Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 12 Jun 2011

Lirik Lagu Tentang Masa Ciptaan Oleh Etuza Pada Tahun 1998..Masih Ingat..


 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Masa sungguh pantas berlalu..
Tanpa menunggu kita di sini..
Masa berputar bagai roda..
Tanpa menoleh kita di sini..
Di sini..( Ulang 2x)

Dan detik ini..
Dan waktu ini..
Masa ini...
Menunggu saatmu masa..

Kitakan berpisah...
Tak bersua lagi..
Tak bersua lagi..
Hanya kenangan....
Hanya pedoman yang diberi..
Menjadi ingatan
Terus diingatan..
 Disepanjang masa...


( ulang dari mula)

Hari ini ada masa terluang melihat laman EWWK. Lantas terdetik datang melawat dan membaca laman  seorang rakan bloger bertajuk  " Satu Permulaan " Di lamannya ada cerita dan sajak tentang masa. Lalu terimbaslah semula ingatan sesuatu yang sudah belasan tahun telah berlalu, menjadi segar semula sebaik membaca Sajak tentang masa nukilan pemilik laman " Satu Permulaan".
Terdetik dalam kalbu ini, kenapa tidak dari dulu memuatkan kenangan itu ke laman EWWK ini. Kerana ku sedari terlalu lama menyepi diri, bagaikan sudah kekeringan dan ketandusan idea. Maka terciptalah satu pengisian pada hari ini, iaitu tentang sebuah lagu ciptaan saya tentang MASA pada tahun 1998.
Inilah lirik atau senikata lagu karya saya.Lagu ini saya cipta ekoran adanya majlis perpisahan dengan guru pelatih dari Maktab Perguruan Keningau pada tahun itu. Murid-murid tahun 6 yang saya arahkan memyanyikan lagu ini dan di iringi muzik oleh Cikgu Justar Emor, menyampaikan lagu ini dengan penuh perasaan hingga ramai diantara mereka yang mengalirkan airmata ( menangis). Ah!...sekarang bekas murid-murid saya itu sudah berkerjaya dan ada yang sudah berkeluarga dan punya anak seperti saya. Entah..dan masihkah mereka mengingati lagu ini..dan mengingati guru yang menciptanya...kerana saya yang kini kian berumur bagaikan baru semalam detik peristiwa itu berlaku.

Salam ukuhuwa & salam kasih sayang...








Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

sugar2 kapas strawberry berkata...

bkn masa yg lari meniggalkn kita..tapi kita yang takpndai manfaatkan dia..

Unknown berkata...

Asalam adik..hehe ada benar kata2 anda. Saya faham kiasan anda..terima kasih banyk2 ya.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.