Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 21 Ogos 2010

Sekian kali dipertemukan tetapi sekian kali juga dipisahkan..Inikah warna kehidupan yang sebenarnya.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Terasa ada kesedihan membelit diri, berbagai emosi yang bertamu dalam nubari lelaki ini. Berbagai memori yang menyimpul dalam hati hingga saat yang lalu mengimbau membuka lipatan sejarah yang tersimpan rapi tanpa di usik. Kala mengingati kalam itu terasa indah tetapi kemudian menjadi satu rasa yang menyedihkan. Itu rasa ketika saat di dunia, ianya sekecil cuma, ianya remeh temeh bagi sesetengan manusia. Tapi padaku ianya satu kenangan  yang sukar untuk ku melupakkannya. 

Tetapi satu perkara yang amat membawa mindaku berfikir ialah apabila jiwa dipertemukan dengan zat Nur Ilahi, kala mengingatinya maka luluhlah jiwa, longlai dan kaku tidak bersuara. Jiwa yang merdeka secara tiba-tiba menjadi ketakutan dan keresahan. Kenapa kukatakan demikian, kerana Allah itu maha hebat, maha besar, maha mengetahui dan sangat menyayangi kita. Dialah yang memberikan kita kesempatan, dialah segalanya. Tiada lagi Allah selain dia. Sesaatpun tak lupa padaNya kerana dialah segalanya yang kita kehendaki itu wujud dan kita nikmati seketika dalam kehidupan ini. 

Inikah agaknya bentuk kehidupan di dunia pana ini. Kita di berikan kebahagiaan dari bentuk kasih sayang antara manusia, kita dipertemukan dengan ramai manusia yang jauh dan yang dekat. Seketika kemesraan antara kita itu akan wujud dan saat itu kehidupan kita ini bagaikan syurga, begitu manis rasanya dan selazat-lazatnya. Bagiku situasi ini silih berganti, bagaikan arus yang tak henti mengalir, bagaikan satu lakonan kehidupan yang benar-benar kita lakukan di pentas dunia ini. Sungguh manisnya hidup ini jika kita tahu menghargainya.

Kadang-kadang kita dipertemukan dengan manusia, bersama dalam apa saja kegiatan, bersama dalam merencanakan program kemanusiaan. Hingga suatu masa akan timbul rasa tidak ingin berpisah. Kerana perpisahan itu amat menyakitkan. Iya benarlah  bahawa inilah lumrah hidup di dunia, sekian kali dipertemukan tetapi kesekian kalinya juga kita dipisahkan. Inikah juga yang dikatakan putaran kehidupan bahawa tiap yang lama akan ada yang baru menggantikan kedudukannya, tiap yang muda dulu akan  ke arah dewasa dan tua. 

Bagiku tiap insan yang ku kenal, akan ku pastikan bahawa memori bersama mereka tetap terpahat dalam lipatan hatiku. Masakan begitu mudah melupakan mereka apabila berpisah jauh. Masakan kita lupa semua kegiatan bersama, sedangkan kemesraan sudah terjalin pasti rasa kasih sayang semakin berbunga. Sayang sekali kerana baru menanamkan rasa kasih sayang perpisahan menjemput tanpa simpati. Kadang tidak rela melepaskan tetapi apakan daya keadaan menuntut untuk kita berpisah.

Keadaan ini menyiksaku seketika jua apabila si kecil yang menjadi permata dan belahan jiwaku beransur pergi dari pandangan mataku. Pergi kerana mencari ilmu di dunia dan di akhirat. Bila situasi itu berlaku kita lepaskan mereka, kita redha dan kita yang tinggal akan sentiasa terkenang kan mereka, kita akan merindui dan akan menanti kepulangan mereka. Percayalah kiranya suatu masa setelah mereka memiliki sedikit ilmu di dada sekali lagi kita akan menerima hakikat bahawa kita akan ditinggalkan. Apa yang saya maksudkan ialah anak-anak kita apabila suatu masa itu tiba akan tibalah saat perpisahan kerana mereka akan memilih kehidupan sendiri dalam erti kata berumahtangga. Kita yang melahirkan mereka akan bersedirian, akan ditinggalkan sebagaimana kita tinggalkan ibubapa kita dahulu. Maka sebagai ibubapa yang punyai anak..percayalah kita dipertemukan dengan anak-anak tetap[i sampai saat itu kita akan meninggalkan  mereka.

Begitulah yang berlaku apabila kita dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik. Kita dipertemukan dengan insan- insan dari pelusuk tanah air. Percayalah bahawa apabila kita kenal orang itu, kasih sayang akan berputik, kemesraan terjalin erat dan persahabatan mulai bersemi. Sayang sekali kerana tanpa sedar tibalah masa kita berpisah kembali. Mungkin kah suatu masa akan bertemu semula atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukannya.




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka:

Abd Razak berkata...

Salam...

Bertemu dan berpisah itu lumrah kehidupan manusia. Bersyukur kepada~Nya dipertemukan dalam keadaan sihat sejahtera.

Unknown berkata...

Wasalam Araz

Betul..kadang kita tak mahu lagi berpisah kerana keakraban, saling tolong menolong, namun mereka seperti guru pelatih kena teruskan perjuangan dan kuliah mereka di IPGM..
Dengan anak2 pun ada masa kita lepaskan mereka..dalam keadaan berat. Hingga suatu masa kita benar-benar ditinggalkan apabila mereka yakni anak memilih untuk berkeluarga..keadaan ini terasa sukar diterima hanya bila kita redha maka kita rela lepaskan.
Dan akhirnya kita akan berpisah dgn keseronokan duniawi apabila jasad kita berpisah dengan roh atau nyawa kita. Itulah namanya bertemu dan akhirnya berpisah juga.
Tiada yg abadi di dunia ini.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
tiada yg kekal di dunia ini
namun pertemuan yg singkat,seringkali memberi kesan terhadap kita,kan...

Unknown berkata...

Wasalam ..
Yup tepat..betul tu kamsiah..bagi saya, siapa saja yang sempat ku kenal, kerja bersama dan makan semeja..akan sedih tu bila tiba masa berpisah.
Kebetulan saya suka berkawan dengan siapa saja tua atau muda dan dari suku apapun kan mereka juga manusia mcm kita. Kekadang saya suka usik2 tu yg cepat mesra tu..tpi usikan yg berhemah..buka usikan jahat..
Tq..

noorafzan.blogspot.com berkata...

bulan puasa memang tak dapatpun nak makan byk2..
perut tak boleh terima kan.
=)

Unknown berkata...

Betul tu noor..apa lagi kalau dah mandi agak kurang nafsu kita makan,

Kalau saya makan lebi,