السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Sesungguhnya berzikir kepada Allah s.w.t merupakan roh bagi setiap ibadah yang dilakukan oleh orang mukmin. Zikrullah atau ingat kepada Allah merupakan tujuan yang ingin dicapai dalam apa juga bentuk ibadah yang dilakukan. Kita diwajibkan taat dan menghampirkan diri kepada Allah, tujuan utamanya tidak lain dan tidak bukan selain dari mengingati Allah s.w.t.
Zikrullah adalah amal yang paling afdal, itulah kemuncak kehidupan orang mukmin, dan itu jugalah cahaya, matlamat dan tujuan akhir dari hidup seseorang mukmin di dunia dan di akhirat.
Allah s.w.t berfirman: "Dan sungguh mengingati Allah itu adalah paling besar" ( al-ankabut : 45 )
Menerusi ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa ibadah-ibadah yang dilakukan manusia, tidak kira apa jenis dan bentuknya maka yang paling besar dan tinggi kedudukannya adalah zikirullah. Kerana, tanpa zikirullah dalam ibadah maka dengan sendirinya hilang nilai dan berubah menjadi pekerjaan rutin sahaja.
Bahkan, sembahyang itu sendiri bertujuan supaya kita mengingat Allah s.w.t. Kita diwajibkan mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam, untuk menjadi saranan penghubung antara kita dengan Allah, supaya komunikasi tidak terputus antara hamba dengan sang Penciptanya.
Menilai jadual dan waktu-waktu sembahnyang itu sendiri memberi gambaran hakikat ini. Lima waktu yang ditetapkan untuk menunaikan sembahyang merupakan waktu-waktu penting dalam hidup dan kehidupan manusia. Waktu yang sering manusia habiskan untuk perkara-perkara keduniaan semata-mata.
Di pagi yang sejuk menjelang terbitnya matahari di ufuk timur, ketika manusia menikmati kehangatan tilam, selimut dan bantal, maka diserulah mereka menerusi alunan azan dari menara-menara masjid atau surau, supaya bangun mengerjakan sembahyang Subuh. Setelah semalaman berlalu dengan tidur yang nyenyak, untuk merehatkan tubuh yang letih dan fikiran yang penat sepanjang siangnya, maka komunikasi dengan Allah s.w.t perlu diperbaharui, diulang dan dimulai lagi, yakni dengan menyahut azan untuk menunaikan fardu Subuh.
Zikrullah yang terputus pada waktu tidur perlu disambung semula sebaik sahaja awal siang menjelma, pada saat fajar sadiq membentang di tepi langit sebelah timur, pada saat cahaya bulan dan bintang-bintang yang menerangi persada bertukar dengan cahaya fajar yang lembut. Dengan kata lain, manusia perlu memperbaharui zikir, mengulangi ikrar, dan memantapkan keyakinan pada setiap awal siang menerusi fardhu Subuh yang diwajibkan ke atas tiap muslim.
Allah berfirman : "Dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku"
( surah Toha : 14)
Wallahualam..
10 Pesona Kata Hati Mereka:
thnkz kerana berkongsi info... :)
salam
Sabda Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam dan pesanan ini merupakan hadis terakhir yang dimuatkan dalam Kitab Shahih Bukhari;
“ Dua kalimah yang ringan di atas lidah, berat pada timbangan amal, di cintai di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah: Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallahil ‘Aazim”
Salam etuza.... maaf saya sedikit sibuk dengan projek yang menimbun.... saya doakan semoga etuza dan keluarga sihat2 dan diberkati hendaknya... aminnnn
Nick IrfaN..
tQ SOKONGAN..ingatan pada pcik ..pastinya santai ke laman etuza ini.
Wasalam kamsiah..
Semoga kita mendapat rahmat dan di jadikan golongan umat nabi yang mendapat syafaat di akhirat apabila kita tunaikan lima yang wajib serta amal dan sunnah nabi yang lain..
Wasalam alimaz..
Syukran masih ada dalam ingatan..iya kita sama sibuk dgn tugas2an. Apapun semoga kita sihat sejahtera. amin
Salam...
Zikir mendekatkan kita kepada Maha Pencipta..
Dalam hadis Qudsi, Allah Swt, berfirman : “Aku akan menyertai hamba~Ku ketika dia berzikir kepada~Ku dan ketika bibirnya menyebut nama-Ku.” Berikutnya Rasulullah Saw, bersabda : “ Allah Ta’ala berfirman : Apabila hamba-Ku berzikir kepada-Ku sendirian, Akupun akan menyebut namanya sendirian. Apabila hamba-Ku menyebut nama-Ku dalam suatu kumpulan, Aku pun akan menyebut namanya dalam kumpulan yang lebih utama dari kumpulan dia. Dan apabila dia mendekatkan diri kepada-Ku satu hasta, Aku akan mendekatkan diri kepadanya satu siku. Apabila dia mendekatkan diri kepada-Ku sambil berjalan, Aku akan mendekatkan diri kepadanya sambil berlari”….Subhanallah itu janji Allah kepada kita.
yup! mcm info pasal agama yg sy kdg2 terlupa jgk? tp bila dtg sini msti ingat balik... thnkz ye! :)
salam Saudaraku Araz..
Betul hendaknya kemana diri kita usalah lepaskan zikirullah yakni dalam erti kata mengingatiNya yg menciptakan semua makhluk di bumi ambia ini..
Terima kasih ..
Salam nick
Kita adalah penjelajah maya, apa yang ada manfaatkan, wajib saling mengingatkan..insyaallah ya..
Catat Ulasan