Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 28 Oktober 2011

Melawat orang baru.




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Oktober kian berlabuh lagi, akan menjelang November dan mendatang Disember yang merupakan bulan terakhir pada 2011. Alangkan cepat masa berlalu. bagaikan dedaun yang satu persatu gugur ke bumi. dedaun baru akan bertunas merimbun semula, tetapi kemudian dedaun itu berserakan apabila sampai masa dan ketikanya.

Oktober tanggal 7hb 2011 telah lahir Rabiatul Adawiyah puteri ke 7 dari adik Etuza yang tinggal di Taman Jutaya Keningau, Sabah. Kata ibunya Rabiatul Adawiyah lahir sempurna dengan berat 2.90 kg. Alhamdulillah selamat ibunya dan anaknya ketika melahirkan. Semuanya berkat doa ibubapa dan seisi keluarga. Bagaikan mimpi rasanya, dulu kami 8 adik beradik sering bertelagah hanya kerana berebutkan sesuatu seperti makanan yang ayah mak beli. Kini semuanya tinggal kenangan yang indah, kerana semua kami 8 adik beradik telah pun dewasa dan berkeluarga masing-masing. Tinggal mak dan ayah di rumah. 

Melawat orang baru terasa ingatan terhadap 7 anak-anak Etuza bagaikan baru berlalu, kini 7 anak-anak kami bagaikan mimpi membesar sihat di depan mata. betullah kata orang yang sudah berpengalaman, cabaran mendepani anak-anak yang kian remaja tidaklah semudah ketika anak-anak masih kecil atau semasa baru lahir ke Dunia.  Malah mendidik anak-anak remaja itu lagi rumit berbanding ketika zaman kanak-kanak mereka.

Semoga puteri yang adik Etuza lahirkan itu akan membesar dengan penuh kasih sayang dan akan menjadi wanita solehah yang cemerlang di dunia dan cemerlang ke akhirat. Orang baru yang baru dilahirkan itu, masih merah dan sesekali bergerak perlahan untuk membuka matanya. 

Dalam gambar, kelihatan ibubapa Etuza, isteri dan anak-anak kami yang masih kecil turut sama datang melawat orang baru bernama Rabiatul Adawiyah Binti Iskandar @ John. Lihat mereka tersenyum gembira menyambut baby girl yang comel.

Salam kasih sayang.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: