السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Carilah dalam jalan apa sahaja untuk mencari rezeki selagi hidup. Namun harus dengan jalan yang halal dan di redahiNya. Biar sesen pun jika itulah takdir yang kita dapat wajib kita syukuri, kerana itulah yang berkat dan halal di sisi Allah. Anggaplah apa yang kita dapat sedikit hari ini adalah yang terbaik dan dari yang sedikit itu akan menjana rezeki jika kiranya kita bijak memanafaatkannya.
Tipulah jika kini sudah berkerjaya berpuas hati dengan gaji sebulan. Tipulah jika apa yang kita mahukan akan kita miliki hanya kerana apabila bergelar kakitangan kerajaan. Mana mungkin kita memiliki apa saja idaman kita dengan gaji sebulan kita itu. Cuma dengan cara kita mengambil langkah berjimat dan memperlakukan urus niaga wang kita dengan jalan berhemah maka suatu masa pasti apa yang kita inginkan itu akan tertunai juga. Dengan kekurangan kemampuan gaji kita maka semua orang termasuk kami keluarga etuza mencari jalan lain menambah rezeki, dan jika itulah jalannya mengapa kita tidak usahakan dengan cara berhemah.
Nah..kalau di lihat pada gambar di atas anda dapat bayangkan bahawa inilah bahan atau sumber lain boleh menjana rezeki kita jika dikomersilkan. Sesiapapun boleh membuatnya kerana terlalu mudah untuk mendapatkan bahan ini, selain murah dan sudah tersedia, hanya kita pilih jalan mahu melakukan hari ini. Kalau di desa kelahiranku, ini namanya sambal atau rojak kampung. Bolehlah diketagorikan sebagai pecal tradisional. Ini..rojak atau sambal air tangan mama( wife etuza). Jika ada masa dia mesti menyediakan sajian ini untuk seisi keluarga. Memang berkhasiat dan timbul keinginannya untuk dijadikan bahan jualan secara kecil-kecilan. Alhamdulilah...sambutan sangat baik dan kami wajib mengucapkan syukur kepada Ilahi.Semua rezeki itu dianugerahkan olehNya kepada kami.
Di desa..kata mereka tak boleh jika tak membeli atau memakan rojak atau sambal etuza. Alamak bukan saya yang buat, tapi mama ya isteriku. Bukan apa, kata mereka secukup rasa dan sedap, tiap kali makan mesti aroma dan rasa sama seperti yang kelmarin atau yang telah lalu. Bila saya amati dan cuba memakan dan kaji apa orang cakap pasal rojak atau sambal mama, SAH memang sama rasa dan aromanya tak berubah. Bagaimana dia membuat rojak sambal inipun saya tak tahu, yang saya tahu inilah kelebihan air tangan mama. Sedangkan dia buat secara biasa-biasa sahaja. Untuk hari ini adalah kami hantar sedikit untuk di jual di gerai mama ( ibu etuza ). Ada satu kali saya cuba membeli dan memakan rojak atau sambal buatan orang lain. Sah tak sama dengan sambal buatan mama, ini barangkali air tangan berbeza walaupun bahan yang sama.
Rojak / sambal mama- bahannya ialah:-
1. guna daun muda pucuk ubi kayu, kadang guna rebung,kangkung atau nangka muda.
2. mesti ada kacang tanah ditumbuk halus. kalau nak cepat guna blander ja lah ya.
3. tambah bahan dengan hirisan betik muda
4. lada padi secukupnya
5. mee hon 2 bungkus
Cara membuat
langkah 1
Rebus semua bahan seperti pucuk ubi dan mee hon jika guna nangka atau rebung kena rebus juga ya.
Toskan air rebusan pada bahan tadi
langkah 2
Kacang tanah digaring dan di hancurkan hingga halus, masak bercampur dengan lada padi yang sudah ditumbuk, letak bahan perasa seperti garam dan gula secukupnya,kacau hingga sebati dan angkat jika sudah masak.
langkah 3
Ambil sedikit rebusan pucuk ubi, mee hon dan betik muda masukkan ke dalam plastik tahan panas.
Ambil tiga atau empat sudu kuah kacang tanah .
Ikat plastik dengan getah jika hendak di jual.
Angaran kos
Mee hon RM 2.40
Kacang tanah 1 Kg RM 5.90 sen
Getah ikat RM 1.00
Boleh menjana pendapatan sampingan kita. Mungkin sedikit jika setiap hari insyaallah murah rezeki.
Selamat mencuba.
9 Pesona Kata Hati Mereka:
rojak..sedapp tu ...
mana-mana yang ada makan ja RG..terima kasih
salam ziarah..
wahH..pecal ni cam rojak ke pakcik?
nampak pelik sikit, mungkin tak pernah makan..teruja kejap =)
nyway syukurlah kan..
ada rezeki, pendapatan sampingan kurniaan-Nya
Wasalam azrai..
Ada persamaan..kerana ramuan yang sama, cuma pecal letak kuah berkari..
orang2 sabah biasanya inilah rojak kampung. Namun berbeza jg dengan air tangan orang lain ..
owh..kalau orang sabah panggil tu pecal rojak kan..jadi kalau d smnjung tu rojak mcm rojak buah bgitu ka?..alala..baru saya tau niari bh..pecal bh pula tu kan...
salam..
Ya Allah...saya yg cuma tgk gambarnya ja..walaupun berbungkus...tetap terliur...
di kedah ni pun ada...cuma mungkin berbeza bahan2 dan rasa...disini byk sayuran digunakn...timun,kangkung,taugeh,kacang panjang,jantung pisang,nagka muda...
Wasalam...
memang inilah air tangan isteri ketika ada masa senggang...di seberang sana lagi hebat masak memasak tu ..
wah..saya ingat org jawa mcm saya je pandai mkn pecal~ hehe..sedapnya pakcik...kecur air liur ni...hihi
Hehe kami orang2 dusun sabahan memang gemar makan pecal ni..tapi mungkin ramuan agak beda..tak apa..boleh buatkan suami ya..mrs cekd..
Catat Ulasan