Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 17 Julai 2011

Pecal tradisional atau sambal tradisional .. anugerah dariNya..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Carilah dalam jalan apa sahaja untuk mencari rezeki selagi hidup. Namun harus dengan jalan yang halal dan di redahiNya. Biar sesen pun jika itulah takdir yang kita dapat wajib kita syukuri, kerana itulah yang berkat dan halal di sisi Allah. Anggaplah apa yang kita dapat sedikit hari ini adalah yang terbaik dan dari yang sedikit itu akan menjana rezeki jika kiranya kita bijak memanafaatkannya.

Tipulah jika kini sudah berkerjaya berpuas hati dengan gaji sebulan. Tipulah jika apa yang kita mahukan akan kita miliki hanya kerana apabila bergelar kakitangan kerajaan. Mana mungkin kita memiliki apa saja idaman kita dengan gaji sebulan kita itu. Cuma dengan cara kita mengambil langkah berjimat dan memperlakukan urus niaga wang kita dengan jalan berhemah maka suatu masa pasti apa yang kita inginkan itu akan tertunai juga. Dengan kekurangan kemampuan gaji kita maka semua orang termasuk kami keluarga etuza mencari jalan lain menambah rezeki, dan jika itulah jalannya mengapa kita tidak usahakan dengan cara berhemah.

Nah..kalau di lihat pada gambar di atas anda dapat bayangkan bahawa inilah bahan atau sumber lain boleh menjana rezeki kita jika dikomersilkan. Sesiapapun boleh membuatnya kerana terlalu mudah untuk mendapatkan bahan ini, selain murah dan sudah tersedia, hanya kita pilih jalan mahu melakukan hari ini. Kalau di desa kelahiranku, ini namanya sambal atau rojak kampung. Bolehlah diketagorikan sebagai pecal tradisional. Ini..rojak atau sambal air tangan mama( wife etuza). Jika ada masa dia mesti menyediakan sajian ini untuk seisi keluarga. Memang berkhasiat dan timbul keinginannya untuk dijadikan bahan jualan secara kecil-kecilan. Alhamdulilah...sambutan sangat baik dan kami wajib mengucapkan syukur kepada Ilahi.Semua rezeki itu dianugerahkan olehNya kepada kami.

Di desa..kata mereka tak boleh jika tak membeli atau memakan rojak atau sambal etuza. Alamak bukan saya yang buat, tapi mama ya isteriku. Bukan apa, kata mereka secukup rasa dan sedap, tiap kali makan mesti aroma dan rasa sama seperti yang kelmarin atau yang telah lalu. Bila saya amati dan cuba memakan dan kaji apa orang cakap pasal rojak atau sambal mama, SAH memang sama rasa dan aromanya tak  berubah. Bagaimana dia membuat rojak sambal inipun saya tak tahu, yang saya tahu inilah kelebihan air tangan mama. Sedangkan dia buat secara biasa-biasa sahaja. Untuk hari ini adalah kami hantar sedikit untuk di jual di gerai mama ( ibu etuza ). Ada satu kali saya cuba membeli dan memakan rojak atau sambal buatan orang lain. Sah tak sama dengan sambal buatan mama, ini barangkali air tangan berbeza walaupun bahan yang sama.

Rojak / sambal mama- bahannya ialah:-
1. guna daun muda pucuk ubi kayu, kadang guna rebung,kangkung atau nangka muda.
2. mesti ada kacang tanah ditumbuk halus. kalau nak cepat guna blander ja lah ya.
3. tambah bahan dengan hirisan betik muda 
4. lada padi secukupnya
5. mee hon 2 bungkus

Cara membuat
langkah 1 
Rebus semua bahan seperti pucuk ubi dan mee hon jika guna nangka atau rebung kena rebus juga ya.
Toskan air rebusan pada bahan tadi

langkah 2
Kacang tanah digaring dan di hancurkan hingga halus, masak bercampur dengan lada padi yang sudah ditumbuk, letak bahan perasa seperti garam dan gula secukupnya,kacau hingga sebati dan angkat jika sudah masak.

langkah 3
Ambil sedikit rebusan pucuk ubi, mee hon dan betik muda masukkan ke dalam plastik tahan panas.
Ambil tiga atau empat sudu kuah kacang tanah .
Ikat plastik dengan getah jika hendak di jual.

Angaran kos
Mee hon RM 2.40
Kacang tanah 1 Kg RM 5.90 sen
Getah ikat RM 1.00

Boleh menjana pendapatan sampingan kita. Mungkin sedikit jika setiap hari insyaallah murah rezeki.

Selamat mencuba.




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

9 Pesona Kata Hati Mereka: