Akhirnya berjaya mengenggam segulung
ijazah sarjana muda Pendidikan.
Di UMS 2011
Wajah tenang isteri tersayang, Tahniah
Semoga kejayaanmu menjadi pembakar
semangat anak-anak untuk sama-sama berjaya.
Tiada dalam gambar anak sulung, hehe time di studio ni anak-anak
agak lapar dari pagi sampai jam 2.00 petang belum makan tengahari
semua berlaku kerana bagi mama mereka semangat. Tahniah.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Inilah antara yang terindah dalam kehidupan keluarag ETUZA, dimana ini telah diabadikan pada 29hb Nov 2011 bersamaan hari selasa semasa isteri etuza menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( HT 17) di Konvokesyen kali ke -13 di UMS Kota Kinabalu Sabah pada jam 9.00 pagi hingga jam 1.30 petang.
Isteri etuza mengambil jurusan Pendidikan di UMS bagi Ijazah pertamanya sejak 2006 hingga 2010. Dalam kesempatan konvokesyen kali ke 13 di UMS barulah isteri etuza sempat menerima Ijazahnya ini. bapa mentua dan anak-anak dan saya mengiringinya ke UMS pada hari bersejarah ini. Teringat saya pada tahun 2007 berarak seumpama mereka di konvokesen saya pada masa itu. Memang seronok dengan penuh gilang-gemilang meraikan hari bersejarah ini.
Kepada peminat blog etuza warna kehidupan ini,lakukan lah yang terbaik semasa hayat dikandung badan. Belajar bukan setakat ketika masa muda tetapi belajar itu masih boleh diteruskan walaupun usia sudah meningkat yakni sudah tua. Bak kata orang belajar lah hingga ke saat nafas terakhir, bermakna belajar ini adalah secara umumnya tak pernah akan berakhir walaupun kita telah diberi tauliah. Apapun hidup ini amat indah sekali apabila kita ikhlas mengamalkan apa-apa sahaja yang baik demi membawa kita ke akhirat sana yang lebih kekal. Justru pelbanyakkan amal yang baik. Berbuat jahat jangan sekali ya.
3 Pesona Kata Hati Mereka:
tahniah utk isteri serta seluruh keluarga...tentu bkn sedikit yg terpaksa dikorbankan utk sebuah kejayaan..masa,tenaga serta wang..
Tahniah buat cikgu berdua! Pasti anak-anak pun akan turut sama bersemangat untuk mengikut jejak langkah ibu dan bapanya!
Asalam wbt.
Terima kasih Kam and Tcrain..
Smoga apa saja usaha kita dirahmatiNya..
Catat Ulasan