Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 21 Ogos 2010

Niat hendak bersederhana ketika berbuka puasa..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Syukur kerana bulan ramadhan menjelang lagi, sebagai tanda kesyukuran menjelang ramadahan biasanya ramai sanak saudara, jiran tetangga dan sesiapa sahaja akan mengadakan kenduri kesyukuran sempena memulakan pusa di bulan ramadhan. Pastinya niat dan harapan agar kali ini biarlah menunaikan puasa yang terbaik berbanding puasa pada tahun yang lepas.

Memang orang Islam menunggu tibanya ramadhan yang mubarak ini, kerana di dalamnya terbenam seribu rahsia yang berbentuk pahala berlipat ganda. Terpulanglah kepada individu harus dengan cara apa hendak mengorek pahala yang terbenam itu hingga keluar menyuluhi kehidupan kita. Sekecil - kecil amalan ketika bulan ini akan di berkati olehNya dan akan diterima Allah. Alangkah beruntungnya insan yang benar-benar tahu fadilat puasa ramadahan ini.

Seperti selalu puasa disiang hari akhirnya akan diakhiri dengan membuka puasa yakni menjamah makanan yang terhidang. Memang sangat seronok dan gembira tidak terkata dapat sampai sehari berpuasa lalu membasahkan tekak yg kering menjamah makanan yang enak untuk mengalas perut yang seharian kosong. Lebih gembira lagi apabila makan bersama keluarga, anak-anak tersayang, berdoa dan memulakan bissamalah seraya memasukkan manakan ke mulut dengan penuh tertib dan sopan. Pasti nikmat makanan itu terasa amat bermakna, kita menikmati kelazatan makanan dengan jiwa yang merdeka dengan puasa hari itu. Sesungguhnya nikmat berbuka itu ada hikmah dan fadilatnya. Semua makanan yang terhidang itu dari mana, tentunya kita amat bersyukur apabila kita yakin dan mengetahui bahawa semua nikmat rezeki itu datangnya dari Allah.


Puasa ramadhan kali ini, biarlah kita niatkan agar kita tidak terlebih dalam bab menyediakan makanan berbuka atau kata lain BERSUNGKAI. Niatkan kita bersederhana dan menyediakan juadah berbuka mengikut kemampuan dan mengikut kewangan yang kita ada. Dulu mungkin agak berlaku pembaziran tetapi kali ini cuba niat dan usahakan agar tidak lagi mengulangi pem,baziran yang merugikan itu. Niat dalam hati agar bersederhana dan tidak boros atau membazir. Semasa puasa pastinya seseorang itu merasa amat berkeinginan besar atau bernafsu besar hendak memakan itu dan ini, kerana memang semasa puasa apa saja makanan terasa amat sedap dan enak untuk di makan. Apabila rasa ini menguasai hati kita, pasti kita akan terlanjur membeli itu dan ini..tak cukup satu mahukan dua, tiga hingga sepuluh jenis juadah di sajikan. Walhal selesai sahaja meneguk segelas air..terasa nikmat dan berkat berbuka maka seolah kit sudah terasa kenyang.


Bersederhanalah semasa berbuka, cukuplah sekadar sejag air yang manis untuk seisi keluarga, sepinggan  nasi, sayur dan lauk. Makanlah sekadar, sekadar sahaja. Usahlah lagi ulangi juadah yang terlalu mewah..seperti hendak kenduri lagaknya. Macam-macam ada di atas meja juadah. Selesai berbuka kelihatan masih banyak sisa atau baki yang tidak sempat dimuatkan ke dalam perut. Jika diberikan kepada jiran..hanya memalukan kerana tiap jenis lauk sudah tidak mencukupi. Apa yang dilakukan ialah membuang baki makanan itu kerana pada malamnya pasti makanan dan l;auk itu basi atau rosak.


Sayang sekali jika di bulan ramadhan kita terlalu banyak membazir. Jika di kampung cukuplah sayur ulam pucuk ubi, nangka masak lemak, pucuk pakis yang segar dan apa sahaja yang ada cukuplah.  Sesungguhnya Allah menggalakkan kita bersederhana dalam apa sahaja termasuk dalam bab mnakanan. Terdapat juga petua untuk kesihatan iatu berhenti makan sebelum kenyang, kerana jika kita terlalu kenyang pasti kesihatan kurang baik. Oleh yang demikian marilah bersederhana dalam penyediaan berbuka puasa.
                    
                                 Menu keluarga etuza berbuka 
                                 * Sediakan sejag air suam
                                 * Kurma
                                 * Buah-buahan ( jika ada - baguslah tu )
                                 * Biskut ( ada kuih pun cukuplah)


                                Menu makanan selepas berbuka ( makan selepas mandi dan solat maghrib)
                                * Nasi sepinggan
                                * Sayuran
                                * Ikan goreng  ( chiken kalau ada)
                                * Buah-buahan jika ada.


( Menu berbuka puasa yang paling simple dari etuza warna kehidupan )
Bagaimana pun selepas solat terawih saya biasa minum secawan nescaffe + susu nespry sambil makan biskut. Biasa yang suka minum ialah kopi, teh, susu dan minuman dari jenama atau produk lain seperti elecafe, tea milk, milk goat dll itupun jika ada terbeli.


Selamat berbuka puasa pada petang ini dengan cara sederhana mengikut kemampuan kita. Kepada yang memang mampu membeli apa saja, tidak terkecuali berusahalah berjimat cermat dan amalkan cara berbuka secara sederhana. Semoga ada hikmah dan manfaatnya.






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

ALoNa CintamaniszLite berkata...

sy sekeluarga berbuka pose mcm makan hari2 biasa jugak. Cuma sesekali ada ler kuih dan air tambahan seperti air tebu yg sgt jarang dibeli ketika bkn di bulan Ramadhan, hehe

Unknown berkata...

Ya..keadaan sama lah tu, kami juga berbuka macam biasa saja. Saya dapat rasakan tahun lalu agak membazir..nafsu kuat mahu itu dan ini, tetapi ada seorang ustaz..katanya makan dengan air tangan sendiri lagi bagus. Tak payah ke restoran ke mana2..lebih baik masak untuk anak-anak dan suami.
Alhamdulillah..syukran puasa kali ni kami tak membazir..makanan licin di makan.