Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 30 September 2011

Jiwaku tenang kala melihat senyum hambaMu ini..Syukran



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Salam sejahtera..malam ini.

Merayau-rayau dalam ruang maya malam ini, terasa ada sendu dalam jiwaku. Terasa ada getar ilusi yang membekam ke jiwaku. Hanya dengan mengingatiMu jiwaku tenang, jiwaku tunduk bahawa dengan menadah tangan memohon doa ampunan dariMu, yakin benar bahawa Engkau maha mendengar, maha melihat seluruh jiwa ragaku. Kerana itu perlunya sentiasa berfikiran positif terhadap apa juga perkara dihadapan mahupun di persekitaran kehidupan ini.

Wahai Zat yang benar-benar nan satu, yang hebat dan penuh merahmati. Ku saksikan padaMu kelemahan ku sebagai insanMu di BumiMu, bahawa aku manusia biasa yang tidak sempurna, aku banyak kekurangan justru itu memang sukar memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja dalam ku layari apa juga tindakan, dan bidang kerjayaku mahupun memberi kepuasan kepada keluargaku, bahkan kepada ibubapaku juga aku tidak dapat memberikan kepuasan kepada mereka. Ya Tuhan adakah ini normal kami sebagai manusia hambaMu.

Apa yang mampu terdaya bagiku adalah mengingatiMu, melagukah qasidah cintaku padaMu, kemudian sedikit jiwaku menjadi tenang apabila menatap wajah dua insanMu ini. Haji Jamaludin & Hajah Kamariah, begitu memberi ketenangan senyuman mereka, dua insan ini Engkau tinggikan darjat dari banyak segi, mereka bahagia dengan kehidupan mereka yang dulunya melalui onak dan ranjau berduri. Dan aku tahu mereka ini mempertahankan diri dengan bunga kesabaran dan ketabahan agar terus berjuang dan berusaha tanpa berputus asa. Mereka ikhlas berkongsi sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain, meraka tidak malu menyebarkan kebutuhan dan keperluan insan lain agar sama-sama merasakan nikmatnya berada dalam lingkungan orang-orang yang berhati ikhlas. Sayang sekali sukar terjangkau olehku tahap keikhlasan dan ketabahan mereka itu.

Dalam mempertaruhkan kehidupan ini, mahu tidak mahu langkah kaki perlu digagahi, mahu terus mara tetapi atas dasar sentiasa mengingatiMu, memohon rahmatMu dan perlindunganMu. Jika kini langkah ini masih bertahan itu atas redhaMu, atas dasar adanya usaha yang berterusan, adanya sokonganMu dan menyedari aku bukan menindas sesiapa malah mencuba memberikan mereka semangat dan bertahan agar seandainya dapat mahu semua merasakan nikmat kejayaan itu. Wahai Zat yang maha tahu, kadangkala mereka datang padaku, mereka meminta kongsikan pengalaman, mereka meluahkan rasa hati, lalu ku berikan jalan agar dipermudahkan urusan berpaksikan juga izinMu, menyatakan  kemudian syukur nikmat jika terlaksana hasrat mereka menyimpan sesuatu yang menjadi impian. 

Wahai zat yang agung lagi suci, langkahku bukan langkah yang tersumbat nafsu membuta, nafsu tamak, nafsu inginkan sanjungan, tetapi sekadar ingin menghambakan diri dan ingin menjadi manusia biasa yang mahu terus usaha mencari rezeki dariMu juga dengan cara ini, kerana aku tahu Engkau tidak menghadkan batas mencari rezeki hanya kepada satu cara tetapi Engkau buka jalan yang terlalu banyak dan ku pilih jalan ini sebagai jalan kedua kiranya ada restuMu maka ku teruskan dengan bertemankan rahmatMu. Berdayakah aku meneruskan langkah ini, semuanya akan terjawab bila tibanya waktu yang mana Engkau tidak mengizinkan aku di jalan ini. Sedang kini sekali lagi ku katakan bahawa terlalu banyak ranjau berduri.

Ampunkan dosaku dan selamatkan aku dari kesombongan dan jauhkan diriku dari menyakiti orang lain. Amin.










Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka: