السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Dengarkalah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulut mu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar.Rasakan apa kesannya .Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung kemudian di satu sudut yang lain pula......seorang datuk memarahi cucu nya tika muazin sedia melaungkan azan.Katanya,"duduk diam,jangan cakap apa-apa masa azan.'' Duduklah dua beradik menanti hingga azan berakhir.Kemudian berjemaah bersama jiran-jiran sekampung selesai solat datuk berpesan sekali lagi,'' ingat ya, bila azan jangan bercakap,'' Kemudian si cucu membalas serentak,''kenapa atuk?'' Datuk menjawap ringkas,''nanti nak mati tidak pandai mengucap.'' perasaannya ketika itu mendegar alasan atuk. Soal azan dan tidak boleh bercakap berhenti di situ.Puas dicari jawapanya mengapa tidak boleh bercakap namun tidak ada yang pasti. Apa yang diberitahu oleh guru-guru agama,ia sebagai tanda menghormati azan.Pesan atuk,jangan bercakap nanti tidak boleh mengucap langsung tidak timbul.Pencarian itu membawa Al Islam kepada seorang pengkaji aL-Quran dan hadis dari sudut saintifik,Dr.Azhar Sarip.Melalui Kajian itu juga satu terapi diperlukan iaitu terapi azan.
Dr.Azhar melihat azan dari sudut gelombong otak.Hasil kajiannya memberangsangkan kerana azan bukan sekadar seruan solat tetapi lebih dari itu.Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia.Bah kan sesuatu yang cukup indah,sukar digambarkan dengan kata-kata.Jelas nya,kebanyankan orang Islam tidak perasan, azan boleh memberi kesan yang besar di dalam kehidupan.Saya mengambil azan sebagai asas di dalam kehidupan kerana permulaan manusia melihat dunia dimulakan dengan azan.Banyak peristiwa yang beraku di sekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah.Antaranya,kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh.Mangsa itu melihat ibunya dihanyutkan ombak besar.''ketika itu barulah dia teringat pesan emaknya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah.lantas selesai azan dilaungkan,dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh,'' ujarnya. Tambahnya lagi ,'' saya menyaksikan satu peristiwa lemas di lombong.Setelah usaha bomba mencarinya menemui jalan buntu lalu di azankan.Mayat mangasa lemas itu timbul ke permukaan air selesai saja azan.Dari situ yang luar biasa,'' cerita nya.
Dari sudut fikir dan pandangan penulis laman etuza, seruan azan itu satu tikaman halus ke jiwa kita, satu ajakan yang maha halus dan indah, jika di dengar dengan penuh khyusuk..hati menjadi hiba, sayu dan rasa rindu kepadaNya beralun bak ombak ke jiwa. Dipercayai semua makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan juga kala azan berzikir dan bertapakur sejenak. Kerana itu kita yang bergelar manusia yang punyai hati dan naluri kehambaan kepada sang pencipta. Kala azan bergema..terasa tenang mendengarnya. Semua anak-anak diajak masuk ke rumah untuk bersedia mendirikan solat yang wajib. Itu tanda kita bersyukur kerana sesudah solat kita perlu berdoa, mohon ampunan dan rahmat ilahi. Penulis merasa takjub apabila ada binatang yang mengaum semasa azan dikumandangkan. Entah kenapa? pasti ada sebabnya, penulis melihat binatang itu duduk di lereng bukit panjangkan leher..tiap bait azan itu disusuli suaranya. Entahkan takut atau kesakitan mendengar azan menyeru kita yakni manusia bersegera menyembahNya. Kadang kala pagi hening di subuh hari, ngauman itu membangunkan, memberitahu bahawa wajib bingkas menunaikan solat subuh. Sampai kini belum ada jawapan yang pastiu serta menyakinkan diriku kenapa binatang itu mengaum kala azan diseru.
Seruan azan itu, pada yang percaya kewujudanNya, ayuhlah mengamalkan tarbiah bahawa semasa azan kita perlu menghormatinya, dengan memberhentikan apa saja aktiviti semasa azan dilaungkan. Ada dijelaskan bahawa seorang wanita bernama Zulaikaha pada suatu masa dahulu, akan mengarahkan semua kegiatan di barnya apabila azan dilaungkan. Mereka berdiam sejenak sebagai memberi laluan pada azan yang dikumandangkan. Hikmahnya apabila Zulaikah pemilik bar itu meninggal..dinyatakan bahawa dosa-dosanya diampunkan oleh Allah. Begitu pemurahnya Allah kepada hambanya yang membuat amal yang baik. Insyaallah sesungguhnya Allah itu tidak pernah berdusta. wallahualam.

0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan