Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 12 Jun 2011

Bisa kah dalam usia ku mencapai Impian...



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    Kadang-kadang aku termenung membayangkan hari-hari esok yang mendatang. Adakah mampu diriku yang kini kian menjejaki langkah ibu dan ayahku yang kini dalam lingkungan warga emas. Atau dalam erti kata lain aku semakin berumur dan mempunyai anak-anak yang kian meniti remaja. Dalam usiaku kini, sesungguhnya aku tidak perlu terlalu mengikut kata hati dan bertindak tanpa berfikir panjang dalam apa juga perbuatan. Setidaknya setiap hal yang akan ku lakukan biarlah punya maksud dan makna yang akhirnya menyerikan kehidupan hari-hariku bersama anak-anak tersayang.

        Apa yang sedang aku buat masa ini, aku sendiri kekadang merasakan ketidakpuasan. Rasa hampa tetap menyelubungi jiwa lelaki ini. Entahlah sampai bila hendak bertahan dan bersabar. Tetapi difikirkan semula, apa yang aku buat masa ini amat dalam makna dan hala tujunya. Lantaran itu aku kini berada ditahap yang aku lihat kurang orang yang mampu mencapainya jika bukan kerana kesungguhan dan kesabaran.

          Entahlah, esok lusa dan tulat apakah yang akan terjadi seterusnya. Hanya aku pasrah pada takdirNya, jika ada rezeki tetap aku akan sampai juga pada impian itu dengan berlandaskan tawakal kepadaNya. Hanya harapan serta tawakal dan keikhlasan ini akan membawa semangat terus berjuang dan berusaha tanpa henti lagi. Apa keadaan pada nadinya sama ada perlahan atau pantas hanya takdir yang menentukan. KepadaMu ya Allah aku sandarkan harapan agar aku tabah dan berada di landasan yang betul. Aku yakin dan pasti bahawa aku melakukan ini kerana aku yakin ada kebaikan yang bakal aku nikmati. insyaallah.

             Seandainya impian ku dikabulkan olehNya....pasti kutadah tangan mensyukuri nikmatMu ..amin.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: