INILAH GUASA BOARD JENAMA
ELKEN.
Kesan merah ini timbul sebaik saja kita
urut Guasa board Elken ke serata tangan kita
seperti dalam gambar. ( kesan merah itu adalah
toksik yang terdapat dalam badan)
toksik yang terdapat dalam badan)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mempercayai ramai dikalangan kita yang memahami konsep dan kepentingan menjaga kesihatan. Bab menjaga kebersihan diri yang guru-guru ajar di sekolah serta didikan ibubapa tentang bahaya jika tidak menjaga kesihatan sebenarnya sedari mula di dedahkan kepada sesiapa saja yang bergelar murid atau pelajar, justru tidak ada masalah tentang pengertian dan pemahaman betapa peri pentingnya menjaga kesihatan kita. Tetapi tidak dinafikan bahawa masih juga ada hambaNya yang tidak faham kepentingan menjaga kesihatan.
Mempersoalkan hal-hal kesihatan sebenarnya saya tidaklah arif sangat, tetapi sekadar banyakkan membaca dan mengetahui makanan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat seketika masih hidup serta pengalaman menjadikan kita punya keyakinan bahawa tugas dan tanggungjawab menjaga kesihatan itu sememang perlu disemai ke dalam diri individu.
Dalam gambar inilah alat guasa board jenama Elken. Saya memilikinya sejak 2006 hingga kini. Dan inilah guasa board Elken yang menjadi TEMAN setia saya walau kemana sahaja saya pergi mesti saya bawa bersama ( di poket baju). Saya membawa guasa board Elken kemana sahaja kerana menjadi kepentingan saya semasa dalam keadaan tertentu. memang lega selepas menggunakannya.
Antara situasi saya memerlukan guasa board Elken ialah :-
1. Ketika saya memandu kereta, terutama memandu ke tempat yang jauh. Ada kala saya merasa hendak tertidur semasa memandu. saya akan berhenti ke bahu jalan raya dan mengurut di sekeliling mata saya dan kepala. Serta merta mata saya tidak akan mengantuk lagi. mata saya menjadi segar semula dan saya boleh teruskan pemanduan.
2. Ketika dalam bilik mesyuarat, kadang-kadang mesyuarat memakan masa lama, jika berekon sejuk dan ada masa saya memang mengantuk. Saya terus gunakan guasa board Elken, mengurut ke sekeliling mata, rasa segar dan hilang rasa mengantuk.
3. Kadang-kadang pening kepala akibat / kesan aircon, maka saya akan mengurut seluruh kepala saya dengan guasa board Elken. Saya akan merasa lega dan pening kepala beransur hilang.
4. Berlaku juga keadaan tangan kebas serta tangan agak kejang apabila kita mengangkat benda berat secara terkejut. Aliran darah akan tidak lancar maka kita rasakan tangan kita kurang berfungsi dan mengeletar. Lantas saya ambil guasa board dan urutkan ke bahagian yang kejang atau kebas. Alhamdulillah lega selepas mengguna guasa board Elken.
Inilah antara situasi saya menggunakan guasa board Elken. Tetapi yang paling menarik ialah seisi keluarga boleh menggunakan guasa board ini. Digunakan mengurut ke seluruh badan akan melegakan sakit sendi-sendi, meransang pengaliran darah ke seluruh badan. Dan untuk pengetahuan semua guasa board Eelken ini diperbuat dari tanduk kerbau, diproses nipis dan unik kelihatannya. Licin dan hitam warnanya. Sesiapa yang memiliki guasa board Elken saya ucapkan tahnia, gunakanlah agar kekal sihat dan ringan badan. Info menarik lagi harganya baru RM 41.00 jika member.
Selamat membaca dan semoga kekal sihat.Amalkanlah gaya hidup sihat.
1 Pesona Kata Hati Mereka:
owhh.. xpenah dengaq la plak sebelum nieh..
jom bacer sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html
Catat Ulasan