Malah sudah melafazkan janji kepada KPM, semestinya cintailah tugas yang diberikan. Jika ini terpahat dalam hati pasti tidak ada tekanan, kerana tugas yang diberi akan menjadi ringan serta tidak akan menbebankan.
Inilah antara huraian pada lapan prinsip GPM. Semoga amalan ini akan menjadi sebati dalam diriku. Walaupun kini usiaku kian lanjut, tetapi itu bukan alasan untuk terus tabah dan kuat dalam menjalankan tugas-tugas seorang GURU dan GPM. Untuk harapan itu saya pohon agar yang esa dapat merahmati dan memberkati niat murniku.
"Guru yang berkualiti pasti mampu melahirkan modal insan yang terbaik untuk NEGARA"
Assalamualaikum...
7 Pesona Kata Hati Mereka:
artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal
asalam ... cikgu selalu nyer kuat bekerja untuk mendidik anak anak murid ..tq.
salam ziarah..
Alhamdulillah, semua prinsip ini adalah bertepatan dengan suruhan Allah..InsyaAllah, pasti dipermudah..
nyway maaf lama tak menyinggah..moga pakcik & famili masih sihat, selamat & berbahgia selalu =)
wasalam...
sangat terharu ada teman maya menyapa di laman saya. Semuanya saya hargai.
Terima kasih saudara Ajak..atas sokongan.
Azrai apa khabar? kadang2 kesibukan membatasi..keupayaan kita.It,s ok.
Sekadar menatap satu-satu perkataan kelihatan mudah tapi hendak melaksanakan tak semudah itu kan cikgu. Syabas buat semua cikgu...
benar..tersirat tersurat kena fahami..tq ya
Assalamualaikum Cikgu.
Anak2 bagaikan sehelai sutera putih yang bersih Dan ibu bapa diamanahkan Allah untuk mencorakannya.
Selamat mendidik Cikgu.
Catat Ulasan