السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah apakah ini bentuk ujian yang perlu di tangani, perlu di urai dan perlu di selesaikan, sedangkan pelbagai lagi bentuk dan warna kehidupan mengisi ruang perjalanan ini. Pada siapa lagi hendak mengadu melainkan kepadaMu Allah..kerana tidak perlu mencariMu di mana-mana. Kerana memang nyata kewujudanMu di mana-manapun jua. Sekalipun baru sedar dari lena..lantas mengingatiMu maka wujudlah ZatMu ya Allah ke dalam jiwa ini. Pada yang bersyukur dan mengingatiMu maka dimanapun tempat dan waktunya Engkau ya Allah akan tahu apa kah juga isi hati kami yakni hambaMu. Umat nabi Muhammad SAW.
Terasa amat terhumban dalam irama kesyahduan, ada titis air mata bergenang di kelopak mata ini, ada suara sendu yang amat ku rasakan kini. Segalanya telah terbukti bahawa tidak selalunya langit itu indah dengan warna biru..tetapi sesekali bertukar gelap dan kelabu. Tidak semuanya kita rasakan kemanisan hidup ini, Ada kala kita terhumban dalam situasi tangisan kerana sedih dan terharu kerana suatu masalah yang melanda dan tanpa dijangkakan.
Sungguh terasa berat, tetapi bersandarkan keyakinan kita wajib teruskan kehidupan. Biar apa di hadapan kenyataan dan hakikat kehidupan ini Walaupun sukar menerima tetapi ku paksa juga. Kerana keyakinan diri bahawa apa saja permasalahan yang menerpa ada sebab dan kita harus mencari penyelesaian yang murni serta penuh hemah menangani serta memberi perhatian dan mengambil tanggungjawab.
Ya Allah inikah warna kehidupanku...semakin dicabar pelbagai situasi. Ya Allah berilah kekuatan dan kesungguhan, berilah bagiku kebijakan meleraikan kekusutan ini. Berilah rahmatMu berilah kasih sayangMu ya Allah kerana hanya kepadaMu tempat memohon rahmat, hidayah dan petunjuk itu. Sempena di bulan ramadan al-mubaraq ini..ku mohon padaMu sesungguh hati peliharalah hati anak-anakku ya Allah, sinarkan nur ke jiwa mereka agar mereka mampu berdiri dalam menegakkan kebenaran dan membenteras kejahatan serta menghapus syaitan membisik ke hati mereka. Berikan mereka waktu..agar kesilapan lalu dapat diuraikan menjadi satu tenda kesedaran yang luar biasa. Ya Allah hanya padaMu memanjatkan doa dan harapan.
"Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini, sedarilah bahawa tiap manusia itu pasti melakukan kesilapan, dan pastinya kesilapan itu akan mengheret seseorang manusia itu ke ruang keinsafan dan akhirnya memiliki sebuah kebahagiaan seandainya pintu taubat telah terbuka"
InsyaAllah
InsyaAllah
3 Pesona Kata Hati Mereka:
selamat berpuasa...selamat berbuka... selamat berterawihhh... selamat menunaikan ibadat amalan di bulan mulia
Ya terima kasih, semoga banyak manfaat fadilat yang kita perolehi..
Kita panjatkan kesyukuran kerana diberi kesempatan santai di alam maya..
Catat Ulasan