Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 27 September 2011

Pakaian batik bercorak...Imbasan kenangan dari FB.

(copy photo di FB Chung Ming Fat)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Salam sejahtera..

Kelmarin Etuza online Fb yang terkenal dengan sosial bersepah-sepah. Macam-macam ada, turut mewarnakan Fb termasuklah Etuza juga ya. Nampaknya kali ini satu kejutan hebat kerana Fb Etuza ada tag gambar kenangan lama semasa di Maktab Perguruan Keningau, Sabah pada tahun 1992. Almaklumlah dah puluhan tahun tiba-tiba mendapat imbasan paling bersejarah dalam hidupku. Apa lagi Etuza copy photo ini dan lihatlah apa yang menarik dan apa yang hehe kurang menariknya gambar kami ni ya.

Pertama nak bagi tau ..siapa pakai baju bercorak tu, alamak seorang ja kan yang lain pakai cerah baju kosong. Time gambar ni diambil kitaorang tak tau, yang kurangnya ada yang tak pakai tie termasuk Etuza, sepatut pakai tie hehe tak berdisiplin lah tu kan. Lepas tu dalam bab berpakaian kata orang baju bercorak tak berapa bagus jika orang tu LELAKI, adui masa tu Etuza muda belia tidak ada yang bagi tips2 berpakaian. Kebetulan Etuza seorang ja pakai batik tu..hehe lain pula Etuza nampak ...itu yang tak syok tu ya. Apapun gambar ini tingal kenangan yang mengusik jiwaku. 
Sekarang dah jadi pendidik baru tahu, peritnya nak disiplinkan murid. Diarah pakai tie tak mahu juga, beli tie hilang entah kemana. Hahaha...tu yang dalam gambar tu ada gak tak pakai tie..


Ada lagi nak cakap, Etuza sebilik dengan Kamil Saleh dari awal hingga tamat pengajian Sijil Perguruan di Maktab ni, macam-macam kenangan. Balik dari kuliah masa makan tengahari pernah berlari ke cafteria, hanya alasan kami nak dapatkan juadah terawal, taklah bersesak berbaris panjang berjela. Lepas tu Etuza dan Kamil tak pernah berenggang apa ja aktiviti woi disitu ada bersama. Tak hairan lah ada geng sekelas gelar kami belangkas tak boleh berpisah. Isss!!! dengar gelaran macam belangkas tu berdesing telinga, biasa gelaran tu L / P. Haha pedulilah..janji tak ganjil keadaan macam tu, semua orang kami kawan layan macam biasa sebagai kawan sekelas. Cuma kebetulan teman sebilik ya. 

Ok tu ja...cerita Etuza,bye2...





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

lima lelaki tak bertie..hilang macho haha..padan muka.

yg ke 3 lepas etuza tu lah Kamil Salleh.Sebelah dia Chung Ming Fat yng tinggi tulah.kami gelar profesor..masa tu..dia ni hebat berdebat..

Kamsiah yusoff berkata...

salam
sekeping gambar,seribu makna

Unknown berkata...

wasalam...
Ya memang benar..tq kamsiah