Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 10 Julai 2011

Ada ada saja pertanyaan Puteri kecil ini...kadang merasa lucu tapi saya berfikir sejenak...


puteri di Pulau Labuan


sayapun keliru apa dia buat..nak kata menari tak juga..hehe..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Inilah antara situasi gaya dan penampilan puteri kecil kami yang ke tiga. Petah bercakap, manja dan ada masa tegas seandainya ada benda yang dikehendakinya. Dalam usia di prasekolah memang kita tahu sangat perangai dan naluri mereka, di mana keinginan untuk berkawan, ingin mengetahui sesuatu dan karenah amat tinggi. Justru perhatian oleh ibubapa sangat penting dalam membentuk anak seusia enam tahun agar daya ingin tahu mereka dapat kita jawab dengan penuh kasih sayang dan penuh perhatian.

Kadang2 anak perempuan kecil apabila sendirian pandai bercakap-cakap seorang, rasanya ini normal kerana adik perempuan bongsu saya ketika usia ini pernah saya melihatnya berbicara seorang diri. Terbaru puteri kecil kami ketika kami bercuti di Wilayah Labuan dalam boat laju, tiba-tiba dia gerak gerakkan tangan seolah-olah memusing satu benda ditangan, saya lihat dia sambil senyum dan tak pedulikan sesiapa sahaja melihat gelagatnya. Tengoklah di gambar atas tu ya. Mulanya nak cegah dia buat macam tu, maklumlah ada ramai orang dalam boat laju tu. lantas saya biarkan sahaja kerana kelihatannya dia begitu kelihatan seronok menaiki boat dan melihat saujana laut tak bertepi. 

Suatu masa puteri kecil ini, bertanya lagi mengapa nenek kulitnya sudah kedutan, kenapa saya sentuh tangan nenek kulitnya nipis dan tua. Kenapa nenek nampak tua dan bapa masih muda. Masa itu saya tengok puteri memicit tangan mama saya dan menariknya ke atas. Tangan neneknya terangkat ke atas, tetapi nenek ketawa dan memeluk puteri dan membelainya. Dalam hati tersenyum dan bertanya sejenak, mengapa tiba-tiba dia menyoal bertubi-tubi hingga nenek menjawab " nenek dah tua lah Aliya". Terpacul lagi soalan kenapa nenek tua?...hai kena jawab ni. Namun pertanyaan itu kami biarkan tenggelam oleh usia hari senja di mana sang mentari kian melabuhkan sinarnya, lalu kami balik meninggalkan mama dan bapa berdua di desa tempat ku kala kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Saat memegang stering nak pandu kereta balik ke rumah, terungkap lagi pertanyaan anak kecil ini. Nenek sudah tua kenapa pula bapa masih muda?. Aik masih itu lagi dalam benaknya, tinggi betul rasa ingin tahu anak ini. Nenek tu emak saya, dia yang lahirkan bapa, umur nenek sudah banyak tau sudah 65 tahun. Kalau sudah umur banyak kulitpun berkedut, muka banyak kedut. Bapa akan tua juga boleh jadi macam kullit nenek berkedut. Aliya suka kah bapa apabila bapa semakin tua. Mata dia tertumpu ke mata saya, diam memanjang dan rasanya dia puas hati dengan jawaban bapanya itu. 

Apabila anak bertanyakan sesuatu jawablah dengan betul, usah memarahi bila anak banyak bertanya, sesungguhnya kanak-kanak berusia mulai empat tahun keinginan ingin mengetahui itu amat tinggi.  Seperkara lagi yang menjadi kebiasaan puteri kami ialah mesti nak pesan dibelikan coklat dan donnat. Maka dengan itu saya perlu melunaskan permintaannya, kena ingat membeli makanan tersebut sebelum balik ke rumah. Jika tidak depan pintu rumah dia siap bertanya " pa ada tak colklat dan donnat Aliyah".

Menyentuh pasal hari-hari tua, tidak siapa akan terhindar. Tiada siapa menghalang semulajadi dan fitrah alam ini. Memang ada yang lama dan akan ada yang baru. Yang lama akan pergi dan yang baru akan menggantikan kedudukan orang -orang lama. Berdayakah kita lalui hari-hari tua itu. Berdayakah anak-anak yang kita lahirkan itu menjaga dan merawat kita di hari tua. Mampukah otot-otot yang masih pejal ini bertahan apabila usia senja kian melingkari diri. Katalah apa saja..memang akan tiba masanya kita menikmati hari-hari tua itu. Dan satu kesyukuran apabila kita menikmati alam tua, biarlah kita tua dalam keadaan yang sihat sejahtera. Dan rasanya hari-hari tua itu adalah satu tahap kehidupan yang perlu kita lalui dan kita nimati dengan penuh rasa ikhlas, kerana usia tua kita itu merupakan satu lagi tahap kehidupan yang maha esa anugerahkan.

Salam ceria...



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka: