Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 3 Februari 2011

Dulu lain sekarang lain...



       

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



             2011 telah melabuhkan tirai pada kelopak daun pertamanya. Yakni bulan Januari, merekah kelopak baru yang segar dan indah sekali iaitu daun Febuari. Suasana kehidupan yang kita lalui dahulu dan sekarang memang banyak bezanya. Dan itulah namanya perubahan zaman dan kita mahu atau tidak terpaksa juga menongkah arus perubahan kehidupan kini yang terlalu banyak cabarannya.

           Apakah cabaran yang ingin sangat saya utarakan ini? Hingga kali ini termeterai informasi baru dari saya dalam laman ini. Seolah-olah ada daya kuasa menarik jejari mentarikan dan menekan butang - butang huruf abjad di mesin riba ini. Tajuknya Dulu lain sekarang lain, hehe biasa dengan bunyi kata - kata ini. Rasanya terlalu sinonim dengan kita semua. Benar memang dulu lain sekarang lain, jauh bezanya tetapi inilah realiti kehidupan yang akan di rasai oleh semua yang bergelar ibubapa.

             Dulu masa lahir digendong - gendong, di belai dengan penuh kasih sayang. Terasa amat bertuah memiliki anak-anak yang sihat dan sempurna tubuh badan tanpa cacat cela. Dimandikan dan dipeluk erat seolah tidak mahu dilepaskan. Dijaga, ditatang penuh waspada sedikitpun tidak mahu dilukai atau dikasari. Aduhai, jauhnya beza, sekarang dan meningkat remaja, pandai berfikir dan macam-macam adanya perlakuan anak-anak yang dulu kecil kini remaja. Aduhai payahnya berbagai ragam, terasa penat tidak seperti dahulu semasa bayi dan kanak-kanak. Bagini rupanya bila anak-anak semakin membesar ke arah remaja dan ke arah dewasa. 

           Alangkah berbahagia ibu dan ayah yang punyai anak-anak yang bijak mengurus masa belajar, taat solat dan tahu memanafaatkan nasihat ibu dan ayahnya. Aduhai tergolongkah anak-anakku seperti itu. Apakah yang telah terjadi hingga pernah suatu saat jiwa dan hati ini seolah terguris dengan situasi pengurusan masa anak-anak yang tidak bijak kerana membuang masa dengan perbuatan yang amat-amat merugikan.  Apa tidaknya apabila masa cuti digunakan untuk menonton televisyen atau games menggunakan komputer. Pastilah dalam hal ini tersabit juga kesilapan ibubapa yang terlalu membiarkan dan tidak tegas sejak awal. Padanya sendiri merasakan kepedihan ke jiwa. 

        Dulu risau takkala anak sakit demam, namun hari-hari lainnya kegembiraan dan rasa bahagia teramat sangat apabila memeluk manja anak-anak itu. Sekarang benar-benar lain, ibubapa kena berdiplomasi dengan anak-anak yang sudah remaja. Dan harus tidak berputus asa. Dalam apa juga keadaan ibubapa wajib menegur menasihati anak-anak dengan niat kerana Allah s.w.t. Aduhai! bayangkan emosi seorang ayah atau ibu jika anak-anak melengah-lengahkan masa belajar, membuang masa dan melayan sikap malas-malasan. Bayangkan emosi ibu dan ayah yang apabila ditegur anak lalu bersuara kasar dan cuba mengelak dari kita seolah mereka tidak sukakan nasihat walhal nasihat ibubapa itu sangat penting dan anak-anak remaja harus merawat jiwa mereka dengan akhlak dan keimanan yang teguh.

              Apapun keadaan dahulu lain dan sekarang ternyata lain, ibu dan bapa harus tidak berputus asa membawa dan berusaha membentuk anak-anak ke arah jalan yang benar. Apapun kelainannya yang ibubapa rasakan apabila anak-anak kian remaja dan dewasa bukanlah halangan untuk membawa anak-anak ke jalan yang benar dan di redahi oleh Allah seru sekalian alam. Hanya satu pintaku sebagai seorang ayah kepada anak-anakku, berfikirlah secara positif apabila diberi nasihat, kerana  mendengar nasihat ibubapa itu bermakna kalian adalah anak-anak yang tidak derhaka kepada ibubapa.

Salam keriangan dan syukuran atas nikmatNya. Amin. 



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

hazari. berkata...

dulu lain. sekarang lain. selamat kembali menulis. :))

Kamsiah yusoff berkata...

salam
betul tu..dulu lain..sekarang lain..proses dan cabaran mendidik anak2 berubah sesuai dgn usia mereka,persekitaran semasa...
semasa kecil..kita susah hati jika anak2 tak sihat..tak mahu makan...tak aktif bermain..
dah besar...risau jika mereka terpengaruh dgn gejala tak sihat..
aduhai...beratnya tanggungjawab dan peranan ibubapa...

Unknown berkata...

Asalam hazari...
Trmasi beri semangat & peransang agar terus berblog.

Unknown berkata...

Wasalam kamsiah..
Iya benar tu. Itulah cabaran..bukan mudah rasanya bila anak2 semakin remaja dan menuju ke arah dewasa. Kena banyak bersabar dan doa..

yujiayao berkata...

For those of you who are purchasing Taps,we realize that this is one of the most important purchasing decisions you will make. You have made the best choice in choosing one of our Bathroom Sink Taps,Kitchen Taps or Shower Taps etc, as they are constructed of the highest grade materials to ensure that your new Taps lasts forever. You can be confident in your purchase as each item comes with a no hassle 30 day return privilege.