Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 13 November 2010

Apa yang ada kita syukuri dengan penuh keikhlasan & Semua itu atas izinNya.

Syukuran padaNya lulus penuh Nick Irfan
Mohd Ismat Afif anugerah PGM Gemilang 2010 juga
satu rahmatNya. Syukran
Nur Sahyirah Nasarudin murid tahun 3 Bijak juga
dinobatkan PGM gemilang membaca 2010
di SK. Penagatan, Keningau
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Tahun 2010 merupakan tahun yang bagaikan anak-anak ke medan perperangan yang maha besar. Ibarat demikian kedengarannya dan keadaannya kerana tiga anak-anak etuza menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dua anak etuza selamat menduduki exam UPSR dan PMR. Dan pada 11hb November 2010 baru-baru ini telah dikeluarkan keputusan UPSR sekolah rendah secara rasmi mengikut sekolah masing-masing. Bermakna saya telah ketahui keputusan anak kami dalam UPSR. Alhamdulillah dan syukur kepadaNya kerana Nick Irfan telah berjaya mendapat 2A dan 3B. Kalau inilah keputusannya saya kesyukuran kami panjatkan kepadaNya kerana inilah sahaja yang dia termampu. Keputusannya tidaklah sehebat abang dan kakak2nya tetapi kami tetap bersyukur kerana keputusannya ini di luar jangkaan, kerana Nick Punya kelemahan dalam penulisan. Syukur Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha besar dan memberikan keajaiban kepada kehidupan kami yakni manusia sejagat di bumi Mu ini.

PMR juga tidak lama lagi akan dikeluarkan dan diwartakan. Satu lagi yang ingin saya kongsikan bahawa pada tahun ini sekolah saya ada menjalankan satu program yang amat besar iaitu Program Galakan Membaca dengan menawarkan dua buah basikal sebagai hadiah utama kepada murid yang berjaya membuat pembacaan yang terbanyak dalam dua kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2. Untuk program ini, sejak febuari 2010 telah diwar-warkan di sekolah saya, baik saya sendiri, pihak pengerusi program dan guru-guru mata pelajaran atau tiap panitia juga telah mewar-warkan. Pada awal program ini kita tidak menjangkakan siapa yang akan memiliki basikal ini, siapa yang akan membuat pembacaan terbanyak dalam ratusan pelajar sekolah rendah di sekolah saya bertugas.

Namun akhirnya persoalan ini terjawab juga apabila putera etuza yang ke 4 Mohd Ismat Afif dan merupakan murid tahun 4 telah berjaya memenangi basikal berharga RM 210.00, sijil. beg sekolah dan buku dan alat tulis. Manakala pemenenag bagi basikal tahap 1 ialan adik Siti Nursahyirah Nasarudin murid tahun 3 bijak 2010. Adik Nur Syahirah juga turut dinobatkan sebagai calon penerima anugerah NILAM peringkat Daerah Keningau pada 16hb November 2010. Syabas dan tahniah.

Untuk kejayaan anak-anak etuza ini maka kepadaMu ya Allah ku panjatkan kesyukuran kerana memberikan kesempatan kepada anak-anak kami untuk merai kejayaan seumpama ini. Semoga kejayaan yang diperolehi akan menambahkan semangat juang nak-anak kami agar lebih matang berfikir dan sentiasa berfikiran positif. Apa yang ada kita syukuri dengan penuh keikhlasan, kerana semua itu adalah atas izin yangmaha kuasa. Syukran ya Allah.         

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

9 Pesona Kata Hati Mereka:

Abd Razak berkata...

Salam cikgu...

Tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang. Moga terus maju dalam pelajaran..

Unknown berkata...

Wasalam Araz..
Terima kasih ..semoga begitulah..hendaknya..moga terus mara ke medan kejayaan..

mastinah berkata...

salam uncle...tahniah utk anak uncle...keputusan yg baik. alhamdulillah, 2 org anak buah saya pun lulus UPSR. sorg dpt 5A dan sorg lg 1A 2B 2C. alhamdulillah...semuanya adalah rahmat dan nikmat dari Dia Yang Maha Pemberi..=)

Unknown berkata...

Wasalam Mas..
Wah hebat tul dapat 5 A, anyway siapapun sebenarnya bole score banyak A berdasarkan kometmen dan usahanya yg bersungguh2 sejak tahun satu. Tahniah ya..saya bangga ramai orng2 keningau yg dapat 5A tu..teruskan usaha agar terus mara ke medan kejayaan. Amin syukran ya..

mastinah berkata...

betul tu uncle. Semua org BOLEH SKOR BNYK 'A'..yg ptg USAHAnya PUN BANYAK LEBIH DARIPADA ORANG LAIN. Barulah ALLAH BAGI LEBIH...Amiin...afwan

Kamsiah yusoff berkata...

salam
tahniah...sbg mak ayah kita jgn terlalu memberi tekanan pd anak2 utk target A semuanya...tp beri rangsanagn dan dorongan..

Unknown berkata...

eh! kenapa nama sy ada jgk??? atau nama anak uncle sama dgn sy???? hehehee

Unknown berkata...

wasalam kamsiah..
Iya betul, kita bagi dorongan & semangat, apa keputusan kita redha saja, tetapi harus dibuktikan dengan usaha anak-anak belajar.

Unknown berkata...

Nick irfan..
Sudah awal2 pcik kata sama nama anak pcik dengan nick irfan anak pkcik yang ke 4 tu..upsr tahun ni hehe dia dapat 2A ja...apapun alhmdulillah lulus penuh teras ..boleh lah isi borang ke asrama penuh aliran agama ..tq nick..