Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 4 November 2010

Rasa tenang dan bahagia dengan amalan zikrullah.


السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Hidup yang ada makna adalah hidup yang diarahkan kepada jalan kebaikan dan amalan yang baik walau di manapun berada. Hidup yang tiada makna, yakni hanya sebagai penghuni maya alam ini dengan amal kejahatan yang merosakkan diri, agama, keluarga, masyarakat dan negara.Sedangkan tiap-tiap makhluk di dunia ini telah diciptakan oleh Allah dengan menjanjikannya pelbagai kebaikan dan fadilat kehidupan sejajar dengan janjiNya.

Satu amalan yang paling mudah dilaksanakan oleh kita yakni hambaNya ialah dengan amalan zikrullah yang bermakna mengingatiNya walau di mana berada. Kala jauh, kala dekat dengan keluraga, kala berada dalam kelam dan kala berada di ruang yang terang bercahaya. Ya hanya ingat padaNya lalu mengharapkan redhaNya, rahmatNya dan kasih sayangNya. Amalan zikrullah ini, jika dikuatkan dengan amal perbuatan yang nyata, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah pastinya akan ada cahaya iman dan ketaqwaan yang menyuluhi hidup kita. 

Amalan zikrullah itu mudah, senang dan amat dituntut olehNya, kerana amalan zikrullah itu ada kenikmatan yang luar biasa iaitu ketenangan dan kebahagiaan kepada siapa sahaja yang melakukannya. Siapa sahaja dengan tidak mengira kaum, kulit, warna rambut dan bahasa kita. Cuma kata zikurllah yang bermaksud mengingatiNya kala siang dan malam dengan sesungguh hati. Pada yang memahami amalan zikrullah ini, akan meyakini kata-kata ini,akan nampak hikmah dan fadilat hanya kerana amalan zikrullah kepada sang pencipta.

Zikrullah yang benar-benar dan ikhlas itu, akan nampak kebesaranNya, akan nampak kekuasanNya lalu akan lahir rasa takut melakukan dosa. Takut pada siksaNya di akhirat, tetapi mengharap keampunan dan keredahaanNya. Hamba Allah itu akan nampak betapa luar biasa dan hebat kuasaNya. Segala yang ada di dunia ini benarlah bahawa semuanya milikNya, maka apa sahaja dalam bentuk harta kekayaan bertimbun itu milikNya dan kita hanya meminjamkannya buat seketika. Zikrullahlah pada sepanjang masa selagi hidupmu bernadi, zikrullah lah dengan menyebut kalimah suci Allah iaitu zikrullah yang mengesakanNya, membenarkakn kekuasaanNya. Memohon rahmat berbentuk ketenangan dan menjauhkan bisikan syaitan laknatullah. Insyaallah akan ada cahaya kebenaran dan kita akan yakin bahawa Allah itu benar-benar menyayangi kita. Dengan zikrullah akan hilang rasa dendam, dengki, sombong dan bongkak serta khianat. Semua apa yang ada di jiwa akan tenang dan merasa akur bahawa kehidupan ini perlu diselusuri dengan sebaik-baiknya. Jangan di nodakan dengan tenda hitam yang merosak warna hati. 

Zikrullahlah padaNya..kerana pasti akan ada rasa kebahagiaan, ketenangan dan rasa kehambaan diri kepadaNya. Zikrullahlah padaNya mohon keselamatan, ampunan dan jauh dari bala, kerana kala jauh dan ke mana pun hanya yang ada pada kita ialah kalimah suci Allah, kalimah yang mengisi ruang hati, mengisi ruang sanubari agar kita selamat melayarkan kehidupan, kemudian pasti insyaallah kita akan selamat kembali kepangkuan keluarga, bersama sanak saudara, isteri dan anak-anak. Zikrullah padaNya kerana sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan maha melihat. 

Salam ukhuwa fillahi alaika.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

thnkz! sbb berkongsi... menarik post kali ni... :)

Unknown berkata...

Terima kasih kembali nick..amalan zikrullah itu boleh dalam hati, ingat akan perlindunganNya insyaallah kita akan di mudahkan urusan...