السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wanita ini adalah ibuku.. yang mengendong ku di alam rahim..Mana mungkin aku bisa melenyapkan kata tiga abjad dicerung bibirku...Mana mungkin sesaat aku lupakannya.. cuma kerana kini aku seorang suami, bapa kepada anak-anak.Mana mungkin aku lupa dia ibuku cuma kerana kini aku berjawatan..Sesibuk manapun saban hari ke jenguk mereka...Terlafaz ungkap IBU di bibir lelaki ini..
Dulu tiada terasa tikam ketersinggungan akibat kalibat anak-anak. Sebagaimana aku dulu anak hingusan..Ibu memanggil minta bantuan yang begitu mudah di laksanakan..Bak kata diambil selangkah sampai hulurlah ...Tapi sempat memaling muka, hentak kaki malas ketara..
Tika ini, isteriku seorang ibu...Semua urusan rumahtangga di tangannya..Sebagaimana ibuku dulu menyuap nasi ke mulut ini..Cuma kerana ingin melihat aku cepat membesar...Melihat kerenah anak-anak kepada isteriku..Timbullah memeori silam yang memalukan aku sendiri...Nah! rasakan sukarnya mendidik anak ke jalan yang diredahi..Tersilap selangkah sejuta agaknya pincang langkah sianak..Tersilap kata..mendidik anak buruk padahnya ( jauhkan)
Ibu..Maafkan aku,ampuni aku..Berilah restu bagiku bina jalan bahagia bahteraku..Bersama nafasku, jiwaku yakni isteri dan anak-anakku..Bukan menjauh jauhlah ikatan cinta, kasih dan sayang..Tetapi makin mendekat ikatan itu ...Bak sesaat takakan pudar, layu,meski panas mentari takkan sirna..
Kadangkala ada insan setali pusatku di rahim ibu..Sangsi, sangka buruk padaku...Katanya ...dimanakah mereka anak nya yang dah bekerjaya...Tak menjenguk ibu dan bapa di Seri Pena...Sedang mereka sunyi tanpa perhatian anaknya..
Aduhai pedihnya di sergah begitu...Meskipun tak ke Seri Pena tak kering doaku...Mengiringi kemana jua ibu dan bapaku pergi..Ya Allah ampuni dosa mereka,selamatkan mereka dari tipu daya syaitan..Murahkan rezeki mereka..beri mereka kesihatan..Lindungi mereka dari fitnah manusia yang juga merah darahnya..Amin ya rabbal alamin...
Ku akui ada kesibkan kerana kerjaya ini...Kerana ada zuriat 7 di depanku..Seorang isteri sebilik serumah...Ada saja urusan untuk majukan anak-anak...Wang ringgit biarlah demimu anak...Namun tak pernah lupa menghulur kepada ibu dan bapaku..Aku tak malu berkata.. memang sedikit...Darpada tiada syukurlah ada...
Kepada setali pusat denganku...Buka minda..pandang ke depan sejauhnya...Masa depan kita kian sama dengan ibu dan bapa...Apa mereka rasa ... dah kita rasai..Menangis dan ketawa bersama anak bohoglah jika tak rasa..Justru itu apa dalihku jika ku cuba buang ibuku dalam kamus hidup ini...Apa lagi dolakku untuk buang bapaku...Sepatah kata aku dah cari juga tiada..Lantas tolong...mari musahabah diri...Lihat kelemahan pada diri sendiri...Lihat tanggungjawab bersama kepada ibu...dan bapa..Pahat ke hati biar guna paku diameternya lebar..Agar tak lepas dalam jiwa raga kita..
Aku mengakui bahawa syurga ditelapak kaki ibu..Maka percayalah...Tiada dalam kamus hidupku..Menjauhi ibu dan bapa kerana...Jalan buang tanggungjawab...
Adakah...kau percaya inilah..Hamba Allah setali pusat denganmu..Akulah yang ibu gelar etu..
Salam....
10 Pesona Kata Hati Mereka:
salam etuza
ibu segala2nya bg kita kan
bila kita ada mslh kita cari ibu...
ibu aje yg bisa buat hati kita tenang
walam manje..
tq sangat2 lawatan dan share ide anda. Inilah satu amalan yg baik sesama blogger..saling menyokong..
benar ibu segala-galanya..1 saja ibu yg lahirkan kenapa menolak ibu? satu kerugian besar...syukran ya..
salam cikgu..
bertuahlah kerana masih punya ibu tempat bermanja...sementara usianya masih ada,hargailah dia,sayangilah dia...
Wasalam Kamsiah..
Terima kasih..insyaallah.
Syurga dijanjikanNya apabila kita memuliakan ibubapa kita..nilai ini kita terapkan ke dalam jiwa anak-anak kita jg..syukran..tq visit me..
mom is everything :)
ibu.... ibu...
engkau lah ratu hati ku..
banyak jasa ibu okeh!
ibu hebat!
iya anaTi..setuju..yakin percaya anaTi anak mama yg baik ya..tq visit dan komen ringkas..amat berharga..
Assalam dek ..
Benar ibulah ratu hati..katakan apa saja tetap ibu yg lahirkan kita..
syurga dibawah tapak kaki ibu..
Kita pun akan melalui hari2 tua..maka sayangi ibu 7 ayah..tq firdaus..
Catat Ulasan