Balik kampung !!!!!!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Etuza : Asalamualaikum ..bib's..sudah sarapan ke?
Bib's: Walaikumsalam..ya sudah sarapan ..
Etuza : Hari ni 17 hb Dis bib's balik kampungkan..pastikan semua dah parking..bapa sampai ke sana langsung muatkan barang-barang ke dalam kereta..
Bib's : Ya ..jam 8 pagi kami kembalikan dahulu buku teks sekolah, jam 10 pagi bapa boleh ambil saya nanti.
Etuza; Pastikan minta maaf pada semua kawan2 sebilik dan kawan2 yang lain ..kalau dapat pergi salam dengan guru warden tu sebelum nak pergi..
Bib's : Yalah..insyaallah..
Ha inilah antara dailog saya dengan puteri kami yang pertama pada pagi 17hb Dis 2010. Merupakan pelajar SPM 2010 kelas aliran sains dan agama di SMK Agama Mohd Ali Ranau Sabah. Seawal pagi hari itu saya dan isteri serta dua anak perempuan yang lain Azie dan Aliyah bersiap sedia bertolak ke Ranau. Kali ini pergi kami untuk menjemput anak kami yang baru bertempur di medan perjuangan yang akan menentukan masa depannya. Semoga berkat ilmunya dan mendapat rahmat kejayaan dari Allah yang maha esa.
Harap dapat berjumpa lagi ....
Wah2!..pintu pagar tu bagaikan dah terkunci untuk bib's dan teman2nya buat sementara waktu. Almaklumlah SPM dah habis pada 16hb Dis 2010 dengan mata pelajaran akhirnya Al-quran dan Sunnah. Difahamkan mereka ada majlis jamuan makan malam serta berpeluk perpisahan bersama guru warden dan guru2 lain. Ada yang menangis kata bib's. Jelas mukanya sedih kala berpisah dengan kawan2 seasramanya. Saya dapat bayangkan rasa sedih berpisah kerana detik bersama selama lima tahun. Hehe apapun pasti mereka berjumpa lagi, pasti apabila keputusan SPM 2010 diumumkan. Semoga berjaya hendaknya ya bib's. Saya rasa terharu dan berterima kasih kepada kawan-kawan bib's yang katanya si nir dan si edut serta si jariah datang membantu puteri kami membawa barang-barang khususnya buku-buku ke kereta kami. Mereka tu katanya petang baru dijemput oleh ayah mereka dari Tambunan lebih kurang jam 2.00 petang.
Bersama teman2 Nurhabibah tersayang ..
Inilah antara potret kenangan puteri kami bib's. Nampak happy semua selepas SPM berakhir pada 16hb Dis 2010. Hehe tengoklah style masing-masing. Nampak mereka seronok sangat. Apapun SPM dan berakhir...penintian kini menjelma depan mata ya. Harap jangan terlalu selesa selama tiga bulan lebih bercuti. pasanglah niat hendak bantu ibubapa di rumah ataupun carilah rezeki yang namanya wang secara halal ya. Hehe paling mudah jual keropok dan kuih. Kepada puteri kami bib's selamat bercuti di kampung.
Oooooho Balik kampung Oooho balik kampung hati girang...ohooo balik kampung ohooo balik kampung hati girang. Nak tanya adakah anda juga rasa gembira bila balik kampung? atau sangat teruja nak ke bandar besar?
6 Pesona Kata Hati Mereka:
salam
ringanlah sikit kepala
bila sudah habis SPM ni kan...
setiap kali balik kampung
mmg saat2 yg mengujakan... (^_^)
saye balik kampung di bandar T_T
wasalam manje..alhamdulillah selaku ibubapa juga rasa tenang tetapi menjelma pula saat penantian. Moga beroleh kejayaan ..tq ulasannya ..saya dah linkkan laman manje ke laman saya..tahniah
Oh..Ummu ishak..ya balik kampung hati2 ya moga selamat..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih atas kembara ziarah maya”
Jommmmm balik kampung.... hati hati di jalan raya tauu
Salam afzainizam..
Tq so much..take care
Catat Ulasan