Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 13 Disember 2010

Pertanyaan anak kecil - Sesuaikan jawaban dengan usianya.

       






السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


     Punya anak ramai, pastilah kita akan menghadapi banyak karenah mereka, ibubapa seharusnya bijak  menangani apa saja permasalahan yang timbul khususnya apabila anak-anak melakukan interaksi yang kurang sihat seperti bergaduh, bercakap kasar, asyik menyalahkan dan sebagainya. Memang tidak dinafikan keadaan mereka berfikir agak berbeza antara satu sama yang lain walaupun dilahirkan dalam satu acuan  yang sama. Melihat keadaan ini, saya berfikir cara mereka berfikir pastilah berbeza apabila nama mereka pun berbeza bermakna makna atau penegrtian pada nama mereka juga berbeza -beza. Kalau di dalam sebuah rumahtangga hanya satu atau dua zuriat yang dilahirkan pasti masalah melihat perbezaan pemikiran anak-anak tidak akan kelihatan membingungkan. Sebaliknya punyai anak ramai yang dianugerahkan Allah kepada pasangan itu pasti menemui pelbagai situasi dan keadaan yang kadangkala merumitkan untuk diselesaikan, hinggalah pada satu saat akan terjumpa juga jalan penyelesainnya.
  
        Cuba lihat karenah anak kami yang ke tujuh yang kami namakan Nuraliya Adibah , dia dilahirkan pada tahun 2005 bermakna pada tahun ini genap  lima tahun usianya. Dalam kajian usia dari tiga tahun hingga tujuh tahun inilah usia paling baik minda anak dirangsang kesinambungan ketika sejak dikandung dan selepas dilahirkan. Pada percutian sekolah tahun ini, kami sekeluarga menikmati percutian ini dengan melakukan kerja-kerja rumah secara bersama, beriadah bersama, membina kolam bersama-sama, menonton bersama-sama dan paling gembira apabila kami dapat menunaikan solat berjemaah terutama solat asar, maghrib dan isyak. Maka kerana itu pasti aktiviti yang banyak dilihat oleh Aliya anak bongsu kami. Rasanya dia melakukan pemerhatian hingga banyak soalan yang ditanya oleh Aliya baik soalan dituju kepada ayahnya atau ibunya. Saya melihat sikap ingin tahunya sangat tinggi, nampak begitu berbeza  Aliya berfikir berbanding dengan kakak-kakaknya dan abang-abangnya. Untuk lebih ringkas inilah beberapa soalan cepu emas yang menarik dari Aliya anak bongsu Etuza sehingga saya harus berfikir dan memberi jawapan yang boleh diterima seawal usia Aliya. Sebelum itu pernahkan anda selaku ibubapa mendapat soalan seumpama ini? Apa jawapan anda ?

Antara soalan sikecil 5 tahun Nuraliya Adibah 
         Sekitar jam 5.30 petang situasi ini berlaku di kebun sayur kami.
Aliya:   Dahulu bapa dan mama berkahwin kah?
Etuza :  Iyalah.
Aliya:   Di mana bapa berkahwin dengan mama?
Etuza :  Di rumah mamalah.
Aliya :   Apa yang bapa dan mama buat  bila kahwin?
Etuza : ( Terdiam sejenak..lama berfikir, bagaimana dia boleh bertanya sejauh ini)
ooo bapa dan mama kahwinlah Aliya..( ini saja mampu saya katakan, mujur tiada lagi   pertanyaan dia seolah tidak puas hati )

            Situasi ketika solat maghrib secara jemaah.( Menunggu anak2 lelaki siap sedia)
Aliya : Bolehkah saya solat jemaah ikut bapa?
Etuza : Boleh supaya Aliya dapat belajar cara sembahyang.
Aliya : Kenapa kita sembahyang pa?
Etuza : Ooo supaya Allah sayang kita, semua orang mesti sembahyang kalau tidak Allah tidak  sayang kita dan tidak suka kita. Kalau tidak sembahnyang dapat dosa.
Aliya :  Oooo begitu rupanya.

             Situasi ketika menonton TV pada awal pagi 
Aliya : Pa bila buka sekolah?
Etuza : Tidak lama lagi  ada dua minggu lagilah Aliyah.
Aliya : Aliya lupa sudah silat yang cikgu ajar masa di Tabika, macamana tu pa?
Etuza : Ooo iya kah kasian Aliya. Cubalah ingat-ingat mana tahu masih boleh.
Aliya : Ooo begini, begitu, begini, begitu ( sambil langkah kaki dan hayun tangan melakukan silat)
Etuza : Nah bolehpun Aliya buat, pandai Aliya. ( Aliya ketawa bila di beri pujian)


             Situasi emak Aliya menyediakan masakan makan malam
Aliya : Mama nama mama siapa ? 
Emaknya : ( bagi tahu namanya secara mengeja )
Aliya : Oooo ( sambil sebut nama mamanya, kerana aliya sudah pandai membaca)
Emaknya : Aliya tahu nama bapa Aliya?
Aliya : Za  Li  Zali ( diejanya nama saya dan sebut sambil ketawa)
Emaknya : pandai Aliya yang ku sayang.
Aliya : Kenapa mama masak ni?
Emaknya : Untuk kita makan bersama-sama, kalau tidak masak nanti ada yang lapar, sakit perut  tiada nasi dalam perut.
Aliya : Ooo begitu rupanya, mama sedapkah mama masak?
Emaknya : Mestilah sedap nanti Aliya rasa ya..
Aliya : Bolehkah mama masak telur tuk Aliya saja?
Emaknya : Ala malam ni mak tak masak telur besoklah ya Aliya.
Aliya : Aaaya mahu juga ada telur ni satu biji, masaklah ma sekarang juga! ( mendesak)
Etuza : Masak sajalah tuk Aliya, bukannya susahpun masak tu.( mengarahkan isteri)
Aliya : Pa pa harga telur ni berapa?
Etuza : Oooo 40sen sebiji tu Aliya.
Aliya : Ooo bapa bayarlah tuk Aliya 40 sen ja.
Etuza : Ooo iyalah bapa sudah bayar 40 sen. Aliya suka makan telur goreng?
Aliya : Iyalah pa Aliya suka. Terima kasih ma.


        Inilah antara soalan-soalan cepu emas Nuraliya Adibah.  Memang jelas anak seusianya amat tinggi sikap ingin tahu. Ibubapa harus berhati-hati memberikan jawapan. Jika tersilap keadaan pemikiran akan-anak boleh terpisong ke arah yang buruk. Kadang-kadang saya terfikir sikap ingin tahu anak-anak seusia Aliya disebabkan terdapat rakan sebayanya di sekolah Tabika Kemas yang sudah berfikir lebih jauh darinya dengan gaya dan aksinya. Sebab itu ibubapa harus menyelidik situasi anak-anak semasa berkawan-kawan dengan rakan sebaya. Selain itu pendedahan terlalu awal tayangan atau movie yang ditonton mempengaruhi pemikiran anak-anak, kerana dia melihat dan berfikir kenapa perkara itu dilakukan.


    Pesanku marilah bersama-sama mendidik anak-anak yang masih kecil. Didik mereka melakukan solat, saya ada kawan menyatakan bahawa dia membawa anak-anaknya solat seawal usia tiga tahun. Pastilah anak-anak yang dididik awal sebegini akan lebih cemerlang di dunia dan di akhirat.

Semoga ada nilai yang dapat dimanfaatkan.


             




          

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

10 Pesona Kata Hati Mereka:

mrs cekodok berkata...

comelnya aliya..harap2 anak mr n mrs cekodok pun comel n bijak mcm aliya nnt..sampaikan salam syg pd dia ye uncle :D

Unknown berkata...

Salam sejahtera Choy..
Kadang2 anak bongsu ni banyak ragam dan agak manja, dia mesti mahu apa dia nak. Ibubapa kena bijak menangani situasi anak2 ni Choy. Tq drop ulasan ke sini ya..

Unknown berkata...

Salam Miss Cekodok..
Alhamdulillah..terubat rindulah sapa anda. Mr Cekodok apa khabar? pasti bahagia selepas diijab kabul..tahnia ya. Dia agak beza dengan anak2 kami yg lain..maklumlah anak bongsu. Apapun semoga Aliya membesar dengan benih pemikiran yang positif. Insyaallah. Tq Miss Cek & Mr Kodok..
Jumpa lagi..

Adam berkata...

Macam2. :)

Tanpa Nama berkata...

salam

anak2 mmg byk belajar drpd pemerhatian...

mmg seronok berbual ngan ank2
bijak mcmni... tapi kita ibu ayah
pon kena bijak menjawab soalan jgk ler kan...

Unknown berkata...

Adam ..ya la macam2

Manje: Betul ibubapa kena mainkan peranan membentuk peribadi anak2..
usia muda kena latihan solat tatacara..asas solat bila besar pandai nanti..
Tq ..

Kamsiah yusoff berkata...

salam cikgu
apa yg kita semai pd diri anak2..
itulah hasil yg akan kita tuai nanti..
baik cara dan tunjuk ajar,eloklah perangai anak2..insya Allah..

satu petang saya dan suami ke taman tasik berhampiran rumah
anak2 bermain permainan yg diseiakan sedangkn saya dan suami hanya duduk memerhati diatas bangku
bila blk kerumah,sikecil bertanya
"mak dan ayah bercinta kah?"

bkn apa..dia biasa tgk kat tv...adegan bercinta,berdua2an...

Unknown berkata...

Wasalam..buat kamsiah..
Peranan ibubapa sebenarnya amat membantu membentuk sikap anak2.
Alala..si kecil terbayanglah tu apa yg dia nampak..inilah situasi dan masa kita nak berbual dengan anak2 terangkan kedudukan sebenar..bagitahu kenapa menagapa.

Rupanya sikecil kamsiah pun ada bertanya sebegitu..namun saya percaya kasiah dan suami pasangan bijak tangani masalah kecil tu..
Tq

TcRaiN berkata...

Tahniah buat Bib. Sudah pun habis SPM. Tahniah juga ibu bapanya yang bijak mendidik anak2.

Unknown berkata...

Terima kasih bagi pihak dia ya..alhamdulillah...ain..bersama kita jaga aset kita yakni anak2