السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Adapun diri kita ini hanya hambaNya yang bersifat sementara di Dunia ini. Adapun kehidupan yang kekal abadi adalah anugerah kehidupan yang Dia beri dan dia janjikan di Akhirat. Lantas apa yang kita lalu sejak lahir hinggalah ke hari ini adalah anugerah dariNya. Kemana pun kita pergi, langkah kaki kita yang berpijak di bumi nyata semuanya atas resam kehidupan yang kadangkala sukar kita jangkakan akan kita alami sendiri. Pastinya kita akan terfikir hala tuju kehidupan kita, pastinya kita berusaha mengejar kehidupan yang lebih baik dari semalam. Lalu kita letak impian itu terpahat dihati, tersimpan rapi, tetapi bilakah akan kita genggam kejayaan atau impian itu. Kadangkala kita merasakan tiada harapan dan tiada peluang lagi kita menaruh harapan agar tercapai hendaknya cita-cita itu. Tetapi rupanya kita akhirnya tersentak dari lena, tersedar dari membuai rasa, bahawa sesungguhnya masih ada sisa waktu untuk kita capai sebahagian angan-anagan kita. Percaya dan yakinlah bahawa ANAK kita yang Dia anugerahkan itu adalah sandaran kita agar impian yang masih ada itu akan tercapai juga akhirnya. Dulu hanya mendengar Pulau Labuan, melihat dekomentari di kaca televisyen tentang keindahan Pulau Labuan. Mendengar kawan-kawan bekerja di Pulau Labuan dan tidak pernah terfikir kaki ini berpijak di Pulau Labuan, kerana bukan mustahil bagiku, tetapi benar tiada meletakkan anganan ke sana. Syukran ya Allah sesungguhnya inilah rahmatMu,memberi kesempatan untuk kami menghirup udara pantai dan saujana lautan yang luas apabila saat kaki kami berpijak di Bumi Labuan. Terima kasih Allah, terimakasi yang agung. Memang indah panorama Labuan
yang tidak pernah terfikir bagiku selama ini.
Untuk sekian kalinya, ingin saya katakan bahawa marilah bersama menjaga anak-anak yang kita lahirkan, limpahkan kasih sayang kepada mereka tanpa prajudis antara satu sama lain. Berilah mereka peluang untuk berfikir dan menghayati bahawa hidup di dunia adalah satu cabaran yang mempunyai banyak unsur rasa dan kebahagiaan. Jadikanalh mereka sebagai teman yang akrab dan usah perlekehkan perasaan mereka. Sememangnya sebagai ibubapa saya sendiri banyak kelemahan yang jelas saya lakukan, namun saya masih mengutamakan kebajikan anak-anak, meletakkan kasih sayang terhadap anak itu wajib dan kita adalah ibubapa yang diamanahkan olehNya mendidik, mengasuh anak-anak kita di jalan yang betul.
Salam iktibar..dari saya.
4 Pesona Kata Hati Mereka:
Sihat ni Choy..
Terima kasih, semoga kita dpt teruskan kehidupan dengan penuh rasa gembira. Semoga tabah harugi liku2 hidup.
salam ziarah..
lama tak membaca catatan di sini..
tiba2 rasa terharu dalam diri..
harapan & cita-cita, perlu kami kotai..
moga pakcik dan keluarga kekal bahagia dengan redha Yang Esa..
InsyaAllah
Wasalam azrai..
Kalau ada makna mesej pcik..terima kasih..mana2 yang baik tu dtg dariNya..
Semoga azrai juga beroleh kejayaan di dunia & akhirat.
Terima kasih kpda yg memberi ulasan
Catat Ulasan