Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 23 Disember 2010

Kota Kinabalu Bandaraya Sabah Semakin Sesak. Cari Parking Adui Sakitnya Terasa Penattt!!!!!!





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



22hb Dis 2010 Jalan-jalan ke Kota Kinabalu  Sabah hari ini, bertolak dari jam 8.00 pagi dan sampai di Penampang sekitar jam 10.30 pagi. Memang jauh perjalanan dari Bandar Keningau ke Bandaraya Kota Kinabalu. Pemanduan harus dikendalikan dengan penuh cermat, berhemah di jalan raya kerana umpama saya pegang semua nywa di dalam kereta hari ini. Alhamdulillah dengan rahmatNya semuanya selamat kembali ke teratak kami pada jam 8.00 malam hari ini. Hasrat dan tujuan telah tertunai walaupun sebenarnya ada perit yang saya rasakan.

Kota Kinabalu ibu negeri Sabah, sungguh sesak nampaknya dengan kesibukan sana- sini. Rasanya saya tidak serasi hidup dalam kesibukan yang melampau ini.  Bagaimana agaknya kalau di Kuala Lumpur? Pasti lagi hebat kesibukan lalu lalang di sana. 

Sampai urusan di sebuah kedai buku Pustaka Sata di Penampang kami langsung ke pusat Bandaraya kota Kinabalu. Bukan tidak biasa ke sini sebab dari 2002 hingga se awal 2007 di sinilah antara dunia kehidupanku semasa saya melanjutkan pelajaran ke menara gading Universiti Malaysia Sabah. Sebut saja Wawasan Plaza, KK Center Point, Kompleks Karamunsing, Wisma Muis, area Inanam, Likas, Sambulan dan kawasan terkenal di Kota Kinabalu yang lain saya tahu benar keadaannya dan tempatnya. Huh!!! ada satu hal saja yang benar-benar mencabar bagiku tiap kali ke Kota Kinabalu, iaitu hemm!!! dalam bab mencari parking ( tempat letak kereta). Distinasi kedua selepas di Penampang ialah ke KK Center Point. Waduh!! full sesak dan berlakulah insiden pusing - pusing cari parking. Sudahlah perlahan ruang hendak lalupun sempit oooi!!! dekat bergesil body kereta saya dengan kereta lain yang haha! salah parking, itulah yang menambah sempitnya ruang hendak lalu. Penat!!!! benar-benar penat pijak clash tau!!.

Selain itu anak-anak semakin boring, semakin tidak selesa, perut rasa pedih nak minta isi..apa tidaknya jam sudah  menunjukkan jam 2.00 petang masih kami mencari parking. Akhirnya dapat apabila sebuah proton baru silver keluar dari parking yang jauh 1 KM dari KK Center Point. Berjalan kaki lah kami semua.  Baru nampak senyuman anak-anak tersayang.

Kalaulah 2010 sesak Kota Kinabalu semacam itu, apa akan jadi pada lima tahun akan datang atau sepuluh tahun akan datang ( 2020). Cuba bayangkan keadaannya yang pasti generasi kita yang akan berhadapan dengan situasi itu. Wallahualam. Sesak Kota Kinabalu adalah kerana lalulang manusia dan kenderaan yang bertali arus. Risiko kehidupan di kota Kinabalu tidak di sangkal lagi memang tinggi kos sara hidup di sana. Segalanya perlukan wang. 

Niat ke Pejabat Tabung Haji nampaknya hari ini tidak tertunai. Jam semakin tua, anak-anak boring dan minta bertolak awal balik ke Keningau. Bandar Keningau pun sebenarnya sesak, tapi sesak agak berbeza di Kota Kinabalu. Terbayang Keningauku yang indah, rumah kami nun di sana. betullah bahawa " HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, LEBIH BAIK DI TEMPAT SENDIRI" Rumahku syurgaku. 
Akhirnya kembali ke teratak kami pada jam 8.00 malam.Alhamdulillah dan syukran ya Allah.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
saban hari,kenderaan makin bertambah jumlahnya diatas jalan..tp 'jalanraya' tak bertambah2 hehe..
silap parking...dapat surat saman...

krismas dah dekat,banadar2 semakin sesak,shopping kompleks semakin padat dgn manusia...yg tak sambut krismas pun menyibuk sama..

Unknown berkata...

Wasalam..kamsiah
haha yalah ..betul2, yang kita ni berhati2lah kala memandu..

My Airul... berkata...

sama la saya lagi suka duduk di kampung dari bandar yang sesak..

mr cekodok berkata...

wah seronoknya penuhi waktu lapang cuti sekolah berjalan2 bersama keluarga.semoga ikatan kasih sayang dan silaturrahim keluarga pakcik semakin utuh hendaknya.selamat bercuti ya pakcik

:)

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

sabar ajelah....

windi berkata...

kalau nak parking dalam centre kena masuk sebelum 12 am..klu tidak mmg full..lagi2 dekat perayaan ni.

Unknown berkata...

Salam airul..Yup! samalah dapt hurup udara segar..tu yang boleh tambah nafas jika di kampung..betul tak!

Unknown berkata...

Salam Mr cekodok..
Saja bagi anak2 happy..dapat juga mereka lihat tempat hidup orang lain..namnpak seronok utama si kecil..dpt jg beli beberapa pakaian baru sekolah anak2..di Kota kinabalu..

Unknown berkata...

Alimaz yup betul kena sabar..
Winddi..betul rancang perjalanan apapun KK tetap sibuk...ibu negeri kita katakan..itulah realiti..yg kampungan macam saya hehe..tak betah lama2 di sana...tetap desa menjadi pujaan hatiku..

Passionate Blogger berkata...

Jem lagi.... Sebenarnya x byk tmpt menarik di KK utk bawa anak2 - balik2 shopping kompleks ja... Bawa pi Tg Aru ujung minggu, public washroom yg lawa tu pula tutup. Paling2 pun pi zoo atau muzium... mesti mo bawa pi jauh2 juga baru best.

Unknown berkata...

haha...setuju dengan anda. Apapun kita bangga jadi rakyat Sabahan..tq